Berita Harian: Nasional |
Strategi Lautan Biru jimat kos Posted: 26 Mar 2011 02:30 PM PDT Nasional NAJIB diiringi Ahmad Zahid dan Hishammuddin beramah mesra dengan banduan serta keluarga mereka yang melawat Kem Mahkota Kluang, semalam. KLUANG: Datuk Seri Najib Razak yakin penerapan strategi Lautan Biru dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mampu mengurangkan kos dan menghasilkan objektif pada tahap maksimum untuk manfaat rakyat dan negara. Perdana Menteri berkata, ketika ini, corak pemikiran di luar kotak menerusi strategi berkenaan diterapkan menerusi NKRA pertama iaitu ke arah mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara. "Kita sedang fikirkan kaedah bagaimana aplikasi Lautan Biru dalam NKRA lain di mana objektif boleh dicapai dengan kos minimum yang lebih ketara berbanding menggunakan pemikiran konvensional seperti dilaksanakan menerusi perjanjian antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan kadar jenayah."Tentunya dengan penjimatan ini, kita boleh gunakan untuk melaksanakan projek tambahan lain," katanya pada sidang media selepas melancarkan program pemulihan dan perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang menempatkan 200 banduan di Kem Mahkota di sini, semalam. Enam NKRA yang digariskan adalah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. "Langkah seperti ini sesuatu perubahan baru di negara berbanding dulu apabila kedua-dua pasukan keselamatan ini saling cemburu mencemburui antara satu sama lain dengan masing-masing menjaga rapi serta melaksanakan tugas mereka dengan baik," katanya. Mengenai pusat berkenaan, Najib berkata, penubuhannya bagi mengelak banduan jenayah ringan berhubung dengan penjenayah tegar seperti mana yang berlaku di penjara hingga menyebabkan berlakunya kemasukan semula ke penjara. Beliau berkata, menerusi fasa pertama itu, seramai 1,200 banduan jenayah ringan akan ditempatkan di empat kem lain iaitu Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan; Kem Tok Jalai di Alor Star, Kedah; Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis di Kuantan, Pahang dan Kem Desa Pahlawan di Kok Lanas, Kelantan. "Jika kita membina penjara baru, kosnya antara RM50 juta hingga RM60 juta, berbanding pembinaan pusat seperti ini dengan kos RM4.5 juta saja. "Banduan di sini juga akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran hidup seperti penyelenggaraan bangunan, potong rumput, penternakan ikan dan penanaman herba sebagai persediaan sebelum dibebaskan," katanya sambil menambah mereka juga akan diberikan elaun harian. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, projek perintis itu tidak menjejaskan sistem pentadbiran sedia ada antara kedua-dua kementerian yang terbabit dan ia akan diteruskan dalam beberapa projek lain. Hishammuddin pula menganggap program yang membabitkan banduan muda itu adalah idea Perdana Menteri bagi mengelak banduan jenayah ringan terpengaruh dengan banduan tegar, selain dapat menyesuaikan diri dengan situasi semasa sebelum dibebaskan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
'Perjelas maklumat keselamatan' Posted: 26 Mar 2011 02:23 PM PDT Nasional MUHYIDDIN menyampaikan hadiah kepada juara Akademi al-Quran Musim Kelima (AQ5), Mohd Syahriansyah sambil diperhatikan Johan (kanan) di PICC, Putrajaya, malam tadi. KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penurunan indeks jenayah yang ketara menerusi pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tidak bermakna jika masyarakat masih mempunyai persepsi negatif mengenai keselamatan negara ini. Justeru, Timbalan Perdana Menteri berkata, maklumat yang jelas mengenai keselamatan negara perlu disebarkan kepada masyarakat supaya rakyat yakin bahawa negara ini sebenarnya selamat. Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) berkata, pihak berkaitan termasuk ahli MCPF perlu memberikan keyakinan kepada rakyat dengan menyampaikan maklumat yang betul mengenai keselamatan negara."Masyarakat juga perlu didekati bagi membudayakan pencegahan jenayah dalam usaha kerajaan merealisasikan impian menjadi negara maju dan selamat," katanya berucap pada Mesyuarat Agung MCPF ke-18 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Pengerusi MCPF yang juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye; Datuk Henry Chin dan Datuk Kamaruddin Ali. Indeks jenayah menerusi NKRA berkurangan sebanyak 15 peratus, manakala indeks jenayah jalanan menurun sebanyak 35 peratus sehingga Disember tahun lalu. Indeks jenayah dua bulan pertama tahun ini juga menurun sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, manakala indeks jenayah jalanan bagi Januari dan Februari lalu menurun sebanyak sembilan peratus.
Sementara itu, ketika sesi pembentangan usul dan soal jawab, Muhyiddin berkata, cadangan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah rendah sedang diteliti Kementerian Pelajaran dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau juga menjelaskan Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil berat isu buli di sekolah rendah dan menengah walaupun jumlah kes yang dilaporkan berlaku sangat kecil. Sementara itu di PUTRAJAYA Muhyiddin dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar, menyampaikan hadiah kepada juara Akademi al-Quran Musim Kelima (AQ5) terbitan stesen televisyen TV9, di sini malam tadi. Pelajar Fakulti Pendidikan Islam Universiti Malaya (UM), Mohd Syahriansyah Apin, 25, dari Sandakan, Sabah dinobatkan juara mengalahkan tiga peserta akhir lain, iaitu Suhailah Zulkifly, Muhamad Nasir Mohamad Salleh dan Mohamad Husaini Mahmur dalam saingan yang disiarkan secara langsung melalui TV9 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mohd Syahriansyah membawa pulang hadiah utama bernilai RM150,000 termasuk wang tunai RM30,000, al-Quran bertinta emas berharga RM35,000; pembiayaan yuran pengajian, pakej haji dan umrah, lawatan ke Syria, songket, perabot jati bernilai RM20,000, trofi dan hamper. Suhailah, Muhamad Nasir dan Mohamad Husaini pula menerima wang tunai RM2,000, yuran pengajian, pakej haji dan umrah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan