Jumaat, 25 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Bukan konspirasi UMNO: Najib

Posted: 25 Mar 2011 02:55 PM PDT

Nasional

                    
NAJIB bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, malam tadi.

NAJIB bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, malam tadi.

Siasatan rakaman video seks untuk tentukan kesahihan, perlakuan mungkar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi menolak dakwaan bahawa rakaman video aksi seks dipercayai membabitkan seorang pemimpin pembangkang adalah konspirasi politik dan menafikan UMNO terbabit dalam rakaman berkenaan.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, berkata apa yang penting sekarang ialah menyiasat ketulenan rakaman video itu kerana ia adalah perkara pokok, manakala keputusan sama ada mahu membentuk suruhanjaya bagi menyiasat perkara berkenaan terletak pada kerajaan. "Ada pihak yang condong untuk bangkitkan soal konspirasi atau sebagainya. Ia sebenarnya mengalihkan daripada soal pokok. Perkara pokoknya adalah berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakam atau tidak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini.

Najib berkata, polis perlu bertindak secara profesional berhubung perkara itu, termasuk mendapatkan bantuan pakar bagi menyokong siasatan dan kemudian membentangkan hasil laporan yang meyakinkan rakyat.

"Kalau ada perbuatan mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak `doctored' (ubah suai) video ini, ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada polis.
Mengenai mesyuarat MT, Perdana Menteri berkata, mesyuarat berkenaan antara lain membuat keputusan melepaskan penggantungan ke atas bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Japlin Akim yang sebelum ini digantung tiga tahun bermula Mac 2009 atas kesalahan politik wang.

Katanya, MT juga bersetuju mengadakan majlis Ulang Tahun Ke-65 UMNO pada 11 Mei ini selain mengesahkan jumlah keahlian parti setakat 3 Mac lalu mencecah 3,233,568 orang.

Sementara itu Najib berkata, menyelesaikan masalah rakyat melalui tindakan kreatif serta berkesan menjadi antara ciri utama model baru politik Barisan Nasional (BN) dalam kesungguhan mentransformasi parti supaya terus relevan dan lebih dinamik serta bersemangat.

Perdana Menteri berkata, usaha mencari dan melaksanakan penyelesaian tepat itu bertitik tolak daripada komitmen BN merasai denyutan nadi rakyat dengan memahami persekitaran, jangkaan, aspirasi serta permasalahan dihadapi mereka.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, ini berbeza dengan pendekatan lama yang memberi tumpuan kepada soal intrapolitik, yakni sibuk dengan urusan cawangan dan bahagian parti, dan hanya membuat usul serta desakan terhadap kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

"Sebab itulah saya menasihati Pemuda BN supaya mengadakan makmalnya. Dalam makmal itu, kita dapat mencungkil dan membuat kesimpulan permasalahan dihadapi rakyat, terutama generasi baru. Selain itu, ia juga supaya kita tidak melakukan pendekatan lama.

"Perbezaan dalam model baru (politik) ini ialah kita bukan saja memahami jangkaan, cita rasa dan permasalahan rakyat, malah kita juga boleh mencari penyelesaian efektif, sekali gus mengambil tindakan ke arah menyelesaikan masalah yang mereka hadapi," katanya melancarkan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 turut mencatat sejarah tersendiri pada majlis itu apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai karnival kerjaya terbesar di Malaysia setakat ini.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu menawarkan sebanyak 40,430 peluang pekerjaan membabitkan sebanyak 650 gerai peserta, dan dijangkakan dihadiri seramai 500,000 pengunjung.

Najib berkata, penawaran sebanyak 40,000 jawatan melalui karnival itu membawa mesej bahawa ekonomi negara bukan saja berkembang, tetapi pertumbuhan positif itu bersekali dengan peningkatan peluang kerjaya.

Sambil menjelaskan ada ekonomi yang tumbuh namun tanpa peluang kerjaya, beliau berkata, perkembangan di Malaysia bukan berlaku dengan sendirinya, sebaliknya adalah kejayaan usaha dijalankan kerajaan BN yang memberi galakan, hala tuju jelas serta keyakinan kepada pelabur.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM, rakan Facebook interaksi melalui video

Posted: 25 Mar 2011 02:53 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kalinya berinteraksi dengan rakan sosial Facebook beliau melalui rakaman klip video dan disiarkan di laman blog peribadinya semalam.

Rakaman video selama dua minit dua puluh enam saat itu adalah sebagai maklum balas terhadap komen Keith Ng's di laman Facebook beliau berhubung pengiktirafan kerajaan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan 9,239 memperoleh keputusan semua A dan menjadikannya terbaik dalam tempoh empat tahun. Dalam ucapannya itu, Najib mahu lebih banyak sektor swasta tampil menyalurkan bantuan kepada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kerana ia satu pelaburan akademik yang menjamin keuntungan di masa depan.

Saranan itu juga selaras dengan usaha untuk mencapai status bangsa maju dengan kepelbagaian pola ekonomi, pelaburan akademik berkenaan harus dimulakan daripada sekarang.

Selain itu, katanya, kerajaan sentiasa memberi sokongan termasuk biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Tahun lalu saya sudah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang memperoleh 9A + atau lebih, tanpa memandang etnik atau kaum," katanya dalam laman blog peribadinya semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan