Khamis, 31 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


100,000 CD, DVD dirampas

Posted:

100,000 CD, DVD dirampas

100,000 CD, DVD dirampas

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


M. Guna Selan bersama dua pegawainya menunjukkan sebahagian DVD dan VCD cetak rompak yang dirampas pada sidang akhbar di Georgetown, kelmarin.


PULAU PINANG 30 Mac - Sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) filem dan album cetak rompak di Lembah Ria dekat Air Itam di sini diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, kelmarin.

Operasi selama 10 jam bermula pukul 5.30 petang itu adalah hasil aduan pihak pemilik hak cipta iaitu Multimedia Entertainment Sdn. Bhd. serta risikan pihak kementerian sejak dua minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, M. Guna Selan berkata, dalam serbuan tersebut sejumlah 97,904 keping DVD filem, 650 DVD dan 3,498 CD pelbagai tajuk yang disyaki cetak rompak berjaya dirampas.

"Kami juga berjaya menahan dua lelaki berusia 20-an yang sedang leka membuat pengasingan bahan cakera optik terbabit untuk siasatan lanjut di bawah Akta Hak Cipta 1987.

"Rampasan ini adalah yang terbesar tahun ini dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM512,760 dan semua barangan dipercayai untuk pasaran sekitar Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Tambah Guna, pengadu juga telah mengenal pasti sebanyak 1,500 salinan cetak rompak yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM30 juta atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, ia mengambil kira denda maksimum sebanyak RM20,000 bagi setiap salinan atau minimum RM2,000 boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

"Siasatan juga dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang mana boleh didenda maksimum sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Orang ramai diminta tidak membeli cakera optik cetak rompak dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai stor penyimpanan bahan cetak rompak ini diminta menghubungi talian 1-800-886-800.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat nilai Guan Eng, Karpal

Posted:

Rakyat nilai Guan Eng, Karpal

Rakyat nilai Guan Eng, Karpal

PULAU PINANG 30 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini dipelawa menyertai kaji selidik mengenai mutu perkhidmatan tiga wakil rakyat yang dilakukan secara atas talian mulai esok hingga 6 April ini.

Tiga wakil rakyat tersebut ialah Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Borang kaji selidik itu boleh diperoleh menerusi http://penangsurvey.co.cc.

Jurucakap Tsunami Factor, Lim Cheng Hee berkata, tujuan kaji selidik adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai menilai sendiri mutu wakil rakyat yang telah mereka pilih.

"Kami merupakan badan bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Daripada hasil keputusan nanti, wakil rakyat terbabit boleh mengetahui sendiri sama ada mereka sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik atau tidak," katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan borang kaji selidik kepada Ibu Pejabat DAP negeri di sini hari ini.

Tsunami Factor sebelum ini telah menjalankan kaji selidik yang sama terhadap beberapa ahli Parlimen di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nurul Atikah juara Menghafaz al-Quran Perak

Posted:

Nurul Atikah juara Menghafaz al-Quran Perak

Nurul Atikah juara Menghafaz al-Quran Perak


Pemenang Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perak Kali Ke-32, Nurul Atikah Sharudin (barisan depan, kiri) dan Muhammad Ezmir Kushairy Roslee, (barisan belakang, tengah) pada majlis penyampaian hadiah di Ipoh, baru-baru ini.


IPOH 30 Mac - Mahasiswa Al Madinah International University, Nurul Atikah Sharudin, 24, diumum sebagai juara Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perak Ke-32 bagi kategori perempuan yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini baru-baru ini.

Mahasiswa tahun tiga jurusan Syariah yang lancar menghafaz 30 juzuk al-Quran beserta tafsirnya itu membawa pulang wang tunai RM8,000, hadiah iringan, trofi serta sijil penyertaan.

Nurul Atikah yang mula menghafaz al-Quran sejak tahun tiga di Maahad Tahfiz Darul Furqan, Padang Balang, Gombak berkata, dia berjaya menghafal kesemua surah di dalam kitab suci seawal usia 14 tahun.

"Sebelum ini, saya pernah memasuki pertandingan hafazan al-Quran di peringkat kebangsaan lima tahun lalu dan mendapat tempat kedua.

"Saya biasanya menghafal ayat-ayat suci al-Quran sebelum waktu Subuh kerana pada masa itulah yang paling 'segar' untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis penyampaian hadiah di sini baru-baru ini.

Hadiah disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Majlis Menghafaz al-Quran yang berlangsung selama tiga hari sejak 25 Mac lalu disertai oleh 68 peserta lelaki dan perempuan melibatkan enam jenis kategori.

Sementara itu, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ulum Al-Syariah, Muhammad Ezmir Kushairy Roslee, 18, yang diumumkan sebagai juara kategori lelaki juzuk 1 hingga 20, berjaya memperoleh markah tertinggi keseluruhan pertandingan iaitu sebanyak 99.95 peratus.

Muhammad Ezmir yang bercita-cita untuk menjadi seorang imam membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 , hadiah iringan, trofi serta sijil penyertaan.

"Saya memang minat untuk menghafal al-Quran sejak berada di tingkatan satu lagi. Selepas ini, saya berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan