Kosmo Online - Negara |
- Ikon negara hilang seri
- Biar mahkamah tentukan - Syed Zainal
- Sultan minta kerajaan Selangor jangan boros
Posted: Ikon negara hilang seriOleh NOR AZIRAN YUNUS DATARAN Merdeka di Kuala Lumpur semakin hilang seri kerana rumputnya yang rosak dan dipenuhi tompokan tanah ekoran terlalu banyak aktiviti dianjurkan di situ. KUALA LUMPUR - Imej Dataran Merdeka sebagai ikon pelancongan dan sejarah di ibu kota didapati tercemar apabila rumput di kawasan itu kerap mengalami kerosakan teruk dan mati setiap kali aktiviti tertentu seperti konsert dijalankan. Pemandangan yang menyakitkan mata itu sedikit sebanyak memberi gambaran buruk kepada pelancong asing yang melawat ke kawasan berkenaan. Tinjauan wartawan Kosmo! semalam selepas menerima aduan daripada orang ramai mendapati kekerapan Dataran Merdeka dijadikan lokasi majlis melibatkan orang ramai adalah antara punca kerosakan rumput di situ. Lebih teruk, pada hari minggu dan cuti umum kawasan itu menjadi tumpuan pengunjung, khususnya warga asing, yang kerap meninggalkan lambakan sampah-sarap. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Biar mahkamah tentukan - Syed Zainal Posted: Biar mahkamah tentukan - Syed ZainalKERETA F1 pasukan Lotus Renault. PETALING JAYA - Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi London untuk menentukan sama ada pasukan Lotus Renault atau Team Lotus yang lebih layak menggunakan jenama Lotus dalam perlumbaan Formula Satu (F1). "Biarlah mahkamah yang menentukan siapa sebenarnya yang berhak. Bukanlah hak saya untuk menentukannya dan perlumbaan di Melbourne semalam (kelmarin) tidak sama sekali mencerminkan siapa yang mempunyai hak atau tidak. "Apa yang berlaku di mahkamah, biarlah mahkamah yang menentukan. Kita tidak seharusnya melangkaui keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah," katanya ketika menjelaskan mengenai laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai kemenangan pasukan Lotus Renault mengalahkan Team Lotus pada perlumbaan pertama F1 musim 2011 di Melbourne, Australia kelmarin. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Sultan minta kerajaan Selangor jangan boros Posted: Sultan minta kerajaan Selangor jangan borosOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF SULTAN SHARAFUDDIN memeriksa perbarisan kawalan kehormat semasa berangkat ke majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri Selangor ke-12 di Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak berbelanja secara boros dan tanpa kawalan meskipun ekonomi negara kini berkembang lebih pesat. Baginda bertitah, kerajaan negeri hendaklah sentiasa melakukan perbelanjaan berhemah dan mengelakkan pembaziran yang boleh merugikan negeri ini. "Memang benar kita sudah keluar daripada kemelut ekonomi global namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah. "Jangan kita leka dan situasi global seharusnya dipantau. Pada masa yang sama, jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan," titah baginda pada majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan