Isnin, 28 Mac 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Saya akan suruh balik – Saksi

Posted:

Saya akan suruh balik – Saksi

Saya akan suruh balik – Saksi

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac – ''Kalau saya tahu perkara ini akan berlaku, by hook or by crook (dengan apa cara sekalipun), saya akan halau dia keluar dari pejabat SPRM, saya akan suruh dia balik terus.''

Itulah jawapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Nazri Ibrahim apabila ditanya apa tindakan yang akan dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009.

Beliau berkata demikian semasa disoal oleh ahli Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock yang juga pakar psikologi forensik, Profesor Mohamed Hatta Shaharom mengenai perkara yang akan dilakukan sekiranya dia mampu mengelakkan insiden yang menimpa Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Bagaimanapun, Mohd. Nazri yang bertanggungjawab merakam kenyataan Beng Hock pada awal pagi hari tersebut memilih untuk bersikap bertimbang rasa dengan membenarkan saksi itu berehat di sofa dan tidak terus pulang walaupun telah diberi kebenaran.

''Selepas selesai rakaman, atas arahan pegawai penyiasat, saya maklumkan pada Beng Hock bahawa dia boleh balik dan bawa semula dokumen-dokumen berkaitan dengan kes.

''Dia tanya, boleh saya berehat sekejap. Saya kata boleh, cuma jangan merayau-rayau dalam pejabat SPRM. Dia kata okay. Saya beritahu, kalau ada apa-apa, berhubung dengan pegawai penyiasat. Selepas itu saya kemas bilik dan ajak rakan sekerja balik bersama-sama,'' jelas beliau.

Menurut Mohd. Nazri, dia amat terkejut apabila mengetahui Beng Hock ditemui mati pada pukul 2 petang hari yang sama kerana kejadian seumpama itu tidak pernah terjadi serta masih tertanya-tanya sehingga kini bagaimana ia boleh berlaku.

Sekalipun mengakui merupakan orang terakhir bersama Beng Hock dalam urusan siasatan, Mohd. Nazri menolak andaian bahawa dia telah menyebabkan kematian itu kerana tidak pernah berkasar atau memberi tekanan kepada saksi.

Menjawab soalan peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung perkataan kebenaran YB (Yang Berhormat) dan arahan YB dalam nota misteri daripada beg sandang Beng Hock, Mohd. Nazri berkata, hanya perkataan 'telah diluluskan oleh YB' direkod beliau daripada saksi pada malam tersebut.

Katanya, rakaman percakapan itu bukan sahaja diteliti semula oleh Beng Hock daripada dokumen di dalam komputer tetapi dibaca sekali lagi selepas ia dicetak sebelum menurunkan tandatangan sebagai pengesahan.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull hadir untuk memberi keterangan tentang prosedur siasatan serta perintah-perintah tetap dalam agensi tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebutan semula kes ADUN Sri Muda 25 April

Posted:

Sebutan semula kes ADUN Sri Muda 25 April

Sebutan semula kes ADUN Sri Muda 25 April

SHAH ALAM 28 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei terpaksa bergegas ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas pihak pendakwaan memohon waran tangkap dikeluarkan kepadanya yang gagal hadir sebutan kes di bawah Akta Hasutan yang dihadapinya.

Shuhaimi, 42, yang sedang mengikuti majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Ke-12 pagi ini tiba di mahkamah selepas peguam beliau, Edmund Bon memohon menangguhkan prosiding sebentar bagi menghubungi anak guamnya.

Shuhaimi muncul kira-kira pukul 10.05 pagi dengan berpakaian rasmi DUN dan bersongkok hitam.

Terdahulu, ketika kes disebut di hadapan Hakim Slamat Yahya, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepada Shuhaimi berikutan ketiadaannya di mahkamah yang bersidang pada pukul 9 pagi.

Edmund bagaimanapun memaklumkan bahawa pihaknya telah menyerahkan surat kepada mahkamah pada 25 Mac lalu, memohon agar kes itu disebut pada sebelah petang berikutan Shuhaimi perlu menghadiri pembukaan DUN yang dirasmikan oleh Sultan Selangor hari ini.

Menurut Mohamad Hanafiah, peguam sepatutnya menasihatkan Shuhaimi untuk hadir pada prosiding pagi ini memandangkan mahkamah tidak memberi jawapan kepada surat mereka, apatah lagi Shuhaimi terikat dengan syarat-syarat jaminan dan tarikh sebutan yang telah ditetapkan awal.

Selepas ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hadir, pertuduhan dibacakan sekali lagi memandangkan pada 7 Februari lalu, pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk Pandangan saya berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini, 30 Disember tahun lalu.

Edmund turut memohon satu tarikh sebutan berikutan pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi selewat-lewatnya Jumaat ini untuk memohon satu deklarasi bahawa Akta Hasutan 1948 bercanggah dengan Artikel 5,8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 April ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan