Isnin, 28 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kejayaan Lotus Renault lonjak nama PROTON

Posted: 28 Mar 2011 03:31 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Kejayaan Lotus Renault menduduki tempat ketiga perlumbaan Formula One di Melbourne semalam telah menaikkan nama PROTON Holdings Berhad selaku pemilik Lotus Renault menerusi anak syarikatnya, Lotus Group.

"Tahniah kepada Lotus Renault," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menyifatkannya satu kejayaan daripada segi penjenamaan kepada PROTON.

Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di sini hari ini, Ahmad Shabery berkata pihak Lotus akan memberi peluang kepada 19 jurutera tempatan untuk bekerja di kilang mereka di United Kingdom bagi menimba pengalaman. "Jika ruang diberikan kepada PROTON sudah tentu ia memberi pendedahan baru kepada jurutera tempatan bukan sahaja untuk memenangi perlumbaan tetapi juga boleh belajar bagaimana untuk bersifat lebih inovatif," katanya.

Dalam perlumbaan pembuka tirai kejohanan F1 musim ini di Melbourne, Australia semalam, pemandu Lotus Renault, Vitaly Petrov dari Rusia, menduduki tempat ketiga di belakang juara musim lalu, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull dan Lewis Hamilton yang menadu McLaren. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera Gaddafi sekat kemaraan pemberontak, NATO bedil Sirte

Posted: 28 Mar 2011 03:27 AM PDT

Mutakhir

BIN JAWAD, Libya: Tentera kerajaan menghentikan kemaraan pemberontak ke kampung halaman Muammar Gaddafi, Sirte yang dibom pesawat tentera bersekutu selepas NATO mengambil alih operasi ketenteraan di Libya.

Wartawan AFP berkata, tentera pemberontak yang mara ke Sirte sejak dua hari lalu, diserang hendap tentera kerajaan bersenjata mesingan dan pikap di jalan raya dari Bin Jawad ke Nofilia.

Pihak pemberontak semalam menawan Bin Jawad, 140 kilometer ke timur Sirte, selepas menawan bandar minyak utama Ras Lanuf ketika mereka mara dengan sokongan serangan udara tentera bersekutu. Selepas diserang hendap, tentera pemberontak berundur ke Bin Jawad dan melepaskan tembakan meriam.

Sembilan letupan kuat kedengaran di Sirte awal hari ini ketika pesawat NATO melintas di udara bagi menguatkuasa zon larangan terbang yang berlarutan sembilan hari. - AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan