Berita Harian: Mutakhir |
Kris Dayanti, Raul bernikah hari ini Posted: 20 Mar 2011 02:58 AM PDT Mutakhir JAKARTA: Diva Indonesia Kris Dayanti dan kekasihnya Raul Lemos menyempurnakan kisah percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pada satu majlis yang sederhana di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jalan Sudirman, Jakarta Pusat, hari ini. Mereka dinikahkan bapa Kris, Trenggono dengan disaksikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Tri Sutrisno yang mewakili Kris dan Arif Abdullah Saga, wakil Raul dan selepas akad nikah, pasangan pengantin baru itu terus mempamerkan kemesraan melalui kucupan bibir di hadapan para tetamu. Ini adalah pernikahan kedua bagi kedua-dua pasangan itu setelah rumah tangga mereka sebelum ini gagal. Kris adalah bekas isteri penyanyi dan komposer ternama Anang Hermansyah, manakala Raul, seorang usahawan dari Timor Leste pula gagal dalam rumah tangganya sebelum ini dengan Silvalay Noor Athalia atau mesra dengan panggilan Atha. Kisah percintaan Kris dan Raul diwarnai dengan pelbagai halangan kerana sebelum bercerai dengan Raul, Atha pernah melemparkan tuduhan bahawa Kris adalah perosak rumahtangganya, namun halangan itu berakhir setelah Raul sah bercerai dengan Atha pada 21 Dis tahun lalu. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapan dan doa saya rumah tangga saya kali ini akan lebih rukun dan damai serta dirahmati Allah," kata Kris pada sidang akhbar bersama suaminya sejurus selepas majlis pernikahan. Pasangan mempelai itu juga menemui orang tua masing-masing untuk mendapatkan restu. Ibu Raul, Esmeralda yang kini menetap di Lisbon, Portugal turut hadir memberi restu kepada anak dan menantunya. Majlis pernikahan Kris dan Raul dihadiri kira-kira 100 orang yang terdiri daripada kaum keluarga serta rakan-rakan terdekat pasangan itu termasuk artis-artis popular Indonesia seperti Rossa, Iis Dahlia dan Desi Ratnasari. Majlis resepsi perkahwinan mereka dijadual di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta, pada Jumaat ini, iaitu sehari selepas hari ulang tahun kelahiran Kris Dayanti.-- BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kerajaan pantau rapi insiden nuklear di Jepun Posted: 20 Mar 2011 02:19 AM PDT Mutakhir SANDAKAN: Rakyat di negara ini tidak perlu bimbangmengenai kesan pencemaran radioaktif di negara ini ekoran insiden letupan loji tenaga nuklear di Fukushima, Jepun kerana kerajaan melakukan pemantauan dengan ketat. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata pemantauan itu dilakukan membabitkan alam sekitar, kemasukan pelancong dari luar negara dan kemasukan barang makanan dari lapangan terbang dan pelabuhan terutama dari Jepun. "Tiada keraguan perlu ditimbulkan kerana tiada sebarang pencemaran radioaktif dikesan di negara kita sehingga hari ini dan jangan percaya kepada khabar-khabar angin yang tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penanaman Tukun Tiruan Mesra Alam di sini hari ini. Beliau berkata Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara masih menunjukkan paras normal dan saringan yang dilakukan di pelabuhan membabitkan makanan dan kontena belum ada pencemaran bahan radioaktif dikesan. Katanya sejak tiga hari lepas Kementerian Kesihatan sudah mengambil sampel-sampel makanan yang diimport dan keputusan sampel itu semuanya negatif. "Rakyat diminta merujuk dan mengambil perhatian mengenai perkembangan pencemaran radioaktif di negara ini oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan saya adalah jurucakap mereka," katanya. Menurutnya Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan memantau secara aktif keadaan insiden nuklear di Jepun dan impaknya di negara ini. -- BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan