Ahad, 27 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Syabas beri penduduk 'diskaun'

Posted:

Syabas beri penduduk 'diskaun'

Syabas beri penduduk 'diskaun'

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


P. KamalanaThan memeriksa air bukit yang disalurkan ke rumah sambil diperhatikan oleh salah seorang penduduk di Serendah Golf, Hulu Selangor baru-baru ini.


SERENDAH 27 Mac - Pemilik banglo dan pangsapuri di Serendah Golf Resort kini boleh menarik nafas lega kerana masalah bil air yang dihadapi mereka sejak 10 tahun lalu akhirnya menemui kata sepakat.

Menerusi penyelesaian itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bersetuju pemilik setiap unit hanya perlu membayar RM200 daripada tunggakan bil air yang berjumlah RM79,000 kepada Syabas.

Keputusan itu tercapai hasil perbincangan antara Syabas bersama persatuan penduduk dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan baru-baru ini dalam menyelesaikan masalah yang selama ini membelenggu kira-kira 500 pemilik kediaman terlibat.

Kamalanathan berkata, walaupun perkara itu mengambil masa agak lama untuk diselesaikan, keputusan yang diambil adalah hasil kerjasama dan kesabaran semua pihak.

Katanya, pemilik kediaman berkenaan juga kini boleh mengemukakan permohonan mereka untuk menukar meter air pukal kepada meter individu.

Terdahulu, beliau menyampaikan cek sumbangan Parlimen Hulu Selangor berjumlah RM10,000 bagi membantu mengurangkan jumlah bil air tertunggak yang disampaikan kepada Pengarah Eksekutif Kewangan Syabas, Thein Kwee Sim.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Pengurus Besar Syabas Wilayah Hulu Selangor, Abdul Latip Mustafa, peguam yang dilantik penduduk, P. Periasamy dan beberapa orang pemilik kediaman.

Katanya, pemilik yang berhasrat menukar meter pukal kepada meter individu boleh mengemukakan permohonan mereka dengan membayar sebanyak RM150 bagi pemilik banglo, manakala RM100 pemilik pangsapuri. Mereka juga akan dikenakan bayaran RM30 untuk caj pemasangan.

"Dalam isu ini penduduk tidak bersalah, begitu juga pihak Syabas. Sebaliknya disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak pemaju yang tidak menjelaskan bayaran kepada Syabas

telah mendatangkan kesulitan kepada penghuni," ujarnya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pemilik-Pemilik Kediaman Serendah Golf Resort, Datuk Dr. Mahmod Md. Nor berharap tindakan undang-undang ke atas pemaju terlibat diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Bagi Muslim Ahmad, 55, pula hanya kesyukuran dipanjatkan kerana hari ini mereka sudah boleh menikmati bekalan air bersih.

Ini kerana selama ini mereka menggunakan air bukit, yang diragui kebersihannya, yang disalurkan oleh pemaju ke kawasan perumahan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program Subahan berjaya di Taman Templer

Posted:

Program Subahan berjaya di Taman Templer

Program Subahan berjaya di Taman Templer


SUBAHAN Kamal (kanan) berbual dengan guru besar sekolah dan wakil agensi yang menerima sumbangan pada majlis di pejabatnya di Selayang, baru-baru ini.


SELAYANG 27 Mac - Walaupun tidak mempunyai anak yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, Datuk Subahan Kamal tetap boleh berbangga dengan keputusan peperiksaan berkenaan yang diketahui baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer itu juga berhak untuk berasa gembira kerana sekurang-kurangnya beliau telah turut menyumbang kepada pencapaian keputusan SPM yang memberangsangkan sekolah di kawasannya.

Pembabitan Subahan dalam keputusan SPM yang baik itu adalah menerusi inisiatif beliau menyediakan dana untuk menampung yuran tuisyen pelajar-pelajar dua buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Selayang iaitu SMK Darul Ehsan dan SMK Selayang Baru.

Setiap sekolah berkenaan menerima yuran tuisyen berjumlah RM20,000 setahun, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat, yang diberikan secara berperingkat kepada Persatuan Ibu-Bapa dan Guru.

"SMK Darul Ehsan mencatat 96.1 peratus lulus, naik 1.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. SMK Selayang Baru pula walaupun peratusan lulus merosot sedikit kepada 84.3 peratus, tetapi kualitinya lebih baik untuk menyaksikan Gred Purata Sekolahnya (GPS) meningkat, malah seorang pelajar mendapat 11A," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menyerahkan sumbangan daripada Pejabat ADUN Taman Templer kepada PIBG empat buah sekolah di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Sekolah berkenaan ialah SMK Darul Ehsan, SMK Selayang Baru dan Sekolah Kebangsaan Kepong yang masing-masing menerima RM5,000 manakala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Selayang Baru menerima RM10,000.

Beliau turut menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Selayang dan RM1,000 kepada Badan Kebajikan Pejabat Islam Daerah Gombak untuk membiayai program masing-masing.

"Kami melihat program ini memberi kesan kepada pencapaian pelajar dan ini amat membanggakan saya. Tugas saya bukan hanya menangani masalah infra tetapi juga isu pembangunan manusia, termasuk menghasilkan anak-anak yang akan ke universiti, belia prihatin dan sebagainya.

"Program ini turut melibatkan tuisyen untuk calon PMR (Penilaian Menengah Rendah). Saya telah turut menjemput tiga sekolah menengah yang lain dan mereka sedang mengkaji program ini," katanya.

Tambah beliau, walaupun membelanjakan hampir separuh peruntukan diperolehnya untuk sekolah demi kejayaan anak-anak di kawasannya, maka ia sesuatu yang berbaloi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ADUN Sungai Burong taja Utusan Malaysia kepada 13 sekolah

Posted:

ADUN Sungai Burong taja Utusan Malaysia kepada 13 sekolah

ADUN Sungai Burong taja Utusan Malaysia kepada 13 sekolah


Shamsudin Lias (baris ketiga, lima dari kiri) bersama pelajar sekolah rendah dan menengah kawasan DUN Sungai Burung pada majlis penyerahan dan penajaan Utusan Malaysia di Tanjong Karang, baru-baru ini.


TANJONG KARANG 27 Mac - Sebanyak 13 sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, di sini menerima tajaan akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP).

Sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias itu melibatkan 30 naskhah bagi setiap sekolah untuk rujukan serta latih tubi khususnya bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Shamsudin berkata, pihaknya berharap penajaan tersebut dapat memastikan murid-murid terlibat memperoleh kemudahan pembelajaran terbaik untuk kecemerlangan pendidikan masa depan mereka.

"Saya melihat ADaP mampu membantu meningkatkan pemahaman murid sekolah dalam setiap mata pelajaran.

"Saya berharap ia akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk menguasai setiap mata pelajaran sebagai persediaan menghadapi UPSR," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Pemasaran dan Perniagaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd. (Perfisio), Mohd. Yusri Abdul Ghani dan Pengetua SMKDH, Roslan Bustani.

Melalui penajaan tersebut, sekolah yang terlibat akan menerima naskhah akhbar Utusan Malaysia pada setiap Rabu yang memuatkan sisipan ADaP sehingga September ini.

Antara sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4, SK Sungai Burong, SK Sungai Sireh dan SK Seri Gambut.

Turut menerima tajaan itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yitt Khwan, SJKC Bagan Pasir dan SJK Tamil Ghandiji.

Shamsudin turut menyumbangkan aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) keluaran Perfisio selama setahun kepada tiga sekolah menengah di kawasan itu bagi membantu calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ia melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Harun, SMK Seri Desa dan SMK Sungai Burong, masing-masing terletak di dalam kawasan DUN itu.

"Sebanyak 60 kata laluan bagi aplikasi pembelajaran dalam talian, Tutor yang disumbangkan kepada sekolah berkenaan selain bantuan sebanyak RM30 kepada ibu bapa yang berminat mendapatkan aplikasi tersebut daripada ADUN Sungai Burung.

"Saya dapati aplikasi tersebut bukan hanya dapat merapatkan jurang teknologi pelajar di luar bandar dengan kawasan bandar, malah ia juga mampu meningkatkan prestasi pendidikan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan