Ahad, 27 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Indeks jenayah NS turun 1,112 kes

Posted:

Indeks jenayah NS turun 1,112 kes

Indeks jenayah NS turun 1,112 kes

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 26 Mac - Kadar indeks jenayah di negeri ini sepanjang tahun lalu mencatatkan penurunan berbanding statistik bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mhd. Hassan berkata, perkembangan baik itu merupakan berkat usaha semua anggota dan pegawai pasukan itu dengan kerjasama semua lapisan masyarakat yang komited membanteras jenayah.

"Berpandukan statistik, indeks jenayah bagi dua kategori iaitu jenayah keganasan dan harta pada 2010 di negeri ini didapati menurun berbanding 2009.

"Jumlah kes dilaporkan bagi dua jenayah berkenaan pada tahun lalu adalah 6,851 berbanding 7,963 pada 2009. Ia menunjukkan penurunan 1,112 kes atau 13.96 peratus," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Polis Ke-204 peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di sini, semalam.

Jelasnya, indeks jenayah jalanan negeri ini turut menunjukkan perkembangan positif apabila menurun 522 kes bagi tahun lalu berbanding 683 kes dilaporkan pada tahun sebelumnya.

"Daripada aspek siasatan dan penyelesaian kes terutamanya membabitkan jenayah harta benda, sebanyak 3,323 kes mewakili 48.5 peratus berjaya diselesaikan berbanding 2009 iaitu hanya pada kadar 48.27 peratus.

"Bagi jenayah narkotik pula, tangkapan pengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 telah meningkat 11.6 peratus berbanding 2009, iaitu 385 orang pada 2010 dan 345 pada 2009," ujarnya.

Abd. Manan menambah, tangkapan berhubung kes memiliki dadah di negeri ini juga didapati meningkat iaitu 911 orang bagi 2009 kepada 1,031 orang bagi 2010.

"Jumlah penagih yang diberkas juga turut meningkat sebanyak 15.7 peratus iaitu seramai 4,777 orang pada tahun lalu berbanding 4,127 bagi 2009," ujarnya.

Sementara itu, Abd. Manan memberitahu, bagi kategori jenayah komersial pula, negeri ini turut mencatatkan penurunan sebanyak 11.6 peratus hasil daripada perbandingan tempoh dua tahun itu.

"Bagaimanapun, perangkaan kes kemalangan jalan raya di negeri ini didapati meningkat dari 18,367 kepada 19,407 kes pada 2010.

"Peningkatan itu juga telah menyebabkan kadar kematian akibat nahas jalan raya meningkat daripada 377 orang pada 2009 menjadi 399 pada 2010," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sumbang 15 komputer

Posted:

Sumbang 15 komputer

Sumbang 15 komputer


Mohd. Radzif Mohd. Yunus menyampaikan komputer kepada Mohd. Ali Rustam di Jasin, kelmarin.


JASIN 26 Mac - SME Bank semalam menyumbangkan 15 unit komputer untuk diagih-agihkan kepada Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau dan Perpustakaan Awam Desa Siber Ilmu Chenderah di sini.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, sumbangan komputer itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) SME Bank terhadap aktiviti kemasyarakatan.

Menurutnya, pemberian 15 unit komputer itu kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program yang akan membawa manfaat kepada pihak bank dan penduduk di negeri ini.

''Sumbangan komputer ini adalah sebagai membantu hasrat kerjaan dalam meningkatkan lagi pengetahuan di bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi isi rumah serta golongan pelajar," katanya berucap pada majlis penyampaian 15 unit komputer di Dewan Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau di sini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Mohd. Radzif, pemberian komputer itu diharap akan membawa kebaikan dan faedah untuk meningkatkan kualiti hidup dan mewujudkan nilai ekonomi penduduk di Merlimau.

Katanya, jika mahir dalam bidang ICT ia boleh membantu hasrat kerajaan untuk melihat penduduk meneroka bidang kemajuan di kawasan mereka selain mampu menjana ekonomi dan melahirkan generasi digital.

Beliau menambah, program yang diadakan itu adalah bertujuan menyahut seruan kerajaan supaya sektor korporat menjalankan program CSR untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gagal iring KM pegawai MPAG tukar

Posted:

Gagal iring KM pegawai MPAG tukar

Gagal iring KM pegawai MPAG tukar

MELAKA 26 Mac - Akibat gagal mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sehingga habis sempena lawatan beliau ke Masjid Tanah dekat sini pada 18 Mac lalu, seorang pegawai kanan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ditukarkan ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkuatkuasa 1 April ini.

Mohd. Ali berkata, keputusan memindahkan Setiausaha MPAG, Salleh Md. Dom itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Rabu lalu.

"Buat masa ini jawatan barunya belum ditentukan tetapi beliau akan menjawat jawatan pegawai yang sesuai dengan grednya sekarang.

"Beliau juga sudah berkhidmat di Alor Gajah selama 21 tahun," katanya di sini baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan