Utusan Online - Muka Hadapan |
- Di manakah Anwar Ibrahim?
- Video seks: MT UMNO serah kepada kerajaan
- Bukti rakaman percepatkan siasatan
Posted: Di manakah Anwar Ibrahim?Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA Keratan blog http://novandri.blogspot.com KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan? Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut. Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter. Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan. Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan. "Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com. Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan persoalan besar. Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan. "Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya. Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya. Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah pada pukul 9.20 malam yang berbunyi: "Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..." Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...lama sangat dah sy rasa DS x mai..." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Video seks: MT UMNO serah kepada kerajaan Posted: Video seks: MT UMNO serah kepada kerajaanKUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO menyerahkan kepada kerajaan mengenai keputusan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kesahihan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan pembangkang. Menurut Presiden UMNO, ini kerana perkara itu tidak boleh diputuskan oleh parti itu meskipun ia dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 2011 yang diadakan malam ini. "Apa yang ingin kita tegaskan ialah UMNO tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan pada masa sama kita juga ingin mengetahui kesahihan dan kebenarannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 2011 tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Najib menambah, UMNO juga berpegang kepada prinsip bahawa keutamaan ketika ini ialah mencari kebenaran mengenai video seks itu dan bukannya mengalih kepada perkara-perkara lain. Katanya, kebenaran itu pula mesti ditentukan oleh polis menerusi siasatan yang rapi dan profesional dan perkara itu boleh ditentukan oleh mereka yang pakar dalam hal tersebut. "Soalnya kenapa UMNO yang perlu dipersalahkan kerana perkara pokok ketika ini ialah untuk menentukan sama ada kes (video seks pemimpin pembangkang) itu benar atau tidak, yang akan ditentukan menerusi siasatan polis," katanya. |
Bukti rakaman percepatkan siasatan Posted: Bukti rakaman percepatkan siasatanOleh ANGELINA SINYANG, SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM dan ILAH HAFIZ AZIZ KUALA LUMPUR 25 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin siasatan kes rakaman video seks melibatkan pemimpin pembangkang dapat diselesaikan secepat mungkin berikutan bukti- bukti yang telah diperoleh pasukan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, berdasarkan maklumat dan bukti-bukti tersebut, siasatan pihaknya nanti akan bertumpu kepada dua perkara. "Perkara pertama yang akan lihat adalah siapa yang berada dalam video itu dan yang kedua, bagaimana video ini boleh muncul. "Kita juga percaya ada perkara-perkara lain yang boleh membantu selepas siasatan lanjut nanti," katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini hari ini. Setakat ini, maklumat yang diperoleh oleh polis adalah menerusi dua individu yang telah menyerahkan rakaman video berkenaan setelah mereka dan seorang lagi individu membuat pendedahan mengejutkan baru-baru ini. Selain itu, polis juga menjalankan siasatan di tempat kejadian iaitu hotel yang mana rakaman itu dilakukan. Hari ini, puluhan wartawan dan jurugambar berkumpul di luar pekarangan sebuah hotel apartmen yang terletak di Jalan Ampang Hilir berikutan dakwaan bahawa lokasi rakaman itu dijalankan di situ. Namun, kumpulan media itu hampa kerana tiada kelibat pasukan polis atau mana-mana pihak berkuasa dilihat berada atau keluar masuk di premis itu. Ismail dalam pada itu berkata, siasatan dilakukan secara menyeluruh dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang kesimpulan yang menimbulkan salah faham. Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ke Ibu Pejabat Bukit Aman semalam, Ismail mengesahkan mereka berdua dipanggil untuk memberi keterangan. Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan telah menahan dua individu dan memperoleh beberapa barang bukti daripada mereka. "Salah seorang individu juga telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku. Polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian bersama unit Forensik PDRM," kata Setiausahanya, Datuk Ghazali Md. Amin. Ghazali berkata, kedua- dua individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan kes itu masih diteruskan. Sementara itu, Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim ketika dihubungi mengaku telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan petang ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan