Sabtu, 26 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


11,824 DVD, CD haram dirampas

Posted:

11,824 DVD, CD haram dirampas

11,824 DVD, CD haram dirampas

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


Penguat kuasa KPDNKK merampas DVD cetak rompak bernilai lebih RM60,000 dalam serbuan di sebuah premis di Lebuh Naning, Georgetown, kelmarin.


PULAU PINANG 25 Mac - Seorang penjaga sebuah stor mengedar cakera padat digital (DVD) cetak rompak tergamam ketika diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri petang semalam.

Bagaimanapun, dalam serbuan itu, tiga pekerja lain sempat meloloskan diri melalui pintu belakang premis di Lebuh Nanning di sini.

Serbuan dilakukan sepasukan 15 anggota yang diketuai Pegawai Kanan Penguat Kuasa, Wan Mohd. Marzuki Wan Abdul Kadir kira-kira pukul 5 petang.

Ketika serbuan dilakukan, beberapa orang tonto yang menggunakan alat penghubung walkie-talkie dilihat berulang-alik di hadapan premis tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Seelan berkata, pihaknya membuat pemantauan selama sebulan di premis itu dan percaya bahan optik tersebut dijual di sekitar Georgetown.

"Hasil serbuan, kami merampas sebanyak 11,454 keping DVD filem Melayu, Inggeris, Cina dan kartun serta 370 keping cakera padat (CD) lagu pelbagai tajuk yang dianggarkan bernilai RM60,000.

"Lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guna Seelan menambah, pihaknya sedang mengesan pemilik asal premis tersebut dan menyiasat sama ada DVD itu dibawa masuk dari luar Pulau Pinang atau diproses di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhilitan rampas tenggiling, ular sawa, biawak

Posted:

Perhilitan rampas tenggiling, ular sawa, biawak

Perhilitan rampas tenggiling, ular sawa, biawak

TELUK INTAN 25 Mac - Jabatan Perhilitan Perak merampas dua ekor tenggiling, seekor ular sawa batik dan lima ekor biawak dalam serbuan di dua premis berasingan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Perhilitan Perak, Mohd. Zaki Mohd. Rahim berkata, dalam serbuan pertama pihaknya menahan seorang lelaki di perkampungan Orang Asli Redang Punggor, Cenderong Balai dekat sini kerana memiliki tenggiling seberat tiga kilogram.

Beliau berkata, serbuan kedua yang dilakukan di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan pula, dua lelaki ditahan atas kesalahan sama memiliki haiwan dilindungi tanpa kebenaran.

"Di kedai tersebut kami merampas lima ekor biawak dan seekor ular sawa batik. Ketiga-tiga lelaki berkenaan pula ditahan untuk soal siasat," katanya di sini hari ini.

Mohd. Zaki berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, harga tenggiling yang meningkat mendadak di pasaran sehingga mencecah RM300 sekilogram menyebabkan haiwan tersebut menjadi buruan.

Beliau menambah, pihaknya akan meningkatkan risikan dan operasi bagi menghalang haiwan tersebut diseludup bagi memenuhi permintaan luar negara khususnya dari China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Indeks jenayah Kedah turun 8.49%

Posted:

Indeks jenayah Kedah turun 8.49%

Indeks jenayah Kedah turun 8.49%

ALOR SETAR 25 Mac - Usaha polis dengan kerjasama pelbagai pihak berjaya mengurangkan 8.49 peratus indeks jenayah di negeri ini bagi tempoh Januari lalu hingga pertengahan bulan ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, polis turut berjaya menurunkan kadar jenayah jalanan sebanyak 29.9 peratus bagi tempoh sama.

Beliau berkata, kejayaan itu juga merupakan hasil daripada pelaksanaan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah yang diperkenalkan kerajaan.

"Walaupun indeks jenayah turun, usaha memerangi jenayah di semua peringkat akan terus diperhebatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, kerjasama yang lebih erat antara warga polis dan masyarakat mesti dimantapkan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengurangkan jenayah.

Katanya, komunikasi dua hala antara polis dan masyarakat dapat membantu kepada penurunan indeks jenayah yang memberangsangkan.

"Tanpa kerjasama daripada masyarakat yang memberi maklumat, sudah pasti misi polis untuk memerangi jenayah menjadi agak sukar," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan