Kosmo Online |
- “Earth Hour” Planetarium Negara dapat sambutan
- Rumah panjang terbakar, 27 keluarga terjejas
- Pantau kelewatan bina Kampus UMK Jeli - Mustapa
“Earth Hour” Planetarium Negara dapat sambutan Posted: "Earth Hour" Planetarium Negara dapat sambutan26/03/2011 9:28pm KUALA LUMPUR — Kempen "Earth Hour" yang dijalankan di Planetarium Negara mendapat sambutan menggalakkan terutama dari kalangan generasi muda yang belum memahami apa yang dimaksudkan sebagai pencemaran cahaya. Kebanyakan mereka yang datang ke Planetarium Negara di sini menyatakan rasa teruja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan termasuk pencerapan matahari, lawatan ke balai cerap, tayangan filem mengenai sistem solar serta aktiviti "Earth Hour Lantern", "Earth Hour Glow in the Dark" dan "Light Shield". Ketua Pengarah Planetarium Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata, kempen yang diadakan oleh pihaknya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar daripada kemusnahan akibat aktiviti harian manusia. "Saya berharap agar masyarakat mampu menjaga bumi kerana itu adalah tanggungjawab kita semua sebagai panghuninya," katanya. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Rumah panjang terbakar, 27 keluarga terjejas Posted: Rumah panjang terbakar, 27 keluarga terjejas26/03/2011 5:14pm SIBU — Sebuah rumah panjang Iban Rh. Bala anak Angan, di Sungai Buloh, kira-kira 3 km dari bandar Selangau di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi, menyebabkan 27 keluarga hilang tempat tinggal. Dalam kejadian yang berlaku pada 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan apabila cuba menyelamatkan barangannya dan kini dirawat di Hospital Sibu. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pantau kelewatan bina Kampus UMK Jeli - Mustapa Posted: Pantau kelewatan bina Kampus UMK Jeli - Mustapa26/03/2011 5:14pm JELI — Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai kelewatan menyiapkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli. Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, jika pemaju terbabit gagal menyiapkan pembinaan kampus itu seperti yang dijadualkan, ia boleh menyebabkan kelewatan kemasukan staf pada Jun ini dan 800 pelajar pertamanya pada Sept akan datang. Mengikut jadual kampus bernilai RM60 juta itu sepatutnya siap dalam masa dua bulan lagi. "Justeru itu saya akan bertemu Kementerian Pengajian Tinggi untuk meminta agar proses pembinaan kampus itu dipantau," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kampus itu di Gemang di sini, hari ini. Ketika ini UMK beroperasi sementara di Taman Bendahara, Kota Baharu dan selain kampus Jeli, kampus induknya pula terletak di Bachok yang juga dalam proses pembinaan. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan