Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 27 Mar 2011 11:28 AM PDT MukaDepan PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Razak berucap pada pelancaran Laporan Tahunan GTP 2010 pada Malam Transformasi Bersama Rakyat Untukmu Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Effendy Rashid KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan rakyat sebagai pemegang saham terpenting Program Transformasi Kerajaan (GTP) akan terus mendapat manfaat hasil pencapaian memberangsangkan tahun pertama pelaksanaan enam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Ketika membentangkan laporan tahun pertama GTP itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar tanggungjawab dan amanah yang diletakkan rakyat untuk memenuhi keinginan hidup selesa dalam sebuah negara aman, selamat, selain merasai aspirasi masa depan rakyat. "Kejayaan sepanjang 2010 tidak akan terhenti, sebaliknya akan kuatkan iltizam untuk terus bekerja dengan gigih dan buat apa saja yang termampu dan terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negara tercinta."Kita insaf dan bersikap rendah diri bahawa era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir dan apa yang penting bagi kita ialah mengenal pasti keinginan rakyat. Apa yang sebenarnya jangkaan rakyat dan apakah aspirasi rakyat yang perlu dipenuhi kerajaan," katanya ketika melancarkan Laporan Tahunan GTP 2010 pada Malam Transformasi Bersama Rakyat Untukmu Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala, barisan menteri kabinet serta lebih 7,000 orang awam. Enam inisiatif NKRA menerusi GTP adalah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, memperbaiki infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar.
Perdana Menteri berkata, sebagai program yang menjadi agenda besar kerajaan supaya dapat menyentuh isi hati rakyat dan menyelesaikan pemasalahan mereka, kejayaan program ini menuntut masa, usaha serta dedikasi serta halangan dan kekangan. "Yang pasti, hasil ini dapat diperlihatkan kerana ia berpaksi kepada usaha gigih, semangat kental, pengorbanan tinggi dan kesanggupan bekerja sebagai satu pasukan untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya. Najib berkata, kerajaan akan pastikan agenda ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi supaya gagasan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dapat dilaksana berdasarkan kepada enam inisiatif NKRA yang digariskan menerusi GTP. Sementara itu, Najib berkata, GTP akan diselaras, dipantau dan diselia oleh Timbalan Perdana Menteri. "Selepas ini Muhyiddin akan menyelaraskan tindakan diambil oleh semua menteri terutama menteri yang mengetuai enam Bidang Keberhasilan Utama (NKRA). "Saya ucapkan terima kasih kepada semua menteri yang mengetuai NKRA dan menteri lain serta dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala yang mengetuai PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) serta anggota PEMANDU dari sektor awam dan swasta. "Saya juga ingin ucap terima kasih kepada sektor perkhidmatan awam diketuai Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara) kerana mereka berganding bahu bersama anggota kerajaan. "Tanpa sokongan mereka, GTP tidak mungkin dapat dijayakan. Inilah yang dapat dipersembahkan kepada rakyat Malaysia. Inilah hasrat kita untuk lakukan yang terbaik untuk rakyat," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenYangretibase Tahniah atas pencapaian yang bagus; tetapi biarlah manfaatnya benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat, bukan sekadar hanya segelintir kroni yang bertambah menggunung kekayaan mereka, sedang rakyat menderita.
1malaysia bagus.....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Anak hilang ditemui mati dalam gaung tinggal rangka Posted: 27 Mar 2011 11:20 AM PDT MukaDepan MAYAT Mohd Zaki diusung anggota polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Tampin yang ditemui dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah. Lebih menyayat hati, tubuh anak lelakinya yang berusia 27 tahun itu, Mohd Zaki Ahmudhi, sudah tinggal rangka ketika ditemui selepas terbenam selama 21 hari dalam sebuah lopak air dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah. Mayatnya disedari berada dalam gaung itu pada jam 1.35 petang kelmarin, apabila orang awam melaporkan menemui mayat lelaki dengan sebuah motosikal tidak jauh dari tubuhnya. Kemalangan dipercayai berlaku pada 5 Mac kerana Mohd Zaki yang bertugas di Kem Tuanku Syed Sirajuddin dikatakan tidak melaporkan diri untuk bertugas pada tarikh berkenaan.Ibu mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata Mohd Zaki menghubunginya beberapa hari sebelum kehilangannya pada 5 Mac lalu bagi memaklumkan akan pulang berjumpanya dalam masa terdekat. "Sejak itu, saya yang sudah lama tidak bertemunya menanti penuh harapan kerana merindui dia yang sudah lama tidak pulang ke kampung di Kluang, Johor. "Bagaimanapun, beberapa hari kemudian pihak kem menghubungi saya memaklumkan Mohd Zaki tidak melapor diri sejak 5 Mac lalu. Saya menghubungi semua saudara mara dan rakannya, namun semua tidak tahu apa-apa mengenai dia," katanya sebak ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tampin, di sini semalam.
"Sedih hati bukan kepalang apabila mendapati mayat itu adalah anak saya. Lebih menyedihkan melihat keadaannya yang sudah tinggal rangka. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saat dia menghembuskan nafas terakhirnya berseorangan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata kawasan yang sunyi serta dikelilingi hutan menyebabkan kejadian itu tidak disedari.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan