Isnin, 7 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Penuntut sokong sewa pesawat

Posted:

Penuntut sokong sewa pesawat

Penuntut sokong sewa pesawat

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 6 Mac - Seramai 700 penuntut dari Perak yang belajar di universiti-universiti di Mesir menyambut baik usaha kerajaan negeri membiayai kos penghantaran mereka ke negara itu bagi menyambung semula pengajian yang tergendala akibat krisis politik di negara berkenaan.

Mereka turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMPk) kerana menyumbangkan wang saku sebanyak RM500 kepada setiap pelajar.

Yang Dipertua Persatuan Keluarga Pelajar Islam Perak di Mesir, Khairul Ashraf Mohd. Khir berkata, bantuan yang disalurkan itu dapat mengurangkan beban keluarga untuk menguruskan penghantaran pulang anak-anak mereka ke Mesir.

"Ia memberi kami semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya kami memberikan sumbangan kepada negeri ini apabila tamat pengajian nanti," katanya pada majlis perjumpaan penuntut-penuntut Perak di Mesir dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, di sini semalam.

Sementara itu, penuntut Usuluddin dan Dakwah Universiti Al-Azhar, Anas Zharif Harun, 22, berkata, kerajaan negeri banyak membantu dalam menangani isu membabitkan penuntut Perak di Mesir termasuk mengeluarkan mereka dari Mesir semasa pergolakan politik memuncak.

Nursyuhada Hashifuddin, 25, juga dari Universiti Al-Azhar bersyukur kerana kerana kerajaan negeri mengambil berat kebajikan anak-anak Perak yang belajar di Mesir.

Rakannya, Siti Aishah Nasaruddin, 23, yang mengikuti pengajian Syariah di universiti sama berkata, bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri dan MAIAMPk itu memudahkan urusan mereka untuk pulang ke Mesir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahli MPP jangan berfikiran jumud - Tuanku Syed Faizuddin

Posted:

Ahli MPP jangan berfikiran jumud - Tuanku Syed Faizuddin

Ahli MPP jangan berfikiran jumud - Tuanku Syed Faizuddin


SYED Faizuddin Putra Jamalullail (belakang, tengah) bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyaksikan majlis Menandatangani Akujanji Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010-2011 di Tasoh Lake Resort, Padang Besar, kelmarin.


PADANG BESAR 6 Mac - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dinasihatkan supaya membebaskan pemikiran daripada belenggu unsur-unsur jumud, sebaliknya mereka perlu membina keyakinan diri di kalangan pelajar bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagi mencapai hasrat itu, di sebalik tanggungjawab memelihara kebajikan dan mengukuhkan perpaduan pelajar, MPP semestinya merangka serta melaksanakan program pembangunan insan.

"Ini termasuk meningkatkan pengetahuan dan keterampilan mahasiswa, penerapan nilai-nilai murni, menanam sikap positif dan budaya cemerlang, kemahiran kepimpinan, semangat jati diri dan integrasi antara kaum," titah baginda.

Baginda yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPP UniMAP Sesi 2010/2011 di Timah Tasoh Lake Resort, di sini malam tadi.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Husin.

Sehubungan itu, titah baginda, ahli-ahli MPP perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi termasuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebajikan pelajar, mengeratkan perpaduan, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta dapat mengangkat kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

Menurut baginda, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama tetapi ia merupakan suatu kekuatan dan keunikan dan boleh dianggap sebagai penyatuan dalam kepelbagaian.

"Jika di negara lain, kepelbagaian ini sering dilihat sebagai punca masalah dan ketidakstabilan tetapi di Malaysia, alhamdulillah ia merupakan kekuatan dan keunikan kita," titah baginda lagi.

Titahnya, selaku pemimpin muda di peringkat universiti, ahli-ahli MPP perlu berperanan menangani gejala sosial seperti penyalahgunaan najis dadah, pergaulan bebas, peningkatan jenayah, gangsterisme, berpuak-puak dan sebagainya.

"Ahli-ahli MPP juga disarankan supaya menekankan kepada konsep universalisme yang berpaksikan kepada tuntutan agama, norma-norma masyarakat dan nilai murni budaya tempatan," titah baginda.

Seramai 31 wakil pelajar dipilih bagi mewakili keseluruhan mahasiswa dan mahasiswi UniMAP untuk penggal 2010/2011 dan di majlis tersebut juga diadakan bacaan ikrar oleh MPP 2010/2011, Menandatangani Surat Aku Janji dan Penyerahan Fail Tugas.

Sesi 2010/2011 menyaksikan Aminudin Anuar dipilih sebagai Yang Dipertua MPP UniMAP manakala timbalannya ialah Mohamad Farihan Abdul Malik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Perlop 1 tidak lagi bimbang

Posted:

Penduduk Perlop 1 tidak lagi bimbang

Penduduk Perlop 1 tidak lagi bimbang

SUNGAI SIPUT 6 Mac - Tindakan pantas Jabatan Perhilitan memasang perangkap harimau di Kampung Perlop 1 dekat sini, berjaya mengurangkan kebimbangan penduduk untuk melakukan kerja seharian.

Ketua Kampung Paerlop 1, Ahmad Abd. Rahman berkata, selepas perangkap dipasang penduduk kembali bekerja seperti biasa dan berasa lebih terjamin untuk melakukan urusan lain.

"Sejak kejadian seorang penduduk terserempak dengan harimau, penduduk kampung yang kebanyakannya penoreh getah dan penanam kelapa sawit takut untuk keluar bekerja.

"Tetapi, sekarang lebih terjamin kerana usaha mengesan dan pencegahan sudah dilakukan. Selain itu, penduduk kampung juga lebih berwaspada dengan keluar dalam kumpulan dan tidak lagi bersendirian," katanya di sini semalam.

Ahmad berkata, selepas laporan dibuat, sepasukan kakitangan Jabatan Perhilitan telah dihantar bagi memasang perangkap haiwan buas berkenaan.

Katanya, bagi membantu usaha itu, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) telah menyumbangkan seekor kambing untuk dijadikan umpan.

Beliau menambah, kejadian penduduk kampung berhampiran diserang haiwan buas berkenaan dua tahun lalu masih segar dalam ingatan penduduk sekali gus membuat mereka lebih berwaspada.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Ketua Kampung Parlimen Sungai Siput, Meor Harun berkata, selain memasang perangkap, pihak Jabatan Perhilitan juga telah mengambil sampel tapak kaki harimau terbabit untuk dibuat analisis.

"Kita berharap harimau berkenaan dapat dikesan bagi menghapuskan terus kebimbangan penduduk," katanya.

Beliau menambah, Jabatan Perhilitan turut digesa membuat kajian terperinci mengenai populasi haiwan berkenaan di kawasan itu bagi membolehkan langkah pencegahan awal diambil.

Katanya, ini penting bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Pada 12 Februari lalu, penduduk kampung berkenaan gempar apabila salah seorang daripada mereka terserempak dengan haiwan buas berkenaan ketika membersih kebun kokonya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan