Utusan Online - Politik |
TPM puas hati persiapan jentera BN Sarawak Posted: TPM puas hati persiapan jentera BN SarawakKUCHING 30 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan rapi Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam usahanya memperbaharui mandat rakyat pada pilihan raya negeri akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata, persiapan itu mencakupi bidang-bidang utama yang perlu diberikan fokus untuk menghadapi cabaran pembangkang "BN telah berada dalam mood untuk menggerakkan program kita ke depan pada bila bila masa dari sekarang. "Saya yakin insya-Allah dengan usaha sebegini, kita akan mendapat kemenangan yang diharapkan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini. Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pimpinan di peringkat pusat terutama Presiden parti komponen dan menteri yang berhasrat untuk membantu jentera BN Sarawak akan diselaraskan pergerakan mereka. Katanya, penyelarasan itu akan dilakukan supaya program yang ingin dilakukan mereka adalah berpandukan pada keperluan yang dirasakan sesuai oleh BN Sarawak. "Kita kena ikut asas itu dan mereka yang mahu datang membantu terutama menteri-menteri akan diselaras menerusi Bilik Gerakan Pusat BN Sarawak," katanya. Ditanya mengenai masalah pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang, Muhyiddin menegaskan, ia adalah masalah parti lawan dan BN tidak sepatutnya terleka dengan anggapan ia bakal memberi kelebihan. Katanya, kelebihan yang dimiliki oleh BN sebenarnya adalah ketiadaan masalah di kalangan parti komponen yang dapat berganding bahu serta sentiasa fokus dengan perjuangan membantu rakyat. "Apa pun keadaannya, kita tahu rakyat boleh menilai tentang BN yang cukup mantap, tidak berdepan dengan isu kepimpinan dan tidak bergaduh mengenai kerusi. "Kita amat fokus dengan usaha untuk terus membantu rakyat dan ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku di pihak sana," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pembangkang bakal tempuhi laluan sukar Posted: Pembangkang bakal tempuhi laluan sukarKUALA LUMPUR 30 Mac - Nafsu besar pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR ) dan DAP untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri itu hanyalah imaginasi kosong yang tidak akan menjadi kenyataan. Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Jelaing Mersat (gambar) berkata, ia kerana pendekatan yang dibawa kedua-dua parti itu tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat di negeri itu. "Masalah sosio budaya di sana tidak sama dengan di Semenanjung apatah lagi dengan budaya politik ala "makhluk asing" yang cuba diperkenalkan oleh PKR. "Jadi, saya berpendapat, cita-cita besar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama konco-konconya itu tidak akan berjaya malahan mereka akan merintis jalan mencabar di sana," katanya. Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Keselamatan Jalan Raya Sekolah-Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, berdasarkan senario terkini yang melanda pembangkang, ia jelas mencerminkan bahawa mereka tidak bersedia untuk mengambil alih negeri itu melalui saluran demokrasi. "Macam mana hendak tadbir Sarawak, kalau bab agih kerusi pun tak selesai lagi. "Bagi DAP pula, mungkin mereka akan berjaya menang beberapa kerusi dalam kawasan bandar tetapi mereka tidak ada keupayaan seperti Barisan Nasional (BN) untuk meluaskan pengaruh ke seluruh negeri," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan