Kosmo Online - Negara |
- Elia Suhana masih isteri Sultan Ismail
- Malaysia 'mangsa' gempa jiran
- RM50 juta selenggara kapal selam
Elia Suhana masih isteri Sultan Ismail Posted: Elia Suhana masih isteri Sultan IsmailOleh ADHAM SHADAN ADA sesuatu yang mencuit hati Elia Suhana ketika berbual dengan peguamnya Fakhrul Azman (kiri) di Kota Bharu semalam. KOTA BHARU - "Syukur Alhamdulillah, saya masih lagi isteri baginda. Mahkamah dah buat keputusan dan itulah kebenaran yang mahkamah sahkan. Saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan baginda." Demikian kata Elia Suhana Ahmad, 32, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini. Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 5 Disember lalu, menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu. Keputusan itu bererti, Elia Suhana kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra. Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang semalam, dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana selaku perayu selepas gagal hadir di mahkamah. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Malaysia 'mangsa' gempa jiranOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran. KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina. Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan. Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina. "Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif. "Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
RM50 juta selenggara kapal selam Posted: RM50 juta selenggara kapal selamKAPAL selam pertama milik Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd.. Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun. "Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan