Kosmo Online - Negara |
- Tunggu pakar sahkan aktor seks
- Tidak tahu serbuk kopi bercampur gelatin babi
- Penganggur 'kaya' tertangkap
Tunggu pakar sahkan aktor seks Posted: Tunggu pakar sahkan aktor seksPasukan khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melakukan siasatan berhubung rakaman video seks ekoran Anwar membuat laporan polis menafikan lelaki dalam video itu melibatkan dirinya. Gambar atas Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur yang turut terlibat dalam penyiasatan tersebut. KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang. Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T. Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar. "Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka). "Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam. Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu. "Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu. Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Tidak tahu serbuk kopi bercampur gelatin babi Posted: Tidak tahu serbuk kopi bercampur gelatin babiOleh RADIAH SAORI JOHOR BAHRU - "Kami tidak tahu apa-apa. Kami tidak dapat sebarang surat atau maklumat daripada Jabatan Kesihatan atau Jabatan Agama Johor (JAJ)." Demikian tegas seorang pengusaha kopitiam terkenal di sebuah daerah di Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong apabila diajukan soalan mengenai laporan bahawa premisnya dikatakan menghidangkan kopi bercampur gelatin babi. Menurutnya, dia telah menerima banyak khabar angin termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet mengenai isu tersebut sejak beberapa hari lalu. Sehubungan itu, Ah Chong memberitahu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kluang pada Rabu lalu mengenai penyebaran perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan nama baik perniagaannya. "Hari ini (semalam) kakitangan Jabatan Kesihatan dari Johor Bahru telah datang ke premis kami dan beberapa kedai lain untuk mengambil sampel baru," katanya ketika dihubungi semalam. Menurut Ah Chong, keputusan ujian sampel tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya sebelum keputusan dikeluarkan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Penganggur 'kaya' tertangkapOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
KLANG – Kegiatan licik seorang lelaki yang disyaki pengedar pelbagai jenis dadah di sekitar daerah Klang berakhir apabila dia ditahan di rumah sewanya di Taman Juara di sini Rabu lalu. Penganggur berusia 33 tahun itu diberkas pada pukul 6.30 pagi bersama dadah jenis heroin seberat 915 gram, syabu (629 gram), ketamin (249 gram) dan pil eramin sebanyak 1,000 biji. Kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai RM160,000. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ketika serbuan dilakukan ke atas rumah teres setingkat itu, suspek yang berada di luar rumah tidak sempat melarikan diri. Menurut beliau, lelaki terbabit kemudian dibawa masuk ke dalam premis tersebut untuk menunjukkan lokasi dadah yang disorok. "Pihak kami menemui dadah disorok di dalam sebuah bilik di belakang rumah dan ada beberapa bungkus dadah seberat dua gram setiap satu disimpan dalam kotak biskut bagi mengelakkan daripada dikesan," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan