Utusan Online - Dalam Negeri |
Posted: Beri masa polis siasatOleh ASSIM HASSAN KUALA LUMPUR 26 Mac - Polis meminta semua pihak memberi masa kepada pasukan itu untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan secara profesional dalam kes berkenaan. Beliau menegaskan, pihaknya memaklumkan kepada pihak media dari semasa ke semasa setiap perkembangan kes tersebut. "Kes baru tiga hari dan tidak perlu tergesa-gesa kerana takut akan menjejaskan siasatan. "Kita harap orang ramai dan pihak media dapat beri polis masa untuk jalankan siasatan secara terperinci," katanya selepas melancarkan Program Gaya Hidup Sihat di Pusat Latihan Polis, di sini hari ini. Dalam pada itu, Ismail menasihatkan pegawai dan anggota polis menjaga kesihatan masing-masing termasuk menukar tabiat makan bagi mengelak diserang penyakit kronik seperti sakit jantung. Jelasnya, penyakit jantung boleh menjejaskan keupayaan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Beliau berkata, sebanyak 657 kes penyakit jantung dilaporkan di kalangan pegawai, anggota, penjawat awam dan pesara PDRM pada 2010 dan daripada jumlah itu, sebanyak 111 kematian direkodkan. "Program ini adalah kerjasama dengan Kementerian Kesihatan yang akan memberi pendedahan, pameran, kesedaran dan garis panduan kesihatan khususnya kepada warga PDRM mengenai kepentingan menjaga kesihatan masing-masing," katanya. |
Posted: Jangan salahkan Datuk TOleh WANDA IDRIS KUALA LUMPUR 26 Mac - Masyarakat tidak harus menuding jari menyalahkan trio Datuk T semata-mata ekoran pendedahan mereka terhadap pembongkaran video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang. Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani berkata, orang ramai perlu bersikap positif terhadap pendedahan tersebut kerana ia bermatlamat untuk membongkar sebuah kebenaran. Justeru, tegasnya, adalah tidak adil untuk mendesak agar tindakan dikenakan terhadap trio tersebut semata-mata kerana dianggap bersalah membongkar video seks tersebut. "Pendedahan yang dilakukan itu adalah perkara yang berbeza dengan pemilikan atau tayangan video lucah untuk tayangan mahupun edaran kepada umum. "JMM yakin ia (pendedahan) dibuat bukan untuk merangsang perhatian umum seperti penayangan video lucah sebaliknya kerana mendedahkan sebuah kebenaran," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Awal minggu ini negara digemparkan dengan pendedahan satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota. Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka Datuk T sebelum misteri mereka terungkai apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah trio tersebut. Tengku Amalluddin berkata, pendedahan seperti yang dilakukan oleh Datuk T juga tidak boleh disamakan dengan matlamat penayangan video lucah yang lain yang mampu membuatkan penonton terangsang. Sebaliknya, kata beliau, tujuan video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan adalah untuk mencari kebenaran semata-mata. Malah beliau yakin dan optimis sekiranya dipertontonkan kepada umum, masyarakat akan berasa jengkel dan geli dengan aksi 'pelakon' dalam video seks tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Nik Aziz patut malu dengan diri sendiri Posted: Nik Aziz patut malu dengan diri sendiriKUALA TERENGGANU 26 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya malu dengan diri sendiri yang seolah-olah sedia menerima perlakuan tidak bermoral individu yang dikatakan bakal menerajui negara. Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapiea Nik Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengecam mereka yang mendedahkan pelakuan buruk itu tanpa mempedulikan pelaku sebenar dalam video seks itu. ''Apakah hanya keaiban musuh politik kita sahaja boleh diterima dari sudut agama sedangkan keaiban rakan atau orang yang kita bertuankan, kita tidak boleh dedah pula. ''Tidakkah pendedahan ini, jika ada kebenarannya menjadi peringatan yang jelas agar kita tidak terlanjur dalam mengangkat siapa yang bakal menjadi pemimpin," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Nik Sapeia berkata, Nik Abdul Aziz yakin pembabitan pemimpin pembangkang itu sehingga tidak langsung menyentuh soal tersebut, sebaliknya menyerang musuh politik yang mendedahkan keaiban itu. Mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap mereka yang menayangkan rakaman video seks itu, katanya, adalah lebih wajar beliau menyelidik kesahihan video itu dan juga pelakunya daripada menolaknya secara membuta tuli. ''Jika terbukti ia suatu fitnah, maka ia suatu yang dapat membersihkan individu berkaitan malah pembangkang sendiri akan mendapat keyakinan rakyat. ''Tetapi bagaimana jika ia benar, apakah Pas sanggup terus bersekongkol dengan pemimpin yang bergelumang dengan persoalan moralnya dan terus mengangkatnya sebagai peneraju negara?" ujarnya. Katanya, Nik Abdul Aziz dan Pas tidak harus mengetepikan persoalan itu, semata-mata untuk terus mengekalkan pengaruh pembangkang agar akhirnya berpeluang mendapatkan kuasa. ''Belum terlewat jika Pas tidak bersekongkol dengan pembangkang agar pemimpinnya dilihat lebih cerdik, imejnya bersih apatah lagi ia mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu menumpang pemimpin lain," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan