Rabu, 30 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Dua pegawai kanan kastam ditahan

Posted:

Dua pegawai kanan kastam ditahan

Dua pegawai kanan kastam ditahan

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Mac – Dua pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.

Menurutnya, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara.

"Selain itu, lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita hasil operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi kegiatan haram membabitkan nilai berbilion ringgit," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Operasi pasukan petugas khas diketuai oleh SPRM itu dijalankan secara serentak dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam semalam.

Mustafar berkata, tindakan penyitaan akan dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Beliau berkata, kesemua entiti berkaitan diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.

"Kesemua kegiatan tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah mengenai kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan berjumlah berbilion ringgit disebabkan kegagalan mengutip cukai dan duti kastam.

"Ia juga melibatkan pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar ke luar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara," katanya.

Beliau berkata, pasukan tindakan khas itu akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat terlibat kerana kegiatan-kegiatan berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan reputasi negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Singgung perasaan pemandu wanita

Posted:

Singgung perasaan pemandu wanita

Singgung perasaan pemandu wanita

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mac - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan dakwaan bahawa pemanduan kebanyakan wanita di negara ini amat berbahaya dan boleh mengundang kemalangan sebagai bersifat seksis dan menunjukkan diskriminasi jantina.

Menurut beliau, dakwaan itu terlalu umum dan menyinggung perasaan pemandu wanita di Malaysia yang memandu secara cermat serta mengikut peraturan jalan raya.

Justeru, beliau akan mendapatkan statistik kemalangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapat gambaran jelas mengenai kemalangan yang membabitkan pemandu wanita dan lelaki.

"Saya tidak bersetuju sama sekali dengan kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin di Parlimen semalam.

"Saya meminta agar sesiapa sahaja tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang tidak mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan diskriminasi jantina pada masa depan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat 35 delegasi Komite Perempuan Acheh Bangkit (KPAB) di sini hari ini.

Turut hadir, isteri Asisten Ekonomi Acheh, Raden Sugiarti Raden Kunrachmat dan Ketua KPAB, Nurul Akmal Tengku Zainal Abidin.

Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat semalam berkata, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah kepada risiko kemalangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siasatan SPRM tiada kaitan parti

Posted:

Siasatan SPRM tiada kaitan parti

Siasatan SPRM tiada kaitan parti

PUTRAJAYA 29 Mac - Tindakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Ang Leng Kiat di Pelabuhan Klang, tiada kaitan dengan parti politik.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil tindakan tersebut bukan atas faktor 'dia siapa' atau 'dia dari parti politik mana'.

"Sebaliknya ia bertujuan melakukan siasatan untuk mengenal pasti sama ada berlaku kegiatan rasuah yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara atau sebaliknya dan tiada kaitan dengan mana-mana parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan beberapa pegawai SPRM semalam, mengambil sejumlah besar dokumen dari pejabat Leng Kiat.

Mustafar menegaskan, perkara yang perlu diutamakan dalam tindakan itu adalah untuk menyiasat gejala rasuah dan tiada sebarang tujuan lain.

Tambah beliau, pihak SPRM tidak akan melakukan tindakan sewenang-wenangnya sebaliknya melakukan penyiasatan dengan penuh teliti dalam membongkar kegiatan rasuah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan