Rabu, 30 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Polis Terengganu lancar Ops Payung

Posted:

Polis Terengganu lancar Ops Payung

Polis Terengganu lancar Ops Payung

Oleh Siti Airunnisa Alaui
utusanterengganu@utusan.com.my


Jamshah Mustapa (kanan) menyampaikan payung kepada seorang wakil ketua polis daerah selepas melancarkan Ops Payung peringkat kontinjen di Pasar Tani Bukit Payung, Kuala Terengganu, semalam.


MARANG 29 Mac - Polis negeri hari ini melancarkan Ops Payung sebagai satu inisiatif baru mendekati masyarakat dan melakukan pencegahan jenayah di kawasan tumpuan awam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, Ops Payung bertindak sebagai balai polis bergerak selain menggunakan elemen rondaan bit secara bergilir-gilir setiap empat jam di bawah sekaki payung yang dilengkapi dengan meja dan kerusi.

Katanya, menerusi konsep itu ia akan memudahkan orang ramai untuk mengakses perkhidmatan polis tanpa perlu ke balai selain menunjukkan kehadiran polis di lokasi-lokasi tumpuan.

"Kita akan menumpukan kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar, pusat beli-belah dan kawasan pelancongan di seluruh daerah di negeri ini.

"Setakat ini kita telah terima 35 set payung dan akan diedarkan di seluruh balai polis dengan perlaksanaannya bergantung kepada balai polis itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Ops Payung peringkat kontinjen di Pasar Tani Bukit Payung di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Hamzah Md. Jamil.

Pada majlis itu Jamshah turut mengedarkan risalah kesedaran jenayah kepada peniaga di pasar tani itu.

Beliau turut memaklumkan telah bersiap sedia menempatkan anggotanya di kawasan-kawasan berisiko banjir ekoran hujan lebat yang melanda negeri itu beberapa hari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

14 majikan tidak mencarum dikompaun

Posted:

14 majikan tidak mencarum dikompaun

14 majikan tidak mencarum dikompaun

DUNGUN 29 Mac - Seramai 14 majikan di daerah ini yang masih gagal mencarum pekerja mereka dikenakan kompaun dalam operasi yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) baru-baru ini.

Tindakan itu diambil setelah mereka diberi peringatan awal agar berbuat demikian melalui risalah pemberitahuan yang diedarkan dua minggu sebelum operasi dijalankan.

Operasi selama tiga hari itu disertai seramai 15 kakitangan Perkeso dengan dibantu kakitangan Perkeso dari Kuala Terengganu dan Kemaman.

Pengurus Perkeso daerah, Tarmizi Mukhtar yang mengetuai operasi berkata, antara alasan yang diberikan majikan ialah pekerja sementara tak perlu mendaftar dengan Perkeso dan pekerja mereka masih dalam tempoh percubaan.

"Ada juga memberi alasan terlalu sibuk dengan tugasan harian yang menyebabkan mereka tiada masa mendaftar pekerja mereka," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, operasi sebelum ini lazimnya dilakukan pada waktu siang namun, ia diperluaskan meliputi premis beroperasi waktu malam seperti kedai makan, kafe siber dan restoran.

"Kami melawati 71 premis dengan tumpuan mengesan majikan yang gagal mencarum pekerja mereka dengan badan ini di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969," katanya.

Katanya, melalui operasi itu, kompaun bernilai RM9,500 kompaun dikeluarkan dan majikan terbabit diberi tempoh selama 14 hari bagi menjelaskan bayaran dan jika gagal akan dihadapkan ke mahkamah.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan kerana pihaknya percaya masih ramai majikan yang belum mendaftar dengan badan itu dan akan terus menggempur majikan terbabit dari semasa ke semasa.

Menurutnya, operasi itu bukanlah bertujuan menyusahkan majikan-majikan sebaliknya ia bagi memastikan kebajikan pekerja mereka terjaga terutama ketika ditimpa kemalangan atau mengalami keuzuran berkekalan.

"Sepanjang tahun lalu, Perkeso Dungun telah menyelesaikan sebanyak 231 kes tuntutan faedah berjumlah RM570,579.84 dan jumlah itu tidak termasuk kes-kes yang dibayar oleh pejabat negeri dan pencen berkala," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBKM anjur projek kembara, jejak buku

Posted:

MBKM anjur projek kembara, jejak buku

MBKM anjur projek kembara, jejak buku

KOTA BHARU 29 Mac - Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan projek Kembara Buku dan Jejak Buku dalam usaha memperkukuh budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

Pengarah Urus Setia Tetapnya, Dr. A'Azmi Shahri berkata, MBKM juga akan bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan program untuk mencungkil bakat menulis di kalangan guru-guru dan para pelajar.

Beliau berkata, penganjuran projek dan program itu bagi mendukung usaha Kementerian Pelajaran yang mahu memperkukuh budaya membaca di kalangan pelajar melalui Program Nilam yang telah diperkenalkan sejak lebih 20 tahun lalu.

"Berdasarkan satu kajian, secara purata seorang pelajar membaca sebanyak 20 buah buku setahun. Persoalannya, adakah budaya membaca ini hanya berlaku di sekolah dan bagaimana pula di rumah?" soalnya.

Beliau berucap mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud bagi merasmikan Pesta Buku Kelantan 2011 di Gelanggang Seni di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang. Pada Majlis itu, A'Azmi turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar, guru dan sekolah dalam pelbagai kategori.

Pesta Buku Kelantan 2011 dengan tema 'Membaca Pemangkin Transformasi Bangsa' dianjurkan bersama oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (Pustaka) dengan penaja utama, Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd.

A'Azmi berkata, ibu bapa seharusnya memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak mereka secara berterusan kerana kajian mendapati, ramai pelajar membaca hanya untuk menduduki peperiksaan.

Beliau sehubungan itu mengalu-alukan usaha JPN menganjurkan pesta berkenaan yang masuk kali ke-36 kerana ia merupakan pemangkin kepada budaya membaca di kalangan masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan