Ahad, 20 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


1 maut setiap 2 hari

Posted:

1 maut setiap 2 hari

1 maut setiap 2 hari

MELAKA 19 Mac - Satu kematian setiap dua hari melibatkan penunggang motosikal direkodkan sepanjang tahun ini sehingga Februari lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rekod daripada Ibu Pejabat Polis negeri pada tahun ini menunjukkan sebanyak 26 penunggang motosikal terkorban sepanjang tempoh dua bulan itu.

"Mereka yang cedera parah pula seramai 12 orang dan 71 orang lagi cedera ringan. Secara keseluruhannya ia membabitkan 109 orang.

"Angka ini membimbangkan jika dibandingkan pada tahun lalu iaitu 189 kematian, 135 cedera parah dan 487 cedera ringan daripada keseluruhan 802 penunggang motosikal yang terlibat kemalangan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Ride It Right (RIR) atau Tunggang... Jangan Tunggang-Langgang di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali turut memuji usaha pihak tersebut sekali gus dapat mengurangkan korban jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Kempen ini merupakan pendekatan terbaik untuk mendidik golongan remaja dan belia untuk menyertai aktiviti berfaedah ini selain penguatkuasaan yang dilakukan pihak polis.

"Kerajaan negeri juga mempunyai kemudahan Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) untuk mengadakan acara kemuncak perlumbaan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan