Ahad, 27 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pulih banduan sebelum bebas

Posted:

Pulih banduan sebelum bebas

Pulih banduan sebelum bebas

Oleh LUQMAN HAZIQ dan HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersalaman dengan para banduan selepas melancarkan Program Pemulihan dan Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota Kluang, Johor semalam. Turut sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar, Johor Datuk Abdul Ghani Othman. – bernama


KLUANG 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Pemulihan Pemasyarakatan bukan sahaja membantu banduan melalui proses asimilasi dan interaksi sebelum kembali ke pangkuan masyarakat malah mampu mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Perdana Menteri berkata, menerusi program itu, banduan turut berintergrasi secara positif dengan masyarakat sebelum mereka dibebaskan.

"Berdasarkan perbualan saya dengan beberapa banduan tadi, mereka menyambut baik program ini dan sambutan amat menggalakkan.

"Malah, mereka merasakan suasana di sini amat baik. Mereka boleh bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat yang mampu menimbulkan keinsafan dalam diri mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri menganggap kerjasama antara dua pihak iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri khususnya antara tentera dan polis sebagai 'unik' kerana kedua-duanya saling 'mencemburui' antara satu sama lain.

"Tapi dengan program ini, kita lihat kedua-dua pihak, tentera dan dalam perkara ini Jabatan Penjara sudah boleh berganding bahu dan bekerjasama," katanya.

Menurut Perdana Menteri, menerusi program itu, pelbagai pihak mendapat manfaat kerana banduan akan menjalankan kerja-kerja seperti memotong rumput, mencuci bangunan, mengecat bangunan dan pertanian.

"Jadi, pihak tentera boleh jimatkan kos, manakala banduan mendapat pendapatan yang boleh digunakan mereka untuk membantu keluarga di luar. Banduan pun lebih seronok dan apabila keluar, mereka ada kemahiran dan tidak merasakan keadaan di sini seperti di penjara biasa kerana mereka lebih bebas, tapi janganlah sampai larikan diri," katanya.

Beliau berkata, banduan yang mengikuti program itu tidak bercampur dengan banduan tegar supaya mereka tidak mudah dipengaruhi semula untuk melakukan jenayah apabila kembali ke pangkuan masyarakat dan ia sekali gus mampu mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Perdana Menteri berkata, pada fasa pertama program itu terdapat lima kem tentera yang terlibat iaitu Kem Syed Sirajuddin, Gemas (Negeri Sembilan), Kem Tok Jalai, Alor Setar (Kedah), Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis, Kuantan (Pahang) dan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas (Kelantan) selain Kem Mahkota.

Menurutnya, seramai 1,200 banduan terlibat dalam program itu pada masa ini termasuk 200 orang yang menghuni Kem Mahkota dan terdiri daripada pelbagai kaum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masyarakat perlu diberi keyakinan Malaysia negara selamat

Posted:

Masyarakat perlu diberi keyakinan Malaysia negara selamat

Masyarakat perlu diberi keyakinan Malaysia negara selamat

KUALA LUMPUR 26 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat di negara ini diberi keyakinan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang selamat.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak khususnya Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama-sama membantu kerajaan menyebarkan maklumat tentang kedudukan tersebut.

Beliau berkata, rakyat perlu diberitahu bahawa sejak kerajaan melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) indeks jenayah di negara ini telah menyaksikan penurunan dari semasa ke semasa.

''Sebagai contoh berdasarkan rekod Disember 2010 indeks jenayah telah turun sebanyak 15 peratus manakala jenayah jalanan pula turun sebanyak 35 peratus.

''Malah indeks jenayah bagi Januari dan Februari pada tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama 2010 sementara bagi jenayah jalan penurunannya adalah sebanyak sembilan peratus,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MCPF berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung yayasan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi MCPF, Tan Sri Ismail Omar serta tiga Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Hendry Chin dan Datuk Kamaruddin Md. Ali.

Selepas berucap beliau kemudian terus mempengerusikan mesyuarat agung hari ini.

Muhyiddin berkata, penurunan indeks jenayah itu jelas menggambarkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sangat peka kepada soal keselamatan masyarakat serta negara.

Sungguhpun begitu, beliau di dalam ucapannya turut menyentuh mengenai peranan masyarakat bersama-sama menggembleng tenaga mengatasi masalah jenayah antaranya pembuangan bayi dan kelahiran anak di luar nikah serta jenayah remaja.

''Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara dalam tempoh lapan tahun setengah (2000-2008) jumlah sijil kelahiran tanpa bapa mencapai 257,000 kes.

''Daripada statistik ini ia mencatatkan 2,500 kes sebulan atau 84 kes sehari. Berdasarkan statistik polis pula daripada tahun 2001 sehingga 2010 jumlah kes buang bayi yang dicatat adalah sebanyak 857 kes,'' katanya.

Berhubung kes melibatkan jenayah remaja iaitu mereka yang berusia antara tujuh hingga 18 tahun, beliau berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 7,450 kes membabitkan golongan itu dicatatkan

Sementara itu ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut beliau berkata, Kementerian Pelajaran tidak pernah berkompromi dalam isu buli dan gangsterisme di sekolah walaupun peratusannya kecil jika dibanding dengan jumlah pelajar secara keseluruhan.

''Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud untuk memberi perhatian tentang perkara ini walaupun jumlah mereka yang terlibat dengan isu ini terlalu kecil,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar cuba bawa isu seks ke jalanan

Posted:

Anwar cuba bawa isu seks ke jalanan

Anwar cuba bawa isu seks ke jalanan

KUALA LUMPUR 26 Mac - Tertekan dengan pendedahan rakaman video seks dan perjalanan kes liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba membawa isu tersebut ke jalanan dengan menjadikan orang ramai sebagai taruhan.

Akibatnya, tercetus kekecohan antara penyokong Anwar dengan pihak berkuasa apabila polis cuba menghentikan ceramah haram ketua pembangkang itu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati, malam semalam.

Dalam sesi ceramah yang dihadiri lebih 1,000 orang tersebut, pihak polis tetap memberi peluang kepada Anwar, selaku penceramah terakhir untuk berucap selama 15 minit meskipun, perhimpunan itu tidak mempunyai sebarang permit.

Namun, disebabkan tindakan ketua pembangkang itu yang sejak awal-awal lagi sudah mengapi-apikan kemarahan penyokongnya, sebahagian orang ramai mula bertindak ganas dengan membalik pelbagai objek ke arah polis.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa memohon bantuan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menyuraikan keadaan yang semakin tidak terkawal apabila semakin ramai penyokong Anwar cuba menghalang tugas polis.

Terdahulu, dalam ceramahnya, Anwar tidak pula menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sebagai 'aktor' dalam video tersebut, sebaliknya mempertikai kenapa pihak berkuasa tidak menghalang video itu daripada didedah.

"Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat.

"Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan.

"Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The Star, Utusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh," katanya.

Dalam ceramah itu, Anwar memperlekehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ucapan Penasihat PKR itu menyokong amalan pluralisme.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya telah menahan dua individu pada perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, mereka yang berusia awal 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen