Khamis, 31 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kaunter pandu bayar dapat sambutan

Posted:

Kaunter pandu bayar dapat sambutan

Kaunter pandu bayar dapat sambutan

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
utusanmelaka@utusan.com.my


PENGAWAL keselamatan, Siramlan Ngatimin menunjukkan kenderaan pembayar bil di Kiosk Pandu Bayar di pekarangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka, kelmarin.


MELAKA 30 Mac - Tidak sampai dua bulan ia diperkenalkan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berjaya mengutip sebanyak RM1.56 juta melalui kaunter pandu bayar MBMB di Graha Makmur, Lebuh Ayer Keroh di sini.

Datuk Bandar MBMB , Zainal Abu berkata, pihaknya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak kaunter pandu bayar untuk menjelaskan pelbagai bil pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dibuka 7 Februari lalu.

Menurut beliau, pembukaan kaunter tersebut adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Kaunter pandu bayar yang dibina dengan kos hampir RM30,000 ini memudahkan orang ramai untuk membayar bil dalam masa yang singkat tanpa perlu keluar dari kenderaan.

"Masyarakat hari ini mahukan segala urusan dapat dilakukan dengan cepat dan kaunter ini pastinya menepati keperluan mereka," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Kaunter Pandu Bayar dan Sistem e-lesen MBMB di Graha Makmur di sini semalam.

Perasmian pelancaran disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Latiff Thamby Chik.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, kaunter pandu bayar tersebut menyediakan perkhidmatan bayaran cukai taksiran, bil elektrik air dan telefon, cukai tanah dan kompaun letak kenderaan.

Tambahnya, mereka yang ingin menjelaskan kesemua bil tersebut perlu membawa resit asal dan pembayaran menggunakan cek juga dibenarkan.

"Bagaimanapun, pembayaran menggunakan kad kredit belum boleh digunakan buat masa ini," katanya sambil menambah kaunter itu berjaya mengutip sebanyak RM1,567,917.38 sejak dibuka dari 7 Februari sehingga 25 Mac lalu.

Mengenai sistem e-lesen yang menelan kos sebanyak RM177,000, Zainal berkata, ia merupakan sistem automasi yang beroperasi secara online dengan aplikasi teknologi maklumat dan trend terkini dalam laman web.

Sistem tersebut, menurut beliau, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan PBT itu khususnya Jabatan Pelesenan dan Kesihatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga terkejut terima notis kosongkan gerai

Posted:

Peniaga terkejut terima notis kosongkan gerai

Peniaga terkejut terima notis kosongkan gerai

MELAKA 30 Mac - Sebanyak 25 peniaga kedai makan dan kraf tangan kecil-kecilan di Gerai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Lorong Melaka Raya di sini terkejut apabila menerima notis daripada MBMB supaya mengosongkan gerai mereka semalam.

Menurut mereka, notis bertarikh 29 April daripada MBMB itu meminta peniaga mengosongkan premis perniagaan mereka dalam tempoh 21 hari sedangkan masih mempunyai perjanjian sewaan dengan pihak berkuasa tempatan itu sehingga Ogos ini.

Difahamkan, notis dikeluarkan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan pondok menunggu bas dan peniaga kraftangan diberi pilihan untuk berpindah ke bazar kraftangan di Dataran Pahlawan Megamall manakala peniaga makanan di Taman Rempah.

Salah seorang peniaga, Siti Normala Ibrahim, 30, berkata, pemindahan itu akan membebankan peniaga tambahan pula tempat baru yang ditawarkan tidak strategik.

"Lokasi baru yang ditawarkan itu jauh bukan sahaja kurang mendapat sambutan, bahkan peniaga di situ juga nasib mereka seperti hidup segan mati tak mahu.

"Saya ada pinjaman dari TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) yang perlu dibayar, bagaimana saya mahu menjelaskan pinjaman itu pendapatan perniagaan tidak seberapa," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Peniaga kraftangan, Jamuri Khalil, 44, mendakwa, dia tidak sanggup berpindah ke pusat beli belah Dataran Pahlawan Megamall kerana peniaga sedia ada di situ pun sukar untuk mendapatkan pelanggan.

"Wang ihsan sebanyak RM300 sebulan selama setahun yang ditawarkan oleh MBMB juga belum tentu dapat menampung perbelanjaan bulanan kami," katanya.

Tambah beliau, jika para peniaga masih perlu berpindah, tidak mustahil, ada antara mereka terpaksa gulung tikar kerana sukar mendapatkan pelanggan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BATU ‘PELIK’ DI TENGAH JALAN

Posted:

BATU 'PELIK' DI TENGAH JALAN

BATU 'PELIK' DI TENGAH JALAN


BATU yang terbiar di Jalan Kong Sang dekat simpang keluar dan masuk ke Jalan Tuanku Munawir, Seremban ini tidak lagi mempunyai fungsi sebaliknya membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal.


Sekali pandang mungkin batu yang berada di tengah jalan ini dahulu menempatkan papan tanda penunjuk arah bagi laluan kenderaan.

Namun batu yang terbiar di Jalan Kong Sang dekat simpang keluar dan masuk ke Jalan Tuanku Munawir, Seremban ini tidak lagi mempunyai fungsi sedemikian sebaliknya membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal.

Lensa jurugambar Utusan Malaysia, ABDUL RAZAK AID yang merakamkan kewujudan baru di tengah jalan berkenaan, turut melihat beberapa motosikal cuba mengelaknya daripada terkena batu tersebut.

Bayangkan apa yang berlaku pada waktu malam dan bagaimana pula nasib penunggang motosikal yang melanggar batu di tengah jalan itu, lebih-lebih lagi apabila dibelakangnya diekori pula kenderaan seperti kereta, lori dan sebagainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan