Berita Harian: Mutakhir |
Peniaga arked MPKB buat laporan SPRM Posted: 31 Mar 2011 03:08 AM PDT Mutakhir KOTA BHARU: Seramai 20 wakil peniaga di Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran ota Bharu (MBKB) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan arked MPKB.Laporan itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah, pagi tadi. Wakil mereka, Mohd Zaman Yussof, berkata laporan itu dibuat berikutan kemusykilan yang timbul mengenai penjualan arked MPKB kepada sebuah syarikat. Sebelum ini, 415 peniaga dari Pasar Arked Lambok UDA dan Pasar Majlis Perbandaran Kota Bharu, yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru, melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri terutama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana lot perniagaan di situ dijual pada harga RM80,000 dan RM90,000 sedangkan keluasan lot kedai dianggap sangat kecil. - BERNAMAFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Budak maut dirempuh kereta api Posted: 31 Mar 2011 03:05 AM PDT Mutakhir MACHANG: Seorang budak lelaki berusia setahun tujuh bulan mati dirempuh keretapi di Kilometer 457.5 antara Kampung Sungai Bedal dan Temangan, dekat sini pagi tadi.Ketika kejadian 8.50 pagi itu, mangsa Ahmad Mukhriz Mohd Atif dikatakan sedang menyeberangi landasan keretapi kerana mengekori datuknya yang berada berhampiran landasan tersebut melihat tanaman tebu yang diusahakan di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Ketua Bahagian Pengurusan Polis Daerah Machang, ASP Loo Lian Lay, berkata Mahmud Mat Daud, 58, mendapati cucunya maut di tempat kejadian akibat kecederaan di muka dan badan, dan mayat Ahmad Mukhriz dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat. "Mahmud membuat laporan di Balai Polis Temangan mengenai kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini.Sementara itu, Pengurus KTMB Wilayah Timur Ibrahim Sulaiman, berkata punca kejadian sedang disiasat dan keretapi yang terbabit ialah Ekpress Senandung Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan