Kosmo Online - Negara |
- Pertarungan jenama tambah hebat
- Rakyat kena sedia hadapi gempa
- Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad
Pertarungan jenama tambah hebat Posted: Pertarungan jenama tambah hebatOleh MOHD. TAUFEK RAZAK Vitaly Petrov, pemandu Lotus Renault menjulang trofi yang dimenanginya di Melbourne, Australia semalam. KUALA LUMPUR - Pasukan Lotus Renault membuktikan bahawa mereka lebih hebat berbanding Lotus apabila meraih kedudukan di podium pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) di Melbourne, Australia semalam. Ia hasil kejayaan pemandu kelahiran Rusia, Vitaly Petrov yang menduduki tangga ketiga pada perlumbaan Grand Prix (GP) Australia. Pada perlumbaan pembuka tirai F1 2011 itu, pemandu sensasi Red Bull, Sebastian Vettel yang juga juara dunia 2010, muncul juara sementara Lewis Hamilton daripada McLaren menduduki tangga kedua. Kejayaan Petrov di Litar Albert Park itu membuktikan pelaburan yang dilakukan Kumpulan Proton Holdings Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Lotus Group berbaloi. Selain meraih podium sulung, kejayaan itu juga satu kemenangan moral buat dua jenama kereta Lotus dan Renault yang baru bergabung tenaga musim ini dalam kancah F1. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Rakyat kena sedia hadapi gempa Posted: Rakyat kena sedia hadapi gempaOleh SUHANA MD. YUSOP KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang. Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi. Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut. "Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi. "Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad Posted: Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKadPUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu. "Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini. "Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan