Isnin, 28 Mac 2011

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Siasat skandal rakaman cara menyeluruh

Posted:

Siasat skandal rakaman cara menyeluruh

Siasat skandal rakaman cara menyeluruh

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac - Selepas seminggu mengunci mulut, kini semakin ramai pemimpin Pas tampil mendesak siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan skandal rakaman video seks.

Terbaru, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.

Beliau yang menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap, rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.

"Prinsip yang Pemuda Pas pegang, apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap. Soal mekanisme bagaimana siasatan itu hendak dilaksanakan boleh ditentukan kemudian.

"Dalam soal ini, apa yang penting pihak yang bertanggungjawab menyiasat ketulenan video ini mestilah pakar forensik yang mempunyai pengetahuan luas. Sama ada pakar tempatan atau asing itu terpulang kepada kerajaan tetapi yang penting siasatan mesti telus.

"Soal wakil parti pembangkang itu tidak semestinya perlu kerana ahli politik bukanlah pakar dalam bidang forensik tetapi kalau sekadar pemerhati dalam suruhanjaya diraja itu nanti, Pas menyambut baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan Nasrudin itu menyusul sehari selepas bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mendesak supaya pakar asing dijemput bagi membantu siasatan ketulenan rakaman video seks pemimpin pembangkang yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad berkata, langkah itu penting kerana jika siasatan video seks tersebut hanya melibatkan pakar forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai sukar untuk percaya keputusan siasatan nanti kerana ia mungkin dikaitkan sebagai konspirasi.

Mengenai cadangan supaya pakar asing turut membantu siasatan, Nasrudin berkata, ia langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan kerana penyiasatan oleh pakar asing akan memberi ketelusan sebagaimana diharap rakyat.

Dalam pada itu, Mohamad ketika dihubungi menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau merupakan salah seorang daripada dua pemimpin Pas yang sudah menonton rakaman video seks itu.

"Saya belum tengok dan tidak akan tengok. Kita biarkan kerja ini (meneliti ketulenan) kepada pihak berkuasa, mereka yang sepatutnya menonton dan menyiasat perkara ini. Saya tidak suka menonton hal sebegini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taja tambang dianggap rasuah

Posted:

Taja tambang dianggap rasuah

Taja tambang dianggap rasuah

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada mana-mana kerajaan negeri dan parti politik bahawa mereka boleh disabitkan dengan jenayah rasuah jika didapati terlibat menaja tambang tiket penerbangan kepada penduduk Sarawak di Semenanjung untuk pulang mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan perbuatan sedemikian suatu sogokan yang jika disabitkan kesalahan, pelakunya boleh dihukum penjara selama dua tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.

Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini bekerjasama rapat dengan SPRM akan memantau kegiatan tersebut menjelang hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan.

"Jika kerajaan-kerajaan negeri dan parti-parti politik secara terbuka membayar tambang tiket ini, ia bermakna mereka mengharapkan penduduk Sarawak mengundi parti mereka.

"Perbuatan menyogok ini satu jenayah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Jika dibenarkan, akan banyak kerajaan negeri dan parti politik nanti limpahkan duit yang jelas suatu jenayah rasuah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas keluhan lebih 30,000 penduduk Sarawak yang mencari rezeki di Johor yang meminta kerajaan negeri membantu mereka untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April nanti.

Sebahagian besar daripada mereka mahu pulang mengundi tetapi hasrat itu terbantut oleh faktor kewangan kerana kos yang tinggi untuk membeli tiket penerbangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan