Utusan Online - Pahang |
- Terima surat penghargaan
- Ibu, anak dakwa hilang wang dalam akaun bank
- Judi Internet: 197 komputer dirampas
Posted: Terima surat penghargaanOleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
KUANTAN 25 Mac – Lebih 30 anggota polis dan orang awam menerima surat penghargaan sempena sambutan Hari Polis Ke-204 peringkat negeri di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. Sambutan yang bermula pukul 8 pagi itu menyaksikan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di hadapan warga PDRM negeri. Turut hadir, Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Riduan Hashim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran. Pada sambutan sama, pelbagai acara diadakan termasuk perbarisan, penyampaian sijil penghargaan kepada orang awam yang membantu polis dan pemakaian lencana pangkat kepada anggota. Sementara itu, seorang peniaga dari Brinchang, Cameron Highlands, Abdul Nasser Abdul Azim, 40, yang menerima surat penghargaan berkata, dia sangat teruja dengan pengiktirafan yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia. Menurutnya, penghargaan itu diperoleh selepas dia bersama beberapa penduduk menyelamatkan seorang pelajar warga Korea yang sesat di Gunung Irau, Cameron Highlands pada 22 Mac lalu. "Selepas mendapat berita kehilangan pelajar itu kira-kira pukul 8 malam, saya dan beberapa penduduk bergegas masuk ke hutan. "Setelah mendaki kira-kira empat jam, pasukan kami memulakan operasi mengesan dan mencari pelajar itu dan kira-kira pukul 4.45 pagi, mangsa ditemui di tengah-tengah hutan sambil duduk kepenatan," katanya. Seorang lagi penerima, Abd. Rahman Abd. Hamid, 48, memberitahu, dia turut terlibat dalam operasi mencari pelajar terbabit. "Apa yang dibimbangkan ialah binatang buas seperti harimau atau singa, waktu itu pula malam dan cuaca sangat gelap. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Ibu, anak dakwa hilang wang dalam akaun bank Posted: Ibu, anak dakwa hilang wang dalam akaun bankTEMERLOH 25 Mac - Seorang ibu dan anak lelakinya mendakwa kerugian kira-kira RM6,101.41 apabila duit simpanan mereka dalam tiga bank lesap tanpa diketahui punca pengeluaran wang simpanan itu, baru-baru ini. Natrah Aziz, 43, mendakwa, dalam kejadian pada 6 Mac lalu, dia mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM200 di sebuah bank di bandar ini dengan baki sebanyak RM1,451.41. Bagaimanapun, katanya, pada 14 Mac lalu, dia sekali lagi mahu mengeluarkan wang simpanannya tetapi terkejut apabila melihat baki di dalam akaunnya hanya RM150. "Saya terus bertanya kepada pihak bank ke mana perginya wang simpanan saya sedangkan selepas 6 Mac lalu saya tidak mengeluarkan wang. ''Saya begitu terkejut dan meminta pihak bank itu menunjukkan tarikh transaksi duit itu berlaku. Saya masih simpan resit lama dan menunjukkan baki sebenar yang sepatutnya ada dalam akaun saya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Desa Murni, Kerdau, dekat sini, semalam. Natrah memberitahu, daripada penyata dan siasatan yang dilakukan pihak bank, menunjukkan terdapat ada bank lain yang mengambil wang daripada akaunnya. ''Saya tiada hutang dengan bank lain atau hutang kad kredit. Saya begitu kesal dengan perkara ini hingga menyebabkan kepercayaan saya pada pihak bank semakin pudar," katanya. Nasib sama juga menimpa anak lelakinya, Fakhrul Razi Ahmad Khairi, 21, yang kehilangan wang simpanan sebanyak RM4,800 walaupun baru sehari membuka akaun di salah sebuah bank di bandar ini baru-baru ini. Fakhrul Razi mendakwa, dia amat kecewa dengan pengurusan bank terbabit kerana keselamatan wangnya tidak lagi terjamin. ''Apabila saya bertanya kepada pihak bank mengenai kejadian itu, mereka menjawab saya sengaja menayangkan nombor pin kepada orang lain. "Dalam hal ini saya minta pihak bank memberi perhatian serius mengenai kejadian kehilangan wang simpanan secara tersembunyi seperti ini. Mungkin ada orang lain yang senasib dengan saya dan ibu saya," katanya. Berikutan kejadian itu, tambahnya, dia dan ibunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Judi Internet: 197 komputer dirampas Posted: Judi Internet: 197 komputer dirampasKUANTAN 25 Mac - Polis menahan seramai 88 lelaki dan merampas 197 buah komputer riba bernilai RM500,000 dalam 24 serbuan dalam usaha menggempur kegiatan judi Internet di sekitar bandar ini sejak awal tahun sehingga kelmarin. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, hasilnya, kesemua 88 individu itu yang berusia antara lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan, melibatkan pelanggan dan penjaga premis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam. Menurutnya, keseluruhan nilai rampasan sejak 2010 hingga semalam ialah kira-kira RM3 juta termasuk sebanyak 1,000 unit komputer. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan