Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 25 Mar 2011 11:55 AM PDT Bekas Ketua Menteri Melaka beri keterangan
Tanpa menyatakan identiti kedua-dua individu terbabit, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ghazali Md Amin, berkata polis juga memperoleh bahan bukti penting, termasuk salinan rakaman video berkenaan daripada mereka. Katanya, salah seorang individu ditahan turut membawa polis ke sebuah bilik hotel mewah yang terletak di Daerah Dang Wangi dipercayai lokasi rakaman adegan seks berkenaan dilakukan. "Unit Forensik dari Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dihantar bagi membantu siasatan pasukan khas di tempat kejadian, termasuk menjalankan pemeriksaan ke atas rakaman CCTV di hotel berkenaan pada tarikh dan masa kejadian," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Penahanan kedua-dua individu terbabit menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan media dan orang ramai, termasuk mengaitkannya dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang membuat pendedahan berhubung rakaman video seks berkenaan. Bagaimanapun, Rahim ketika dihubungi menafikan beliau salah seorang daripada dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan semalam. "Mana ada saya ditahan... saya yang pergi sana (Bukit Aman) petang semalam (Khamis) untuk memberi keterangan, termasuk menyerahkan bahan bukti. Itu sekali saja saya pergi Bukit Aman dan sampai sekarang saya belum dipanggil (polis). Cerita fasal saya kena tahan ini mungkin timbul dari salah faham. "Cerita fasal tangkapan ini atau siapa yang ditahan, semuanya saya percaya satu propaganda... tidak pastilah untuk tujuan apa sebenarnya. Yang paling penting sekarang, siapa pelakon dalam video itu. Bagi saya, itulah isu utamanya... itu yang rakyat mahu tahu," katanya. Justeru, beliau meminta cerita mengenai penahanan atau penangkapan itu dihentikan segera kerana boleh membuatkan rakyat keliru dengan isu yang sebenarnya. "Tidak timbul saya ditahan atau tidak... saya ke sana (Bukit Aman) hanya untuk beri kenyataan dan membantu siasatan polis. Persoalan utama sekarang, siapa yang muncul dalam video itu. Persoalan itu yang harus dijawab," katanya. Rabu lalu, Rahim bersama Eskay dan seorang lagi rakan mereka, Datuk Shuib Lazim yang juga Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat pengakuan bahawa mereka adalah Datuk T atau Datuk Trio yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media. Pengakuan itu menyusul tiga hari selepas sekumpulan media, termasuk wakil agensi berita asing dipertontonkan kepada rakaman adegan seks berkenaan di sebuah bilik dikawal rapi di Carcosa Sri Negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika ditemui di majlis Sambutan Hari Polis Ke-204 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL), di sini semalam, berkata siasatan kes rakaman video seks membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar kini sedang dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk mengenalpasti motif utama rakaman video berkenaan didedahkan. Beliau berkata, siasatan itu bagi mengenalpasti identiti sebenar individu lelaki yang muncul dalam rakaman video selama 19 minit itu, termasuk wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit, dipercayai dilakukan di sebuah bilik hotel mewah di ibu negara bulan lalu. "Ini bagi memastikan kesahihan identiti lelaki terbabit... kita mahu tahu siapa dan bagaimana dia boleh berada dalam rakaman video itu. Hari ini adalah hari ketiga siasatan berlangsung. Jadi, kita semua pihak jangan buat apa-apa kesimpulan awal hingga boleh mengganggu proses siasatan. "Biarkan pasukan khas kita mengumpul semua maklumat dan fakta melalui penyiasatan terperinci," katanya. Dalam perkembangan lain, Shuib sudah pun berada di Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung pendedahan itu. Ditanya mengapa ketiga-tiga individu terbabit tidak ditahan bagi membantu siasatan, Ismail berkata, semua tindakan yang dilaksanakan PDRM adalah berdasarkan dasar profesionalisme pasukan itu dan mengikut prosedur undang-undang. "Atas kesalahan apa mereka perlu ditahan?... kalau sudah sampai, cukup semua bukti dan disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak mengikut undang-undang. "Kita sudah memanggil dua daripada tiga individu itu untuk diambil kenyataan. Jika tahan mereka tetapi kita tidak cukup bukti untuk tindakan seterusnya, orang ramai akan mentertawakan polis pula," katanya. Sementara itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) menafikan terbabit dalam penempahan dan pembiayaan dua hotel yang dijadikan lokasi tayangan video seks mirip Anwar dengan wanita muda warga asing. Pengurusan RISDA dalam satu kenyataan, berkata pihaknya tidak terbabit langsung dengan isu berkenaan dan tidak pernah membuat tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo. "Sejak terbongkarnya kisah video seks yang didedahkan sekumpulan Datuk T, segelintir pihak menuduh RISDA turut terbabit dalam kes berkenaan," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenaini Sama-sama kita tunggu hasil siasatan..harap jgn ada anasir luar yg akan memutarbelit fakta..Allah lebih tahu segalanya.Berdoa semoga negara terus aman. Jinih Bin Matrin Saya ingin bertanya kepada KPN, adakah menyebarkan Video Lucah dan mengugut seseorang itu tidak menjadi KESALAHAN dalam undang-undang negara? Sekiranya pelaku kes ini adalah bukan orang UMNO, adakah pihak Polis akan mengambil pendekatan yang sama??? mahmood Rentetan kejadian menjejaskan institusi yang diwakili oleh individu terbabit. Mungkin inilah buruknya bila orang politik yang tidak berakhlak dibenar memegang jawatan dalam organisasi nasional atau GLC. jony dodong Kita tunggu dan lihat apakah kesudahan cerita ini. arizain Orang yg menyebar tu pun bukannya bagus sangat Dr Sam Kenapa dah nak dekat pilihanraya sarawak, baru berita seks video melibatkan Datuk Anwar Ibrahim? Adakah ini cara kotor BN untuk menjatuhkan Anwar dan Pembangkang...Dah lah tu..BN dan UMNO ..tak sudah2 nak buat dosa...ingatlah kamu semua akan diperhitungkan amalan kamu walau sebesar zarah sekalipun....Wallahualam Bisawab... wwe "Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dalam sebaik-baik bentuk kemudian Kami kembalikannya ketempat yang paling bawah, kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh"(At-Tiin:4-6). Tom Kurus Bagaimana dengan kes liwat,adakah sudah bertukar topik atau ini satu permainan sesetenah pihak.? suhaimi Pada masa ni kita biarkan pihak polis buat siasatan dgn adil dan pihak lain jgn masuk campur sehingga siasatan selesai.Dah 204 umur polis tahu lah mereka buat kerja,percaya la siti keliwon sebagai rakyat, saya lebih nak tahu kenapa penyebar video lucah mcm ni tak ditahan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan