Khamis, 31 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


414,421 kes nahas jalan raya 2010

Posted:

414,421 kes nahas jalan raya 2010

414,421 kes nahas jalan raya 2010

31/03/2011 7:17pm

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 414,421 kes kemalangan jalan raya yang membabitkan 6,872 kematian dilaporkan pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata berikutan kadar kemalangan dan kes kemalangan maut di negara ini yang terus meningkat, pelbagai langkah drastik diambil bagi mengatasi masalah ini.

"Antaranya meningkatkan kekerapan kempen kesedaran dan program berasaskan komuniti khususnya kepada kumpulan sasaran utama iaitu penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan golongan paling berisiko iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya," katanya ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata kementerian juga meningkatkan kekerapan dan keberkesanan kempen media mengenai keselamatan jalan raya menerusi saluran perdana seperti saluran perdana menerusi media elektronik dan cetak serta rangkaian sosial Facebook dan youtube.

"Kita juga melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengurangkan kematian yang mempunyai kaitan dengan memandu terlalu laju yang menjadi 62.6 peratus daripada punca kematian.

Menurutnya, kementerian juga meningkatkan penyamaran di dalam bas, memperbanyak penguatkuasaan secara "omni presence" melalui operasi bersepadu selain memastikan inisiatif lain bergerak selari secara berkesan.

"Ini termasuk pendekatan 5E iaitu pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, alam sekitar dan penilaian yang menjadi kunci Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2011-2020 bagi menangani masalah ini secara holistik dan komprehensif," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasar MPKB: Peniaga lapor SPRM

Posted:

Pasar MPKB: Peniaga lapor SPRM

Pasar MPKB: Peniaga lapor SPRM

31/03/2011 7:13pm

KOTA BAHARU – Seramai 20 wakil peniaga di Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MBKB) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan arked MPKB.

Laporan itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah, pagi tadi.

Wakil mereka, Mohd Zaman Yussof, berkata laporan itu dibuat berikutan kemusykilan yang timbul mengenai penjualan arked MPKB kepada sebuah syarikat.

Sebelum ini, 415 peniaga dari Pasar Arked Lambok UDA dan Pasar Majlis Perbandaran Kota Baharu, yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru, melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri terutama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana lot perniagaan di situ dijual pada harga RM80,000 dan RM90,000 sedangkan keluasan lot kedai dianggap sangat kecil. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 maut Kancil rempuh belakang treler

Posted:

3 maut Kancil rempuh belakang treler

3 maut Kancil rempuh belakang treler

31/03/2011 5:04pm

GUA MUSANG –Tiga terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah Perodua Kancil, sebuah treler dan sebuah lori kontena di Kilometer 47.9 Jalan Gua Musang–Kuala Krai, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Aziz Hassan berkata yang meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu terdiri daripada pemandu Perodua Kancil, Mat Dahri Yusoff, 35, penumpangnya Sa'ade Mohd Nor, 38, dan pemandu lori, Muhammad Fathimy Hassan, 29.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta badan, dan mayat mereka dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.

Katanya Mat Dahri beralamat di kedai bangunan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di sini, manakala Sa"ade tinggal di rumah setinggan Jalan Kesedar Inn, dan Muhammad Fathimy pula berasal dari Pedas, Negeri Sembilan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata kejadian berlaku ketika semua kenderaan dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang, apabila pemandu treler pengangkut kenderaan itu dipercayai cuba mengelak sebuah lori penuh muatan tong gas yang rosak di hadapannya.

"Treler itu memperlahankan kenderaan menyebabkan Perodua Kancil di belakang merempuh treler berkenaan sebelum ia terbalik, dan dirempuh pula oleh sebuah lori kontena," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan dua mayat yang tersepit dalam kereta berkenaan.

Menurutnya pemandu lori kontena dipercayai terbunuh akibat terkena besi daripada belakang treler angkut kenderaan tersebut, namun kelindannya, Mohamad Zukhairi Baharom terselamat apabila dia terjatuh ke dalam longkang semasa kejadian. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan