Jumaat, 25 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Perkataan paria digugur

Posted:

Perkataan paria digugur

Perkataan paria digugur

Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mac – Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein bersetuju menggugurkan beberapa perkataan dalam novel Interlok termasuk paria kerana mahu menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya, perkataan paria yang digantikan dengan perkataan 'golongan yang sama' tidak mencacatkan maksud yang ingin beliau sampaikan dalam novel tulisannya itu.

"Saya gembira kerana perkara ini diselesaikan dengan baik dan menerima semua keputusan ini dengan hati yang terbuka. Niat saya menulis novel itu adalah ingin berkongsi pengalaman peribadi dengan orang ramai.

"Pada awalnya mereka ingin menukar huruf 't' pada perkataan tuhan kepada huruf besar. Saya tidak bersetuju kerana saya beragama Islam dan tuhan adalah Allah sahaja," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Abdullah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengunjunginya sebelum ini menunjukkan perubahan yang mahu dibuat terhadap novel itu dan beliau bersetuju dengan perkara itu.

Beliau tidak bimbang jika persetujuannya terhadap keputusan kerajaan itu mengundang kemarahan mana-mana pihak kerana percaya kepada ketentuan Allah.

Ketika ditanya perasaannya apabila karya berkenaan sudah tidak asli berikutan perubahan yang akan dilakukan itu, Abdullah berkata, sebagai penulis, beliau tidak boleh berbuat apa-apa jika orang lain tidak bersetuju dengan isi kandungan bukunya.

Dengan penyelesaian isu Interlok, Sasterawan Negara itu berharap tiada pihak akan mengganggu lagi kehidupannya dan keluarga selepas ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pindaan Interlok reda kekalutan politik

Posted:

Pindaan Interlok reda kekalutan politik

Pindaan Interlok reda kekalutan politik

KUALA LUMPUR 24 Mac - Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menyokong keputusan kerajaan untuk menukar frasa paria kepada 'golongan yang sama' dalam novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussein.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein (gambar) berkata, penukaran frasa tersebut sebagai jalan terbaik bagi meredakan kekalutan berunsur politik yang disemarakkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya harap keputusan ini menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya menggunakan pertimbangan yang waras dalam mentafsir sesuatu karya sastera, bukan mengikut kehendak politik mereka sahaja termasuk bertindak membakar novel tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ismail yang pasrah dengan keputusan tersebut menegaskan, orang ramai perlu belajar menghargai sesebuah karya seni dengan mengkajinya terlebih dahulu supaya tidak berlaku salah faham atau kekeliruan terhadap maksud sebenar penceritaan karya tersebut.

Jelasnya, dengan pemahaman yang sempurna terhadap sesebuah karya sastera itu, tindakan membakar karya tersebut yang berlaku sebelum ini tidak mungkin berlaku.

"Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Timbalan Perdana Menteri yang sanggup turun padang untuk menyelesaikan masalah Interlok ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM cabar gandakan eksport dalam tempoh lima tahun

Posted:

PM cabar gandakan eksport dalam tempoh lima tahun

PM cabar gandakan eksport dalam tempoh lima tahun

KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar seluruh pihak dalam industri ekonomi untuk menggandakan eksport barangan dan perkhidmatan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri berkata, ia bukanlah sesuatu yang mustahil dengan adanya kerjasama efektif antara pihak industri dan kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi-agensi berkaitan ekonomi lain.

"Ini juga selaras dengan hasrat saya untuk melihat lebih banyak syarikat Malaysia mencapai taraf antarabangsa seterusnya menyumbang kepada pengembangan eksport dan perdagangan luar," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2010 di sini malam ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan anugerah kepada lima pemenang utama AKI 2010 daripada 30 pemenang termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Perdana Menteri Untuk Kecemerlangan Industri kepada Institut Teknologi Maklumat Asia Pasifik.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Majlis Anugerah, Tan Sri Datuk Azman Hashim.

Najib menambah, pihak industri perlu menyedari bahawa pembangunan negara banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk meningkatkan keupayaan ekonomi.

Di peringkat domestik, kata beliau, kerajaan akan memastikan kerenah birokrasi dikurangkan menerusi antaranya badan seperti Pasukan Petugas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) yang turut bertindak meningkatkan sistem penyampaian sektor awam.

"Dalam masa sama, sektor swasta juga perlu memainkan peranan dengan meningkatkan sistem penyampaian dan kecekapan masing-masing," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan