Rabu, 30 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


2 wanita, seorang kanak-kanak maut nahas

Posted:

2 wanita, seorang kanak-kanak maut nahas

2 wanita, seorang kanak-kanak maut nahas

30/03/2011 9:57pm

KUANTAN – Dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di KM324 Jalan Raub-Lipis, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt. Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira pukul 5.20 pagi itu dikenali sebagai Faridah Ahmad, 54, adiknya Zuraidah Ahmad, dan cucunya Rifqi Syafiq Rizal Azlie.

Beliau berkata, ibu kepada Rifqi Syafiq, Siti Kamariah Azmi, 27, yang merupakan pemandu kereta itu, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hopital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi di sini beliau berkata kejadian berlaku semasa kereta Perodua Viva yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala Raub itu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Wan Mohd berkata pemandu dan kelindan lori itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas timbalan menteri meninggal dunia

Posted:

Bekas timbalan menteri meninggal dunia

Bekas timbalan menteri meninggal dunia

30/03/2011 9:46pm

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Datuk Tan Tiong Hong meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi di rumahnya di Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan di sini.

Menurut anak saudaranya Jessica Lai, mendiang yang berumur 66 tahun mati selepas terjatuh ketika bersarapan.

"Ketika itu mendiang makan berseorangan dan tiba-tiba terjatuh menyebabkan kepalanya terhantuk pada bucu meja. Pakcik saya tidak mempunyai sebarang penyakit," kata Jessica yang juga ahli Majis Tertinggi Wanita MCA kepada Bernama.

Beliau berkata mayat Tiong Hong akan diuruskan Ahad ini.

Orang ramai boleh memberi penghormatan kepada mendiang di No 15, Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan mulai esok hingga Sabtu.

Mendiang pernah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 1982 dan Timbalan Menteri Kewangan pada 1984.

Mendiang sebelum meninggal masih aktif dalam politik dan menjadi Naib Pengerusi MCA bahagian Kepong dan Ketua Cawangan MCA Jinjang Utara Tambahan Sektor A. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sedut pasir punca tebing sungai runtuh

Posted:

Sedut pasir punca tebing sungai runtuh

Sedut pasir punca tebing sungai runtuh

30/03/2011 8:48pm

BALING – Beberapa penduduk Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil hari ini menyuarakan rasa bimbang dengan kegiatan dua syarikat kuari yang menyedut pasir dari Sungai Ketil, yang didakwa mereka mengakibatkan banyak kejadian tebing sungai runtuh.

Rata-rata pemilik tanah serta penduduk di kampung itu meminta Kerajaan Negeri Kedah mengambil tindakan menghentikan operasi dua syarikat berkenaan yang dikatakan mengakibatkan hakisan tanah yang serius di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) penduduk Kampung Pantai Cicar, Che Hat Ariffin, 54, berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu.

Katanya pihak berkenaan perlu memandang berat aduan penduduk kampung yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah disebabkan operasi kedua-dua syarikat itu.

Seorang penduduk, Muhamad Daud Hussain, 48, berkata penduduk sekitar kawasan itu sudah banyak kali mengadu kepada pihak berkuasa, khususnya Pejabat Tanah Baling dan Pejabat Tanah Kuala Muda, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan kerajaan negeri berhubung masalah itu, namun tiada tindakan diambil.

Katanya aktiviti pengambilan pasir dari Sungai Ketil menghakis hampir satu hektar tanah penduduk kampung itu namun tiada pampasan yang diberikan kepada mereka.

Seorang lagi pemilik tanah, Mohd Fuat Jasin, 47, juga menyuarakan rasa kesal dengan operasi mengeluarkan pasir dari Sungai Ketil yang masih berterusan.

"Kepada siapa lagi kami hendak mengadu. Pihak berwajib seolah-olah tutup mata," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan