Rabu, 30 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Peroleh pulangan lebih RM300 sehari

Posted:

Peroleh pulangan lebih RM300 sehari

Peroleh pulangan lebih RM300 sehari

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


AHMAD Saifudin Zainal Abidin di dalam rumah cendawan miliknya di Kampung Pak Mahat, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 30 Mac – Cendawan merupakan antara tanaman makanan yang cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat kerana keenakannya dan ia boleh dinikmati dengan pelbagai cara sama ada secara segar, digoreng tepung atau dibuat sup.

Oleh itu, seperti peribahasa Melayu iaitu 'ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan,' begitu juga dengan kemunculan penanam tanaman tersebut ketika ini.

Selepas kerajaan menyatakan komitmen untuk menaikkan martabat industri pertanian, ramai penanam cendawan muncul mengusahakan tanaman tersebut sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan.

Salah seorang pengusaha, Ahmad Saifudin Zainal Abidin, 45, dari Lorong Permatang Gaharu, Kampung Pak Mahat di sini telah mengusahakan cendawan tiram kelabu sejak tiga tahun lalu.

Dia memberitahu, minatnya menceburi bidang itu timbul bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan rakyat menyertai sektor pertanian bagi menampung keperluan makanan negara selain tidak memerlukan kawasan luas seperti ternakan kambing dan lembu.

Dengan dorongan isteri, akhirnya Saifudin nekad menyertai kursus selama dua hari di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dengan bayaran RM200 dan berkongsi pengalaman dengan pihak yang menyertai bidang penanaman cendawan, mempelajari teknik dan proses tanaman, membekalkan anak benih, membina rumah cendawan serta khidmat kewangan.

''Seingat saya, ketika berkursus di UPM tiga tahun lalu, hanya saya dan isteri, Tuan Rozita Tuan Kecil, 44, yang berbangsa Melayu selebihnya adalah peserta bukan Melayu,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM30,000 hasil simpanan sendiri, Saifudin memulakan perusahaan itu dengan membina sebuah rumah cendawan di tepi kediamannya yang dibina daripada rangka besi dan kanvas.

Rumah cendawan itu mampu memuatkan 15,000 polibeg yang disusun di atas rak bertingkat dan dia mampu mengeluarkan hasil antara 30 hingga 40 kilogram sehari.

Meskipun baru tiga tahun memulakan bidang itu, Saifudin kini mampu memperoleh pulangan lumayan lebih RM300 sehari hasil tuaian cendawan tiram kelabu yang diusahakannya.

"Berbaloi saya menceburi bidang ini, sekurang-kurangnya saya dapat merasai bagaimana usaha gigih yang perlu dilakukan sebelum bergelar usahawan dan tidak lagi sekadar makan gaji.

"Selain cendawan, saya turut menjual biji benih dengan harga hanya RM4 bagi satu beg kepada pengusaha lain di sini," katanya.

Saifudin yang mempunyai pelanggan tetap menjual secara borong dengan harga RM10 sekilogram untuk pasaran pasar basah dan pasar tani berhampiran.

Selain itu katanya, dia menyasarkan untuk mengeluarkan hasil sebanyak 100 kilogram sehari pada masa akan datang dan berharap dapat membuat pinjaman bagi membiayai mesin untuk memproses cendawan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Makanan berasas cendawan digemari

Posted:

Makanan berasas cendawan digemari

Makanan berasas cendawan digemari

KUANTAN 30 Mac - Satu ketika dulu, perusahaan tanaman cendawan hanya dijalankan oleh masyarakat Cina yang menggemari tumbuhan ringkas tanpa akar dalam hidangan mereka.

Namun, perubahan masa dan selera masyarakat menyaksikan permintaan cendawan semakin meningkat serta meluas termasuk di kalangan orang Melayu luar bandar.

Seorang penggemar, Siti Mariam Mat Sah, 64, berkata, dia amat menggemari masakan yang berasaskan cendawan sejak dari usia muda lagi.

"Selain rasanya yang lembut dan manis, cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagi Sheikh Mohamad Hamdan Sheikh Ismail, 27, pula, dia dan keluarganya memang menggemari cendawan terutama masakan bersalut tepung yang dicecah dengan sos.

"Memang sedap jika dimakan panas-panas. Selain itu saya juga sukakan sup cendawan. Walaupun harganya agak mahal, ia tidak menghalang saya untuk membelinya," katanya.

Seorang lagi penggemar, Irwan Azizi Alias, 28, berkata, walaupun ramai sukakan makanan berasaskan cendawan, tidak ramai yang tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan.

"Cendawan turut diiktiraf sebagai herba berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sebahagiannya ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan bubarkan anak syarikat

Posted:

Jangan bubarkan anak syarikat

Jangan bubarkan anak syarikat

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanterengganu@utusan.com.my

MARAN 30 Mac – Golongan peneroka di sini menggesa kerajaan tidak tunduk terhadap desakan pembangkang yang mahu anak syarikat Felda iaitu Felda Plantations Sdn. Bhd. dibubarkan.

Bekas Timbalan Pengerusi jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Jengka, Abd. Hamid Shafie menegaskan, cadangan membubarkan Felda Plantations untuk tujuan kemasukan peneroka baru adalah tidak rasional kerana ia akan menjejaskan pendapatan Felda.

''Felda menggunakan sumber pendapatan sendiri tanpa bantuan kerajaan sebanyak RM1.6 bilion setahun untuk pembangunan di tanah rancangan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang peneroka Felda Jengka 4, Saari Manan, 49, menegaskan, Felda Plantations yang ekuitinya dikuasai peneroka sebanyak 51 peratus perlu dikekalkan kerana keuntungan operasinya menyumbang kepada kebajikan ahli.

''Felda Plantations memberi sumbangan besar kepada pembangunan di tanah rancangan di seluruh negara," katanya.

Rakannya, Shahdan Mat Noor, 50, juga bersetuju jika Felda membuka tanah di Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri itu mempunyai kawasan tanah yang luas.

''Dengan mengambil peneroka dari kalangan generasi baru Felda untuk ditempatkan di Sabah dan Sarawak, ia akan mengukuhkan integrasi nasional,'' katanya.

Ketua Kampung Felda Jengka 5, Ismail Salleh pula berkata, cadangan memansuhkan Felda Plantations disifatkan sebagai usaha meruntuhkan ekonomi orang Melayu.

Katanya, melalui keuntungan di sektor perladangan, ia memberi faedah kepada warga Felda dalam bentuk dividen dan saham koperasi.

Menurut Ketua Kampung Felda Jengka 4, Wan Mustaffa Roni Wan Hayat, jika Felda Plantations dimansuhkan, bermakna Felda tiada pendapatan yang menyebabkan agensi itu boleh bankrap.

Tegasnya, Felda Plantations perlu dikekalkan statusnya tanpa cuba 'diusik' oleh pembangkang kerana kewujudannnya memberi kesan terhadap keupayaan Felda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan