Sabtu, 26 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Titik gempa hampiri Malaysia

Posted:

Titik gempa hampiri Malaysia

Titik gempa hampiri Malaysia

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budak hanyut depan ibu

Posted:

Budak hanyut depan ibu

Budak hanyut depan ibu

Oleh MANIRAH OTHMAN

HULU TERENGGANU – Seorang ibu hanya sempat melihat kelibat anaknya yang timbul sebanyak dua kali sebelum hilang dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Telemong, dekat Kampung Nibong di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang apabila mangsa, Mohd. Hazrin Hakim Daud, 11, tergelincir bersama basikalnya ketika melalui sebuah jambatan di situ.

Jambatan kayu berkenaan yang menghubungkan perkampungan dengan kawasan kebun itu ditenggelami air sedalam kira-kira 15 sentimeter berikutan hujan lebat beberapa hari lalu yang menyebabkan paras sungai naik kira-kira 3.5 meter.

Saksi yang juga rakan baik mangsa, Wan Muhammad Amirul Syafiq Wan Rohadi, 11, memberitahu, sebelum itu mereka bersama seorang lagi rakan, Muhammad Ilham Daniel Mohd. Yusuf, 11, bermain-main di atas jambatan berkenaan.

"Selepas itu saya ajak Mohd. Hazrin balik, tetapi dia kata tunggu sekejap.

"Sebaik saya menyeberangi jambatan, tiba-tiba saya tengok dia terjatuh dalam sungai dengan basikal," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, Ilham pula ketika itu sudah jauh melepasi jambatan berkenaan menuju ke rumahnya.

Wan Muhammad Amirul Syafiq berkata, melihat kejadian, dia segera berlari ke arah Hakim, tetapi kanak-kanak itu hilang menyebabkan dia terus meminta bantuan orang ramai yang turut memaklumkan kejadian kepada ibu Hakim, Milah Jusoh, 48.

Katanya, penduduk kampung dan Milah yang datang ke tempat kejadian sempat melihat mangsa timbul dua kali sebelum terus hilang.

"Masa tu emak Mohd. Hazrin (Milah) tak boleh nak buat apa-apa sebab terkejut tetapi ada orang kampung terjun sungai cuba selamatkan Hakim tetapi tak sempat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN

Posted:

200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN

200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN

KUALA KRAU - Seramai 200,000 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) gagal dihubungi berhubung pembayaran balik pinjaman.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran termasuk media bagi mengingatkan peminjam namun masih ramai yang gagal berbuat demikian.

"Saya memohon kepada ibu bapa atau penjaga kepada peminjam terbabit menasihati anak-anak mereka yang menerima pinjaman tersebut supaya menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Jengka 18 di sini semalam.

Menurut Ismail, sasaran kutipan hutang pinjaman itu ialah sebanyak RM4.1 bilion pada tahun lepas tetapi jumlah yang berjaya dikutip hanya RM2 bilion atau sebanyak 48 peratus sahaja.

Dalam pada itu beliau berkata, PTPTN memperuntukkan RM6 bilion sebagai pinjaman kepada 235,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada tahun ini.

Jelas Ismail, para pelajar perlu membuat permohonan melalui dalam talian dan akan ditawarkan pinjaman itu untuk sesi pengajian September ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan