Utusan Online - Politik |
1,700 bakal nikmati air bersih Posted: 1,700 bakal nikmati air bersihOleh MOHD. ZAAIN MD. ZIN Zulkifeli Mohd. Zin (kanan) bersalaman dengan sebahagian penduduk di Rumah Panjang Bunan Gega, Serian, Sarawak, semalam. - utusan/AMIR HAFIZ SERIAN 31 Mac - Lebih 1,700 keluarga luar bandar di Sarawak bakal menikmati bekalan air bersih selewat-lewatnya Jun ini menerusi pelaksanaan sistem grafity feed yang diusahakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak Januari lalu. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, projek bekalan air di bawah Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) itu merupakan inisiatif bersama pihaknya dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Kesihatan. "Projek yang bernilai kira-kira RM5.2 juta ini melibatkan 37 kawasan luar bandar di Serian, Limbang, Kanowit, Kapit, Sri Aman dan Bau. Setakat ini projek di Serian yang melibatkan dua lokasi iaitu Kampung Sungai Buru dan Kampung Sungai Empassa sudah siap sementara di Kapit dan Sri Aman pula hampir selesai," katanya. Beliau berkata demikian ketika melawat rumah yang terlibat dalam Program Bantuan Rumah (PBR) di Kampung Bunan Gega, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, antara projek lain yang sedang dilaksanakan di bawah NBOS yang kini memasuki fasa ketiga adalah membina jalan di kawasan luar bandar. "Projek menaik taraf jalan sejauh 76 kilometer yang menghubungkan Long Luping-Ba'Kelalan dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat," katanya. |
650 borang penamaan calon dijual Posted: 650 borang penamaan calon dijualKUCHING 31 Mac — Sebanyak 650 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 dijual sejak 25 Mac lepas sehingga 12 tengah hari ini. Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berkata, borang yang dibeli oleh bakal calon atau wakil bakal calon itu melibatkan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya itu yang akan diadakan pada 16 April. "Satu set borang berharga RM20. Saya menjangkakan pembelian borang ini akan semakin rancak sehari sebelum penamaan calon pada 6 April nanti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, Pengarah SPR Sarawak, Datu Takun Sunggah ketika dihubungi berkata, masalah borang yang tidak cukup di beberapa kawasan berlaku kerana penghantaran awal tidak melibatkan bilangan yang banyak. "Mula-mula dulu RO (Pegawai Pengurus Pilihan Raya) nak cepat, kita beri dulu lima set (bagi setiap kawasan DUN). Tak ada masalah borang tak cukup... borang tu cukup," katanya. Katanya, SPR bersedia termasuk menyediakan borang yang mencukupi untuk menghadapi kemungkinan calon pilihan raya yang ramai. "Kalau kawasan itu tak cukup borang, kita akan hantar segera. Banyak bakal calon dapatkan borang dengan RO. Kalau mereka datang ke SPR, masalah (borang tak cukup) takkan berlaku," katanya. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan