Isnin, 28 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Mempelbagaikan aktiviti sungai

Posted:

Mempelbagaikan aktiviti sungai

Mempelbagaikan aktiviti sungai

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


PENONTON memenuhi tebing Sungai Pahang untuk menyaksikan pelbagai acara menarik.


MARAN 28 Mac – Sungai Pahang merupakan antara sungai terpanjang di Malaysia yang berfungsi menjana ekonomi penduduk dan eko-pelancongan di negeri ini.

Sungai sepanjang 459 kilometer itu menjadi nadi penggerak kepada pembangunan beberapa daerah seperti Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan.

Malah, sungai itu juga menjadi laluan ke Taman Negara yang terletak di Hulu Tembeling menjadikannya popular di kalangan pelancong tempatan dan asing.

Selain itu, sungai tersebut turut berfungsi membekalkan sumber protein kepada penduduk sekitarnya dan menjadi pusat rekreasi bagi aktiviti seperti pesta sungai, ekspedisi berakit serta pertandingan memancing.

Menyedari tentang keunikan sungai itu, Majlis Belia Daerah Maran (MBDM) mengorak langkah melancarkan Pesta Sungai Pahang yang diadakan selama tiga hari di Pekan Lama Chenor, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusinya, Khairul Amin Osman, program itu bukan sahaja membabitkan aktiviti di sungai tetapi juga di daratan seperti forum perdana, pertandingan melukis, sukan rakyat, nyanyian dan sebagainya.

Di samping itu katanya, kempen 'Cintai Sungai Kita' turut diadakan supaya masyarakat menjaga kebersihan sungai daripada sampah sarap atau sisa toksik yang boleh menjejaskan kualiti sungai itu sendiri.

"Pelbagai acara yang diadakan sempena pesta itu bertujuan mengembalikan nostalgia kehebatan dan fungsi sungai tersebut kepada generasi baru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Khairul berkata, aktiviti tersebut secara langsung mempromosikan sungai itu sebagai destinasi eko-pelancongan daerah itu untuk dimasukkan dalam kalendar aktiviti tahunan tahun depan.

Jelasnya, lokasi penganjuran pesta sungai di pekan tersebut sesuai kerana aliran air tidak deras dengan pengunjung menyaksikan aktiviti dari tebing sungai.

Ahli Jawatankuasa Urus Setia program tersebut, Saiful Azman Afendi Mokhtar berkata, sebagai simbolik pelancaran pesta itu sebanyak 200,000 spesies benih ikan pelbagai jenis dilepaskan.

Jelasnya, langkah itu bertujuan memberi sumber rezeki kepada nelayan sungai yang tinggal di pinggir Sungai Pahang selain menjadi pilihan kaki pancing untuk memancing ikan di situ.

"Pembiakan pelbagai spesies ikan secara semula jadi akan mendorong kaki pancing tempatan dan luar Pahang menjadikan Sungai Pahang sebagai destinasi pilihan mereka," katanya.

Beliau berharap masyarakat mencintai keindahan dan kebersihan dan tidak membuang sampah atau sisa toksik ke dalam sungai yang boleh menjejaskan kualiti alam sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesta Sungai Pahang akan dinaik taraf

Posted:

Pesta Sungai Pahang akan dinaik taraf

Pesta Sungai Pahang akan dinaik taraf

MARAN 28 Mac - Kerajaan negeri bercadang menaik taraf pesta Sungai Pahang sebagai aktiviti tahunan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga sumber alam itu daripada tercemar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (gambar) berkata, langkah tersebut bagi memastikan penduduk dan pengunjung luar menghargai keunikan sungai itu yang mempunyai tarikan tersendiri.

"Pada masa sama kita berharap program itu memberi daya tarikan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Katanya, program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Maran mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan dan dimuatkan sebagai salah satu aktiviti tahunan kementerian tersebut.

Bagi Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib yang juga penduduk asal Kampung Pantai Chenor mengakui gembira menyaksikan pesta itu yang memberi hiburan kepada penduduk.

Katanya, jika dahulu pada tahun 1950-an dan 60-an, program seperti itu sentiasa dinantikan oleh rakyat kerana menjadi satu hiburan kepada mereka.

Jelasnya, program itu secara tidak langsung mempromosikan Sungai Pahang sebagai khazanah dan warisan negeri yang perlu dihargai oleh generasi baru.

Dalam pada itu seorang pengunjung, Norhasmimi Abdul Ghani berpendapat, langkah yang dilakukan oleh MBDM dapat memupuk semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan masyarakat sekitarnya.

Katanya, acara seperti itu berpotensi untuk dijadikan sebagai program negeri atau nasional dengan menjemput peserta luar Pahang menyertai beberapa aktiviti yang diadakan di sungai tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10,000 penduduk marah JBA

Posted:

10,000 penduduk marah JBA

10,000 penduduk marah JBA

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


BEBERAPA penduduk memasang kain rentang bagi menunjukkan rasa kurang senang akibat gangguan bekalan air di Temerloh, semalam.


TEMERLOH 28 Mac – Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar daerah ini merungut berikutan bekalan air yang terjejas sejak kelmarin.

Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian penduduk terutama di Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk bagi menyatakan kekesalan terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Setia Jasa, Rashid Omar berkata, bekalan terputus sejak Sabtu lalu menyebabkan penduduk melahirkan rasa marah kepada JBA.

"Kami minta JBA hantar empat lori tangki sehari dengan tiga kali penghantaran. Setakat ini mereka hanya hantar dua lori dengan dua kali penghantaran. Jumlah itu tidak mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui hari ini.

Seorang penduduk taman itu, Ayob Seman, 52, berkata, masalah yang berlaku itu telah berlarutan sejak hampir sebulan.

"Ini sangat menyusahkan penduduk kerana kami tidak tahu bila masalah ini akan selesai," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ghazali Idris, 63, berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu sebenarnya berlaku sejak 1 Mac lalu tetapi ia semakin buruk bermula kelmarin.

Sebelum ini, menurutnya, gangguan bekalan sering berlaku pada sebelah petang hingga ke Subuh tetapi sejak Sabtu lalu, bekalan air terputus sama sekali.

"Saya memandu kereta sejauh 30 kilometer sehari ke Chenor untuk mengambil air Sungai Pahang bagi kegunaan keluarga," katanya.

Menurut Ghazali, masalah bekalan air turut menyebabkan tiga anaknya mengalami masalah kelewatan ke sekolah.

Ini kerana ujarnya, anak-anaknya terpaksa mandi di Jengka untuk ke sekolah setiap hari.

"Mereka terpaksa bangun awal pagi untuk balik ke kampung di Jengka semata-mata mahu mandi sebelum kembali ke sekolah di Temerloh.

"Sampai bila masalah ini hendak selesai, bayangkan betapa sukarnya keluarga yang mempunyai anak kecil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan