Jumaat, 25 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Taktik baru guna nelayan seludup dadah

Posted:

Taktik baru guna nelayan seludup dadah

Taktik baru guna nelayan seludup dadah

KUALA LUMPUR 25 Mac - Setelah cubaan menyeludup dadah menggunakan gadis tempatan sebagai kurier sering gagal, sindiket dadah antarabangsa kini dikesan mengubah taktik dengan mengupah nelayan tradisional untuk membawa bahan larangan itu ke luar negara.

Menurut sumber, taktik terbaru iaitu menyorok dadah dalam tong ikan bersama longgokan ais oleh nelayan itu terbongkar hasil kejayaan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia memberkas dua lelaki rakyatnya dan seorang lelaki warga Itali bersama 44 kilogram syabu dan 40,000 pil amphetamin bernilai lebih RM2 juta pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, siasatan ke atas suspek mendapati, dadah itu diseludup dari negara ini menggunakan khidmat bot-bot nelayan tradisional.

"Dadah terbabit dipercayai dibawa oleh nelayan Malaysia sebelum diserahkan kepada nelayan di negara jiran berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, selain sukar dikesan kerana tidak perlu melalui pemeriksaan kastam dan imigresen, taktik baru digunakan ini juga dianggap menguntungkan sindiket disebabkan kos lebih murah.

Menurutnya, dadah yang diseludup akan dibawa ke pelabuhan atau jeti nelayan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ghairah kurus guna syabu

Posted:

Jangan ghairah kurus guna syabu

Jangan ghairah kurus guna syabu

MARANG 25 Mac — Kebanyakan wanita di Terengganu yang menagih dadah jenis syabu menggunakan dadah jenis itu untuk menguruskan badan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Roslan Abdul Wahid.

Roslan berkata, golongan wanita dikesan menggunakan dadah jenis syabu sebagai pil menguruskan badan paling cepat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan.

"Ia bukan sahaja diambil oleh wanita yang berkerjaya malah pelbagai peringkat umur dikesan mengambil bahan larangan itu sebagai jalan mudah untuk menguruskan badan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-204 peringkat Terengganu hari ini.

Roslan berkata, sebahagian daripada kira-kira 10,000 penagih dadah yang ditahan pada tahun lalu terdiri daripada golongan wanita.

"Ada yang sanggup berbelanja RM1,000 untuk membeli satu gram syabu manakala bagi yang kurang berkemampuan, mereka menggunakan pil kuda berharga antara RM25 hingga RM30 sebiji," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan