Jumaat, 25 Mac 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Beng Hock muram, resah

Posted:

Beng Hock muram, resah

Beng Hock muram, resah

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Mac - Teoh Beng Hock dilihat muram dan banyak mengeluh semasa percakapannya dirakam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 12 jam sebelum Setiausaha Politik Exco Selangor itu ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Penolong Penguasa Kanan SPRM Selangor, Mohd. Nazri Ibrahim yang bertanggungjawab merakam percakapan itu berkata, saksi bagi siasatan kes penyelewengan peruntukan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan itu dilihat resah serta menarik nafas panjang pada peringkat awal proses tersebut.

''Semasa dia datang dekat saya, saya nampak air mukanya agak muram dan serius. Saya tengok dia resah dan banyak mengeluh dengan menarik dan menghela nafas panjang semasa mula-mula duduk.

''Saya terfikir mungkin dia tertekan, sebab itu saya tanya sama ada boleh rakam percakapan dan dia kata boleh. Semasa percakapan sedang dirakam, saya juga ada bertanya sekiranya dia penat kita boleh berhenti. Dia kata teruskan, kita habiskan malam ini juga,'' jelas beliau.

Menurut Mohd. Nazri, walaupun tidak terlibat dalam operasi tersebut, beliau tidak mahu bersikap lepas tangan dan mengambil tanggungjawab merakamkan percakapan Beng Hock apabila diarah oleh Ketua Unit Siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah untuk berbuat demikian.

Selain dimaklumkan secara ringkas oleh Hairul Ilham, beliau juga diserahkan empat set dokumen berupa baucar, invois, dokumen tuntutan, borang A, borang B dan gambar oleh pegawai penyiasat kes tersebut, Mohd. Anuar Ismail untuk rakaman percakapan itu.

Kata Mohd. Nazri, beliau tidak bertanya lanjut kerana sudah biasa merakam percakapan untuk kes tuntutan palsu dan terus memanggil Beng Hock di sofa ruang tamu Bahagian Pendidikan Masyarakat (Pen Mas) selepas menyemak dokumen-dokumen tersebut.

''Saya tidak tahu apa kaitan Beng Hok dengan syarikat dalam dokumen tersebut dan saya tidak bertanya Mohd. Anuar. Sebab itu saya tanya Beng Hock sendiri apa kaitannya.

''Semasa proses rakaman, Mohd. Anuar ada datang bertanya kami 'Ok ke tidak' . Beng Hock juga ada pergi ke tandas selepas itu. Pada penghujung, dia sudah kurang mengeluh, tetapi banyak menguap,'' katanya.

Menjawab soalan pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Mohd. Nazri mengaku rakaman percakapan itu bukan 100 peratus kata-kata Beng Hock kerana beliau terpaksa membuat ayat lengkap berdasarkan jawapan ringkas dan ia diperbaiki serta dipersetujui oleh saksi sendiri.

Beliau juga mengaku meninggikan suara kepada Beng Hock semasa bertanya mengapa dia tandatangan pada tempat yang tidak sepatutnya iaitu cop nama ketuanya, Ean Yong Hian Wah sedangkan perkataan 'bagi pihak' tidak ditulis pada bahagian tersebut.

Sebagaimana saksi-saksi SPRM yang lain, Mohd. Nazri juga kerap ditegur dan diberi 'syarahan' oleh ahli-ahli Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock apabila beliau tidak dapat mengingati dengan jelas raut wajah serta keadaan Beng Hock pada masa-masa tertentu.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Hian Wah itu ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu teksi dipenjara 9 tahun, 20 sebatan

Posted:

Pemandu teksi dipenjara 9 tahun, 20 sebatan

Pemandu teksi dipenjara 9 tahun, 20 sebatan

SHAH ALAM 25 Mac - Seorang pemandu teksi dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan 20 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki ganja seberat 524.6 gram, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memerintahkan Hellmi Yahya, 32, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 23 Mac tahun lepas.

Hellmi dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan 10 kali atas tuduhan memiliki ganja seberat 191.6 gram di Jalan Sungai Buaya, Sungai Jarom, Kuala Langat dekat sini, kira-kira pukul 8 malam, 23 Mac tahun lalu.

Dadah itu ditemui di dalam teksi milik tertuduh iaitu di atas alas kaki bahagian hadapan tempat duduk pemandu.

Tertuduh juga dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan 10 kali atas satu lagi tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 333 gram di E4-11, Apartmen Seri Trompet, Lingkaran Sri Kembangan, Seksyen BB7, Bukit Beruntong dekat sini, kira-kira pukul 12.15 tengah malam keesokan harinya.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Hellmi didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan secara serentak.

Hellmi sebelum ini mengaku tidak bersalah mengedar ganja seberat 333 gram mengikut Seksyen 39B(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun menukar pengakuannya selepas pertuduhan pilihan ditawarkan kepadanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zainal Azwar Kamaruddin sementara Hellmi diwakili peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan