Selasa, 29 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Ahli perniagaan dibunuh dan disumbat dalam bonet

Posted: 29 Mar 2011 06:46 AM PDT

RANTAU PANJANG: lelaki yang dipercayai ahli perniagaan dijumpai mati dengan mayatnya disumbat dalam bonet kenderaan miliknya di Simpang Empat Salam dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliluddin Rahim berkata mayat lelaki itu yang dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh lebih lapan jam sebelum ditemui.


"Pihak polis menerima laporan daripada seorang penjual air tebu memaklumkan mengenai penemuan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna hitam yang berada dalam keadaan mencurigakan dan tidak berkunci di kawasan itu.

"Hasil pemeriksaan pihak polis yang tiba di kawasan itu kira-kira pukul 10 malam tadi membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan berusia 56 tahun," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Beliau berkata lelaki itu dipercayai berasal dari Batu Dua, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mayat berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lori bawa muatan ratusan ribu ringgit tercampak

Posted: 29 Mar 2011 03:45 AM PDT

IPOH: Pemandu dan kelindan sebuah treler membawa muatan cip komputer terselamat apabila kenderaan tersebut tercampak ke dalam gaung dalam kejadian kemalangan di Km 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jelapang awal pagi tadi.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata, pemandu treler S.Thinakaran, 44 berasal dari Pulau Pinang hanya mengalami cedera di kaki akibat tersepit dicelah kenderaan.


Pemandu treler dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala kelindannya yang hanya dikenali sebagai Rozaidi, 40, terselamat dalam kejadian pukul 3.38 pagi tadi, katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata kejadian berlaku ketika lori treler yang dipandu Thinakaran membawa muatan komputer cip yang dianggarkan bernilai ratus ribu ringgit dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang.


Pemandu treler berkenaan dikatakan cuba mengelak sebuah lori yang cuba memotongnya dari arah belakang lalu terbabas dan tercampak ke dalam gaung sedalam lapan meter dikiri jalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan