Harian Metro: BeritaUtama |
‘Pinggul Fasha menggoda’ Posted: 26 Mar 2011 12:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita. Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari '5 Artis Paling Seksi' tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.
Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.
Pelakon muda berusia 25 tahun ini mendapat undian sebanyak 4.19 peratus manakala kedudukan kelima milik Jue Aziz dengan undian sebanyak 3.27 peratus.
Nama artis lain yang turut tersenarai dalam carta undian terbabit ialah Maya Karin, Faradhiya, Diana Danielle, Scha Al-Yahya, Lisa Surihani, Nita Hamzah, Nasha Aziz, Tiz Zaqyah, Natasha Hudson, Sarimah Ibrahim, Miz Nina, Mimi One Nation Emcee, Juliana Evans, Yasmin Khanif, Maria Farida, Dayang Nurfaizah, Azharina, Watie Elite dan Julia Ziegler. Berhubung penyiaran undian '5 Artis Paling Seksi' ini, pelbagai reaksi dan persepsi daripada peminat dunia seni tempatan, terutama di kalangan pembaca Harian Metro dan Metro Ahad.
|
Posted: 26 Mar 2011 12:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Kemunculan artis popular dan penyampai radio stesen radio tanah air dalam acara sukaneka bagi menjayakan persembahan Karnival Konsert Terima Kasih Harian Metro (HM) di Dataran Merdeka, di sini semalam, cukup hangat. Acara yang bermula jam 10 pagi itu diceriakan dengan kehadiran artis antaranya Almy Nadia, Joey BPR, Shahir AF, Black Mentor, Afee Utopia, Dafi, Arja Lee, Roslan Shah dan Amiza Adnan; manakala penyampai radio, Kieran, Fara Fauzana, Ag, Hanif, Feeya dan Ray.
"Tidak dinafikan, kehadiran mereka (penyampai radio dan artis) memeriahkan lagi sambutan karnival dan secara tidak langsung mampu menarik perhatian pengunjung.
"HM berbangga dapat berkongsi dengan rakan penaja menjayakan karnival konsert ini. "Apa yang kita lakukan adalah satu inisiatif kita sebagai akhbar utama negara bersama kumpulan korporat yang menaja anjuran karnival untuk mendekati orang ramai, khususnya pembaca HM di peringkat akar umbi," katanya.
Menyentuh penganjuran konsert HM, Maya memuji pendekatan akhbar ini mendekati pembaca dengan menganjurkan konsert berkenaan secara percuma kepada orang ramai.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan