Selasa, 1 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pemandu bas ekspres semakin berhemah

Posted:

Pemandu bas ekspres semakin berhemah

Pemandu bas ekspres semakin berhemah

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 28 Feb. – Sikap pemandu bas ekspres semakin berhemah apabila hanya tiga saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ketika melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres semasa Ops Tahun Baru Cina baru- baru ini.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, ketiga-tiga saman itu melibatkan pemandu bas ekspres yang tidak memiliki Lesen Memandu Disahkan (CDL), Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV) serta melanggar lampu isyarat merah.

Katanya, dua lagi kesalahan yang dikesan semasa operasi itu tetapi tidak dikenakan saman ialah melanggar syarat berhubung pemilikan lesen dan permit bas serta pemandu yang merokok ketika memandu.

"Secara keseluruhannya, kita mendapati sikap pemandu bas di Terengganu agak berhemah ketika operasi itu dijalankan dan kita akan teruskan operasi yang serupa pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar semasa sambutan Hari Penguat Kuasa JPJ di sini hari ini.

Seramai 26 anggota JPJ terlibat dalam operasi yang dijalankan ke atas 44 bas ekspres dalam operasi yang bermula pada 21 Januari hingga 20 Februari lalu.

Selain itu, 3,887 borang aduan juga telah diedarkan kepada penumpang bas dan 451 aduan telah diterima daripada mereka.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, penyelarasan kadar saman serta kompaun baru oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), JPJ serta pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai 15 Mac ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

"Ia akan dimulakan pada peringkat pusat dengan kerjasama DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sebelum dilaksanakan di peringkat negeri termasuk Terengganu," katanya.

Tambah Abdul Rahman, kadar baru itu berdasarkan kesalahan yang dilakukan mulai esok ( 1 Mac).

"Sehubungan itu, JPJ negeri akan menyediakan seorang pegawai khas bagi memberi penerangan kepada orang ramai berhubung pelaksanaan kadar baru untuk kompaun dan saman berkenaan," ujarnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penanam kelapa disaran beralih ke baka baru

Posted:

Penanam kelapa disaran beralih ke baka baru

Penanam kelapa disaran beralih ke baka baru

KUALA TERENGGANU 28 Feb. - Petani di negeri ini digalakkan supaya menggantikan pokok kelapa sedia ada kepada tanaman kelapa matag yang lebih produktif dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Md. Yusof Maidin berkata, hasil penyelidikan mendapati kelapa hibrid itu mampu memberi pulangan lumayan.

Menurutnya, kelapa matag yang isinya lebih tebal serta banyak santan mampu berbuah lebat antara 15 hingga 25 biji setandan berbanding kelapa biasa kira-kira 10 biji.

"Kelapa yang dikacuk hasil pendebungaan silang antara kelapa rendah Malaya dan kelapa tagnanan dari Filipina ini boleh ditanam sehingga 170 pokok sehektar dan mampu mengeluarkan buah sehingga 40,000 biji.

"Ia bakal mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas ditanam dengan jangka hayatnya antara 25 hingga 30 tahun," katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Md. Yusof, kawasan seluas 250 hektar di Kampung Baru Bukit Kecil, Setiu, sudah dikenal pasti sebagai projek perintis penanaman secara ladang.

Katanya, dengan menggunakan sebahagian daripada peruntukan RM25.76 juta yang disediakan kerajaan negeri dalam Bajet 2011 bagi sektor pertanian, petani disaran merebut peluang itu lebih-lebih lagi isu kekurangan bekalan santan sering menjadi isu dalam pasaran.

"Baka yang diperoleh dari Teluk Intan, Perak ini mempunyai ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang cepat serta pelbagai guna seperti pengeluaran santan, air kelapa muda dan kelapa kering untuk minyak," katanya.

Dengan mengambil kira kelebihan tanaman itu katanya, pihak jabatan telah mengagihkan 7,068 benih kepala matag kepada pekebun kecil di seluruh negeri pada tahun lalu.

"Baka ini mempunyai ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang cepat dan tidak cerewet untuk dijaga serta pelbagai guna seperti pengeluaran santan, air kelapa muda dan kelapa kering untuk minyak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga sekawan rompak berkumpulan, dipenjara, sebat

Posted:

Tiga sekawan rompak berkumpulan, dipenjara, sebat

Tiga sekawan rompak berkumpulan, dipenjara, sebat


Ramli Ishak (dua dari kiri), Muhamad Khairul Anuar Mat Salleh (tengah) dan Wan Mohd. Elias Muhamad Noor dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dijatuhkan hukuman di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 28 Feb. – Tiga rakan yang menghadapi tuduhan melakukan rompakan berkumpulan tiga tahun lalu masing-masing dipenjara lapan tahun dan sebatan tiga kali berkuat kuasa hari ini setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas seorang buruh, Ramli Ishak, 33, Muhamad Khairul Anuar Mat Salleh, 28, tukang rumah dan Wan Mohd. Elias Muhamad Noor, 31, bekas polis bantuan di Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Khairul Mohamad, 32, dengan melarikan wang tunai berjumlah RM1,000, empat bentuk cincin dan sebuah telefon bimbit.

Tertuduh menggunakan sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau ketika melakukan rompakan pada pukul 9 malam, 13 Januari 2008 di belakang klinik Kampung Badak, Bachok.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh merayu hukuman ringan kerana mereka pesalah pertama selain mendakwa berlakunya salah faham mengenai hutang salah seorang tertuduh dengan mangsa.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Norhamizah Ghazali memohon mahkamah menimbang faktor kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi dan masyarakat memerlukan perlindungan daripada jenayah seumpama itu.

Mahkamah membenarkan pihak pembelaan mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan