Jumaat, 25 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


RM6 juta senggara kenderaan

Posted:

RM6 juta senggara kenderaan

RM6 juta senggara kenderaan

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Mac - Selepas dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta, tindakan Yayasan Selangor membelanjakan RM6 juta hanya untuk menyelenggara sembilan buah bas dan enam kereta miliknya bagi tempoh 11 bulan menimbulkan tanda tanya.

Menurut blog Selangor Daily.Com, perbelanjaan itu bagi tujuan menukar alat ganti, menyelenggara dan membaiki kenderaan milik organisasi itu bermula Januari hingga November tahun lalu.

Kata blog itu, melalui laporan audit dalaman yang dilakukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini dan disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, didapati pada November sahaja, sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan oleh yayasan itu untuk tujuan tersebut.

"Adalah sangat-sangat tidak logik RM6 juta dibelanja untuk tujuan itu. Lebih baik jual semua kenderaan lama dan kemudian beli kenderaan baru jika sebanyak itu perlu dibelanja untuk membaiki kenderaan sedia ada," kata blog tersebut.

Sementara itu, penulis blog Ruangbicarafaisal pula mendedahkan, Yayasan Selangor secara puratanya membelanjakan sekurang-kurang RM36,000 sebulan bagi menyelenggara sebuah kenderaan miliknya.

Justeru dia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat perkara itu dengan serius dan mengambil tindakan terhadap penyelewengan yang berlaku di dalam Yayasan Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis serbu rumah teres stor dadah

Posted:

Polis serbu rumah teres stor dadah

Polis serbu rumah teres stor dadah


Mohamad Md. Yusof (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang, semalam.


KLANG 25 Mac - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM160,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres yang dijadikan stor dan tempat pembungkusan dadah di Taman Juara di sini awal pagi kelmarin.

Dadah yang dirampas ialah heroin seberat 0.92 kilogram, syabu (0.63 kilogram) ketamin (0.25 kilogram) dan 1,000 biji pil Eramin 5.

Dalam serbuan pukul 6.30 pagi, seorang lelaki berusia 33 tahun yang menginap di rumah tersebut dan dipercayai pengedar dadah turut diberkas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan pihak polis yang memantau kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Sebelum serbuan, polis telah menahan suspek di kawasan rumahnya dan menemui sejumlah dadah jenis syabu bersamanya.

"Sepasukan polis kemudian memeriksa rumah tersebut dan menemui pelbagai jenis dadah yang disorokkan dalam sebuah bilik di rumah tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohamad, siasatan awal percaya suspek telah beberapa bulan menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar daerah ini.

Beliau berkata, suspek yang didapati positif dadah kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga 31 Mac depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan aman desak Pengurus Besar Yayasan Selangor dipecat

Posted:

Perhimpunan aman desak Pengurus Besar Yayasan Selangor dipecat

Perhimpunan aman desak Pengurus Besar Yayasan Selangor dipecat

SABAK BERNAM 25 Mac - Hampir 100 penduduk kawasan Sungai Besar di sini mengadakan perhimpunan aman di pekarangan Masjid Parit 4, Sungai Haji Dorani bagi mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS).

Perhimpunan itu disertai oleh anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, 12 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka menganggap tindakan itu perlu kerana Ilham dikatakan punca kepincangan kewangan YS ekoran defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November tahun lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi yang mengetuai perhimpunan itu berkata, pihaknya telah muak dengan pentadbiran kerajaan PKR Selangor yang dilihat seolah-olah 'menutup mata' terhadap penyalahgunaan kewangan dan urus tadbir yayasan itu.

"Yayasan Selangor merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab membantu pendidikan golongan miskin di negeri ini. Apakah kerajaan negeri mahu merosakkan institusi yang telah banyak berjasa kepada rakyat Selangor sejak ditubuhkan pada 1970.

"Apakah mungkin kerana politik atau kroni, pimpinan negeri terus membiarkan amalan salah tadbir urus berlaku dalam Yayasan Selangor dengan terus mengekalkan Ilham sebagai Pengurus Besar sedangkan beliau gagal menguruskan yayasan dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan keputusan mengekalkan Ilham sebagai Pengurus Besar YS meskipun menerima pelbagai desakan agar beliau ditamatkan kontrak

Ekoran itu, ia seolah-olah dilihat mengetepikan laporan audit dalaman terhadap YS yang dikeluarkan pada 18 Mac lalu yang turut mengesyorkan agar Pengurus Besarnya ditamatkan kontrak perkhidmatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan