Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 27 Mar 2011 12:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihati orang ramai agar berbelanja secara berhemah sepanjang kempen turun harga yang dijadual berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Ogos depan. Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata pengguna harus membezakan barangan keperluan yang harus dibeli untuk mengelak pembaziran kepada perbelanjaan pengguna itu sendiri.
Beliau mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam mengenai kempen penurunan harga barangan secara besar-besaran membabitkan 50 sektor perniagaan di seluruh negara.
Muhammad Shaani berkata walaupun kempen itu bertujuan menjana pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan beban, KPDNKK perlu memastikan pengguna tidak menjadi mangsa penipuan dengan memantau secara berterusan bagi memastikan harga barangan itu telah diturunkan atau masih pada harga yang sama.
Katanya pengguna sebenarnya mempunyai kuasa untuk memberi tekanan dari segi penetapan harga jualan kepada peniaga kerana apa yang berlaku sebelum ini seperti ketiadaan bekalan makanan seolah-olah memberi isyarat bahawa peniaga lebih berkuasa daripada pengguna.
|
Posted: 27 Mar 2011 12:40 AM PDT KANGAR: Kira-kira 9,000 pesawah yang mengusahakan hampir 7,000 hektar sawah di 20 buah perkampungan di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di utara Perlis boleh menarik nafas lega apabila bakal menerima bekalan air mulai esok untuk mengerjakan sawah mereka pada musim pertama ini. Menerusi persetujuan yang dicapai antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan pesawah dalam satu majlis dialog hari ini, JPS memberi jaminan untuk membekalkan air kepada pesawah menerusi Empangan Timah Tasoh. Majlis dialog tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Perlis, Sabry Ahmad hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Perlis, Shaidan Nordin dan Pengarah Pertanian Negeri, Ghazali Zakaria. Pesawah tersebut adalah dari kawasan Beseri, Santan Dan Bintong. "Pada mulanya pihak JPS berbelah bagi untuk melepaskan air empangan bagi pengairan sawah kerana mahu menyimpan air untuk keperluan domestik. "Bagaimanapun apabila melihat kepada perkembangan terkini termasuk hujan yang turun lebat di Perlis semalam, JPS memberi jaminan kesediaannya melepaskan air empangan mulai esok," kata Sabri kepada Bernama selepas majlis dialog tersebut. Sehubungan itu beliau menasihati para pesawah yang sebelum ini resah kerana masalah pengairan supaya memulakan segera kerja-kerja persawahan supaya air yang dibekalkan tidak membazir. "JPS hanya mampu melepaskan air ke sawah sehingga paras air empangan berada pada tahap 28.5 meter berbanding paras air dalam empangan sekarang 28.97 meter," katanya. Empangan tersebut kini dalam proses dinaik taraf dan apabila siap sepenuhnya lebih banyak air dapat dilepaskan masuk ke dalam sawah. Sabri menjelaskan fasa pertama projek tersebut membabitkan kerja-kerja naik taraf dinding empangan setinggi 3.5 meter dengan kos RM87 juta telah disiapkan dan kini menunggu peruntukan bagi projek fasa kedua. "Apabila siap sepenuhnya projek naik taraf menjelang 2015, empangan berkenaan mampu meningkatkan kapasiti takungan kepada 88 juta meter padu air berbanding kapisiti sekarang yang mampu menakung 44 juta meter padu," kata beliau. Empangan itu dibina dengan kos RM71 juta dan mula menakung air pada tahun 1992 sementara bekalan air ke sawah sekitarnya untuk tanaman padi dua kali setahun dibekalkan sejak tahun 1995. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan