Sabtu, 26 Mac 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


PM yakin BN rampas kembali kerusi

Posted:

PM yakin BN rampas kembali kerusi

PM yakin BN rampas kembali kerusi


Najib Tun Razak menunjukkan tanda 1 Malaysia pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Rakan Facebook di Hotel Prime, Kluang, Johor, semalam.


MUAR 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali kerusi Parlimen Bakri dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam daerah ini selepas ia jatuh kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dengan usaha keras dan kerjasama setiap pihak dalam menggerakkan jentera parti, sokongan masyarakat di kawasan ini mampu kembali kepada pangkuan BN.

"Pengaruh UMNO Johor bermula di Muar, jadi kubu UMNO yang mana tersasar sebelum ini, perlu kembali semula ke pangkal jalan dengan menyokong BN supaya Muar terus maju berjaya.

"Saya yakin Johor akan menempa masa depan yang lebih baik bersama-sama kerajaan sekarang. Insya-Allah, rakyat negeri ini akan mendapat banyak manfaat hasil perjuangan kerajaan BN," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail 2, Sungai Abong, di sini hari ini.

Dalam PRU-12, kerusi Parlimen Bakri dan DUN Bentayan yang disandang BN dimenangi DAP manakala Pas memenangi kerusi DUN Sungai Abong selain DUN Maharani yang terletak di dalam Parlimen Muar.

Pada masa sama, Najib berkata, kerajaan bukan sahaja merancang pembangunan di bandar besar seperti Kuala Lumpur tetapi turut mengambil kira bandar-bandar kecil seperti Muar.

"Dua projek telah dirancang untuk bandar ini iaitu membabitkan perparitan bagi mengatasi masalah banjir bernilai RM4.8 juta dan naik taraf Uptown Muar yang mana kerajaan Pusat akan menyalurkan RM1.5 juta sementara RM1.5 juta lagi disediakan kerajaan negeri," katanya.

Tambah beliau, rakyat harus bersyukur dengan keadaan di Malaysia yang makmur ketika mana negara Eropah sendiri seperti Greece dan Sepanyol berdepan kadar pengangguran yang tinggi.

"Insya-Allah, sebaik fajar menyingsing tahun 2020, kita akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan impian kosong tetapi rancangan yang disusun rapi dan hanya akan tercapai dengan kestabilan politik dan pemerintahan yang mempunyai kesinambungan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertimbang lebih seorang calon

Posted:

Pertimbang lebih seorang calon

Pertimbang lebih seorang calon

KLUANG 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak akan meneliti lebih daripada seorang calon untuk dipertimbangkan bertanding di setiap kerusi yang ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April ini.

Perdana Menteri berkata, kriteria calon yang akan dipilih adalah pemimpin terbaik untuk memberi kemenangan kepada BN di semua 71 kerusi berkenaan.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak lama lagi.

"Kita akan pilih calon-calon yang berpotensi dan terbaik untuk menang," katanya.

mengenai kriteria calon yang akan ditampilkan BN pada pilihan raya negeri itu bulan depan.

Najib ditemui selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini. Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ditanya sama ada beliau mempunyai rekod sendiri mengenai calon-calon yang akan dipertimbangkan, Perdana Menteri menjawab: ''Itu rahsia."

Menurutnya, pada kebiasaannya senarai nama calon yang diberikan untuk dipertimbangkan lebih daripada satu nama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 6 April ini manakala hari penamaan calon pada 16 April.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan