Khamis, 31 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kolej RISDA dinaik taraf universiti

Posted:

Kolej RISDA dinaik taraf universiti

Kolej RISDA dinaik taraf universiti

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

ALOR GAJAH 30 Mac – Kolej Risda akan dinaik taraf menjadi kolej universiti bagi menerajui transformasi pertanian melalui pendidikan menjelang 2013.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha menaik taraf kolej tersebut amat penting untuk melahirkan lebih ramai graduan bidang pertanian.

Menurutnya, ketika ini kolej yang ditubuhkan pada 1996 itu adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan program pendidikan dalam bidang latihan dan pertanian yang dikhususkan kepada anak-anak di luar bandar.

''Sudah tiba masanya kolej ini dinaik taraf sebagai kolej universiti kerana ia mampu melahirkan lebih ramai golongan usahawan berpendidikan tinggi yang dapat memajukan sektor pertanian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga kerja termasuk pensyarah dan kira-kira 1,000 pelajar di Kolej RISDA Paya Pa'abas di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Mohamad; Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Ketua Pengarah Risda, Datuk Mohamad Izat Hasan.

Menurut Mohd. Shafie, pihak pengurusan Risda akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mendapatkan kelulusan naik taraf tersebut.

''Saya yakin Kementerian Pengajian Tinggi akan menerima cadangan RISDA ini," ujarnya.

Beliau menambah, peruntukan yang akan diberikan kepada Risda untuk kolej tersebut dinaik taraf sebagai kolej universiti akan dibincangkan dengan fokus terhadap infrastruktur baru, tenaga pengajar dan kemudahan lain.

Ujarnya, sejak Kolej RISDA beroperasi pada 2000, seramai 3,813 graduan berjaya dilahirkan dalam bidang pertanian, pengurusan perniagaan, sains komputer dan juga latihan dalam pelbagai bidang kemahiran.

Katanya, setakat ini sebanyak 75 peratus daripada graduan dalam Diploma Pertanian mendapat pekerjaan manakala selebihnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia-Australia bincang isu di Bali

Posted:

Malaysia-Australia bincang isu di Bali

Malaysia-Australia bincang isu di Bali

PUTRAJAYA 30 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia, Chris Bowen bagi membincangkan kesepakatan kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia dan jenayah antarabangsa.

Pertemuan diadakan di Bali sempena Persidangan Menteri-Menteri Proses Bali yang dihadiri 50 negara anggota.

Hishammuddin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, beliau turut mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), William Lacy Swing bagi meneliti usaha sama sedia ada berhubung penghijrahan termasuk bantuan yang boleh diberikan oleh IOM kepada mangsa pemerdagangan manusia di Malaysia.

Ketika ini, Malaysia dan IOM telah mengadakan kerjasama strategik untuk memerangi kegiatan pemerdagangan manusia serta melihat kepada aspek perlindungan dan pemulihan yang dihulurkan kepada mangsa jenayah.

Cadangan IOM termasuk mewujudkan sistem rujukan kebangsaan, latihan kepada responden pertama yang menerima laporan berkenaan jenayah pemerdagangan orang.

Ini termasuk penyertaan lebih besar oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kempen kesedaran serta pengurusan pusat tahanan.

Menurut Hishammuddin, cadangan itu telah diterima baik oleh kerajaan Malaysia khususnya bagi mewujudkan sistem rujukan kebangsaan untuk menyalurkan laporan tentang kes-kes pemerdagangan manusia kepada pihak berkuasa.

"Satu keputusan penting telah dibuat berdasarkan penilaian IOM dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditugaskan untuk mengendalikan semua mangsa pemerdagangan orang tanpa mengira jantina.

"Sebelum ini mangsa lelaki diuruskan oleh Kementerian Dalam Negeri sementara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula akan menguruskan mangsa-mangsa wanita dan kanak-kanak.

"Melalui kerjasama dengan IOM, Malaysia menyasarkan untuk menetapkan penanda aras melibatkan negara-negara serantau berkenaan pengurusan pusat tahanan bagi mangsa pemerdagangan orang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Status Pulapol bebas virus Adeno diketahui Sabtu

Posted:

Status Pulapol bebas virus Adeno diketahui Sabtu

Status Pulapol bebas virus Adeno diketahui Sabtu

PUTRAJAYA 30 Mac - Status tahap keselamatan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dijangkiti virus Adeno sehingga meragut tiga nyawa hanya boleh diketahui selewat-lewatnya Sabtu ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya memerlukan masa selama sekurang-kurangnya dua minggu sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas sepenuhnya daripada virus maut itu.

Seorang lagi pelatih di Pulapol, Konstabel Mohammad Siman, 23, meninggal dunia akibat jangkitan virus itu pukul 11.30 malam tadi.

''Mangsa yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 3 Mac lalu dilaporkan meninggal dunia akibat beberapa organ dalamannya gagal berfungsi selepas dijangkiti virus itu.

''Kali terakhir kita menerima laporan pelatih dijangkiti Adenovirus ialah pada 19 Mac lalu, justeru kita masih menunggu jika ada lagi yang dijangkiti atau tidak selepas ini sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas daripada jangkitan selewat-lewatnya 2 April ini (Sabtu)," katanya.

Tiong Lai berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih 2010 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mohammad adalah mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno selepas kematian Pelatih Konstabel Mohd. Azizan Azirid, 21, dan Pelatih Inspektor Mohd. Redzuan Ishak, 26.

Antara simptom virus tersebut ialah pesakit akan mengalami jangkitan pernafasan, cirit-birit dan sakit mata.

Difahamkan sehingga semalam, jumlah mereka yang masih dirawat di HKL adalah seramai empat orang dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Seramai 1,000 pelatih konstabel mendaftar dan menjalani latihan di Pulapol sejak 1 Februari lalu manakala 1,000 lagi mendaftar sebagai pelatih inspektor bermula 1 Mac lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan