Khamis, 31 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Manifesto bela rakyat

Posted: 30 Mar 2011 04:06 PM PDT

MukaDepan

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpegangan tangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Presiden BN Sarawak serta Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan (tiga dari kiri); Presiden SUPP, Tan Sri George Chan (dua dari kanan) dan Presiden PRS, Datuk Seri James Jemut Masing (kanan) serta pemimpin komponen lain ketika menghadiri mesyuarat bersama Presiden Parti Komponen BN di Kuching, semalam.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpegangan tangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Presiden BN Sarawak serta Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan (tiga dari kiri); Presiden SUPP, Tan Sri George Chan (dua dari kanan) dan Presiden PRS, Datuk Seri James Jemut Masing (kanan) serta pemimpin komponen lain ketika menghadiri mesyuarat bersama Presiden Parti Komponen BN di Kuching, semalam.

Keperluan, kesejahteraan penduduk pelbagai kaum di Sarawak tetap diutamakan kerajaan

KUCHING: Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 bulan depan memberi fokus kepada isu yang diberi perhatian oleh rakyat dengan tema konsep rakyat didahulukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata manifesto itu yang sudah pada peringkat akhir disiapkan, akan dilancar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas penamaan calon pada 6 April ini. "Kita ada tajuk yang akan diperkenalkan, membabitkan keperluan dan keutamaan rakyat pelbagai kaum di negeri ini," katanya selepas perjumpaan tertutup kira-kira dua jam bersama ahli Majlis Tertinggi BN Sarawak, di sini semalam.

Berita Harian difahamkan, tema manifesto BN kali ini ini adalah mengajak rakyat bersama-sama kerajaan mentransformasi Sarawak ke arah kemakmuran serta kualiti hidup lebih baik.

Manifesto komprehensif itu dikatakan memberi penekanan kepada keharmonian kaum, kestabilan politik, tadbir urus baik, pemuliharaan alam sekitar, memulihara budaya semua kaum, menyediakan peluang pekerjaan mencukupi, peluang pendidikan dan ekonomi, menjanjikan kehidupan rakyat lebih baik serta memastikan kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik dipertingkatkan terutama di luar bandar.

Ia juga dipercayai menyentuh kepada usaha menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia menjelang 2030 serta janji yang sudah ditunaikan BN kepada rakyat Sarawak serta kejayaan BN sepanjang menerajui Bumi Kenyalang.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, BN Sarawak menampilkan slogan Sarawak yang Aman, Progresif dan Makmur menerusi manifesto yang melakar masa depan negeri, kisah kejayaan dan janji ke arah pengagihan kekayaan secara saksama di kalangan semua kaum di negeri itu.

Muhyiddin juga berkata, BN Sarawak sudah berada pada tahap persiapan paling tinggi dengan 'mood' untuk menggerakkan jentera pilihan raya pada bila-bila masa.

"Saya berpuas hati dengan persiapan, cukup terperinci mengambil kira semua keperluan dan kita pasti dapat mempertahankan kedudukan Sarawak di bawah BN.

"Kita juga sudah mengambil kira mengenai bidang utama yang akan diberikan fokus di Sarawak dengan gerakan dipimpin Ketua Menteri Sarawak dan kami di peringkat BN Pusat akan mengambil kira semua perkara untuk membolehkan kita mencapai sasaran memperoleh kemenangan seperti diharapkan," katanya.

Hadir sama Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam lagi pegawai kastam ditahan

Posted: 30 Mar 2011 04:05 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Enam pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM), termasuk dua wanita ditahan di Johor kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit yang dibongkar pada Isnin lalu.

Sumber memberitahu Berita Harian, penahanan itu adalah tindakan susulan penahanan seorang pegawai kanan bergelar Datuk dan isterinya yang juga pegawai kanan kastam di rumah mereka di Pahang.

"Empat pegawai kastam terbabit ditahan untuk membantu siasatan dan kini dalam proses memberi keterangan berhubung kegiatan itu. Lebih banyak penahanan akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan. "Mereka sudah dikenal pasti termasuk pegawai kastam dan orang awam. Senarai itu kini dalam penelitian pihak berkuasa," katanya.

Dalam serbuan Isnin lalu, pasukan khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain dengan diketuai oleh SPRM, membongkar sindiket kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pasukan terbabit menemui wang tunai ratusan ribu berselerakan ketika menyerbu rumah pegawai kanan KDRM Pahang itu. Pasangan itu ditahan di pejabat SPRM sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk perintah reman petang kelmarin.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.
Selain itu, sumber SPRM pula memaklumkan penahanan pasangan pegawai kanan KDRM di Kuantan hanyalah permulaan kepada pembongkaran jenayah terancang membabitkan lebih banyak sindiket dan kumpulan penggurup wang.

Beliau berkata, serbuan secara serentak membabitkan tujuh agensi penguatkuasa di lima negeri itu hanya mendedahkan rangkaian sindiket utama yang terbabit.

"Siasatan awal mendapati sindiket terbabit mengambil kesempatan terhadap kelonggaran atau kepincangan dalam undang-undang sedia ada bagi memindahkan wang, selain melakukan jenayah seperti mengelakkan cukai dan membersihkan wang haram.

"Masih terlalu awal bagi menilai anggaran kerugian sebenar kerajaan dari segi kutipan cukai dan kehilangan perolehan, tetapi ini adalah kes terbesar SPRM setakat ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khalid Mohd Yusof tidak menafikan ada di kalangan 13,000 pegawai dan anggotanya yang bermasalah.

"Kita memberi kerjasama penuh kepada SPRM, termasuk menyalurkan maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan dan yakin suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan secara profesional," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan