Utusan Online - Dalam Negeri |
- Masa depan Pas terancam akibat tindakan Hadi
- Video seks: Zaid Ibrahim sedia beri keterangan jika dipanggil
- Haram tonton video seks – Mufti
Masa depan Pas terancam akibat tindakan Hadi Posted: Masa depan Pas terancam akibat tindakan HadiKUALA LUMPUR 25 Mac – Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, boleh menyebabkan masa depan parti itu terancam. Malah, cita-cita Pas untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Islamik juga semakin kabur dan tidak menentu kerana, pemimpin mereka sendiri tidak berminat untuk mengetahui kebenaran, walaupun skandal itu menggoncang keyakinan rakyat terhadap Pas. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, tindak-tanduk Abdul Hadi merupakan manifestasi krisis keyakinan diri akibat terlalu terpesona dengan karakter dan karisma hebat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang dinamik. Katanya, Abdul Hadi secara tidak langsung mengulangi kesilapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gagal menduga sikap sebenar Anwar ketika membawanya masuk UMNO suatu ketika dahulu, dengan harapan untuk melumpuhkan Pas tetapi akhirnya UMNO yang hampir dilumpuhkan. "Maka sebab itu, orang ramai tidak seharusnya merasa hairan bila pemimpin Pas seperti Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) juga terpengaruh dan terus mempercayai Anwar dalam apa juga keadaan. "Sedangkan Tun Mahathir dan Daim (Tun Daim Zainuddin) yang begitu pintar juga boleh terpesona dan terlalai dengan perwatakan serta karisma hebat yang dimiliki Anwar," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Mengulas lanjut tindakan Abdul Hadi itu, Zainuddin berkata, beliau percaya Pas kini sudah mula merasai kesan akibat kesilapan besar mereka bekerjasama dengan Anwar, walaupun perkara itu tidak mahu diakui oleh pucuk pimpinan parti. Jelasnya, ini terbukti apabila terdapat beberapa bahagian seperti Pas Bahagian Batu yang menyokong dan mendesak agar Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi membolehkan ketulenan rakaman video seks tersebut dikenal pasti. |
Video seks: Zaid Ibrahim sedia beri keterangan jika dipanggil Posted: Video seks: Zaid Ibrahim sedia beri keterangan jika dipanggilSUNGAI PETANI 25 Mac – Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim bersedia memberi kerjasama jika dipanggil polis untuk merekodkan keterangannya berhubung rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang. Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbuat demikian memandangkan isu tersebut kini melibatkan kepentingan rakyat dan kredibiliti pemimpin politik negara. "Kalau polis panggil berlandaskan undang-undang, kita kena jawab. Saya terpaksalah memberikan keterangan tentang apa yang saya lihat daripada video itu. "Tetapi kalau polis panggil, janganlah saya seorang, kena panggil juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dan rakan-rakannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KITA cawangan Kedah di sini hari ini. Zaid berkata, beliau sebenarnya menonton rakaman video tersebut untuk mendapatkan gambaran lebih jelas sebelum membuat sebarang ulasan kepada umum. "Datuk T tidak jemput, tetapi saya sendiri minta untuk melihat. Ini penting kerana sebelum saya buka mulut, saya perlu lihat dahulu. Bukan seperti kebanyakan pemimpin yang hanya bercakap dahulu dan fikir kemudian. "Daripada apa yang saya lihat, saya memang tiada keraguan tentang rakaman itu," katanya. Ditanya sama ada menonton rakaman video tersebut merupakan satu kesalahan, Zaid berkata, sebagai pengamal undang-undang beliau bersedia menerima hukuman. "Namun pada saya, ia bukan kesalahan kerana bukan bahan lucah, ia lebih kepada dokumentari. Kalaulah mereka yang dikatakan menonton itu salah, apa pula dengan pemimpin politik yang melakukan perbuatan dalam video itu, apakah dia tidak bersalah," soalnya. Zaid seterusnya mengulangi pendiriannya agar kerajaan dapat menyegerakan proses siasatan termasuk mewujudkan suruhanjaya bebas atau melantik pakar forensik asing. "Ini satu isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan rakyat berhak tahu kebenaran. Mungkin boleh muat naik ke dalam Youtube untuk membolehkan rakyat tahu, tetapi kerajaan kena pastikan video itu tulen terlebih dahulu atau sebaliknya," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Haram tonton video seks – Mufti Posted: Haram tonton video seks – MuftiPUTRAJAYA 25 Mac - Video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan mahkamah untuk disiasat kesahihannya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, penyebaran video seks berkenaan untuk tatapan umum adalah haram dari segi hukum syarak. "Perbuatan ini (menyebarkan kepada umum) adalah berlandaskan satu fitnah sedangkan yang jelas dituntut oleh syarak ialah menegakkan keadilan dengan disertakan bukti-bukti. "Sebaiknya, kita serahkan kepada pihak berkuasa, tidak kiralah polis atau mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan