Ahad, 20 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


'Saya tidak takut serah DNA'

Posted:

'Saya tidak takut serah DNA'

'Saya tidak takut serah DNA'


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan sebahagian penduduk di Pekan Serian sempena Majlis Pelancaran Sejiwa Senada Bahagian Samarahan di Sarawak, semalam. -MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


SERIAN 19 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bukannya seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gentar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) walaupun ia bertujuan menegakkan kebenaran.

Menurut Perdana Menteri, tiada apa yang perlu ditakutkan untuk menyerahkan sampel tersebut jika seseorang itu berada di pihak yang benar.

"Kalau nak DNA saya, saya boleh bagi DNA, tiada masalah... (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin pun kata takut apa kalau tak salah.

"Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak tegakkan keadilan, bagilah DNA (milik Anwar), selagi tak bagi DNA orang akan tertanya-tanya dalam kepala, orang Serian pun nak tahu siapa lelaki 'Y', semua orang nak tahu," katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di sini hari ini.

Di lobi Parlimen, Isnin lalu, Anwar berterusan mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan sampel DNA bagi merungkai siapa identiti lelaki 'Y' yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Malah, Anwar kelihatan cuba menjawab di luar konteks dengan mempersoal kenapa tidak didesak Perdana Menteri dan menteri Kabinetnya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyerahkan DNA terlebih dahulu dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu dan dakwaan merogol pembantu rumah yang kemudian diketahui tidak berasas.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat negeri ini supaya menilai 'kehebatan' PKR yang diterajui Anwar berikutan tindakan keluar parti oleh para pengasasnya.

Beliau memberikan contoh Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar yang keluar parti dan membuat kenyataan bahawa akan berlaku mala petaka yang dahsyat jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

Katanya, begitu juga dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang menjadi arkitek kemenangan parti itu di Selangor yang turut angkat kaki.

Tidak terkecuali katanya, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang satu ketika dahulu jika berucap di Dewan Rakyat sentiasa memuja Anwar umpama 'dewa yang turun dari langit'.

"Kini Gobalakrishnan kata orang ini (Anwar) hanya gunakan kita apabila diperlukan.

"Peguam Anwar, Zulkifli Noordin pun sudah tinggalkan dia malah, menulis pula dalam blog bahawa Anwar mesti serahkan DNA ," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wajah baru Utusan, Mingguan

Posted:

Wajah baru Utusan, Mingguan

Wajah baru Utusan, Mingguan

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


ABDUL Ghani Othman bersama Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (dua kiri), Aziz Ishak (dua kanan), Nasir Ali (kanan) dan Hassan Mohd Noor (kiri) melihat wajah baru Utusan Malaysia di Johor Bahru semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 19 Mac - Peka dengan kehendak pembaca yang sentiasa inginkan kelainan serta pembaharuan terutama golongan muda, akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia diberi nafas baru agar sentiasa segar dan dinamik, sejajar perkembangan semasa.

Lebih segar, lebih cantik dan lebih hebat - itu gambaran keseluruhan wajah baru kedua-dua akhbar tersebut yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada satu majlis yang cukup meriah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan; Datuk Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor.

Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Ahmad Zahari Jamil; Konsulat Jeneral Republik Singapura, Tham Borg Tsien dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri turut meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.

Majlis pelancaran yang dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung itu bermula pukul 10 pagi dengan persembahan tarian zapin sebelum acara kemuncak mendedahkan wajah baru akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia disempurnakan oleh Abdul Ghani.

Dengan penampilan wajah baru serta penambahbaikan kandungan yang lebih santai dan ringan tetapi berkualiti tinggi, tagline Utusan Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Penyebar Fikiran Rakyat kini diubah kepada Pemangkin Fikiran Rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wartawan dukung kerajaan pacu negara - MB

Posted:

Wartawan dukung kerajaan pacu negara - MB

Wartawan dukung kerajaan pacu negara - MB


Najib Tun Razak melihat wajah baru Utusan Malaysia sambil diperhatikan timbalannya, Muhyiddin Yassin selepas sidang media di Kuching, Sarawak, semalam. - MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


JOHOR BAHRU 19 Mac - Falsafah kewartawanan mendukung kerajaan yang memerintah perlu menjadi pegangan kepada semua media di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, dalam dunia persuratkhabaran dan kewartawanan, kepentingan negara tetap perlu diutamakan, sekali gus soal persefahaman dan pengagihan kekayaan secara adil diberikan perhatian.

Katanya, penumpuan harus diberikan kepada liputan pembangunan, merapatkan jurang perbezaan kaum dan mengharmonikan hubungan antara masyarakat serta menegakkan asas-asas penubuhan negara yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.

"Nilai-nilai ini kita dapati masih kuat mendasari identiti Kumpulan Utusan khususnya Utusan Malaysia dan jika ada pihak mengatakan akhbar ini rasis, jelas ia tidak berasas sama sekali," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Peningkatan Kualiti Cetak dan Wajah Baru Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di Padang A Plaza Angsana, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Hashim berkata, perubahan wajah baru itu bagi meningkatkan kedudukan Utusan Malaysia sebagai akhbar nasional bahasa Melayu yang unggul serta mengembalikan takhta Mingguan Malaysia sebagai akhbar mingguan utama.

Jelasnya, perkembangan itu selaras dengan usaha menaik taraf mesin cetak di loji percetakan syarikat di Tebrau di sini dan Gong Badak, Terengganu yang menelan belanja lebih RM20 juta yang sudah pun selesai.

"Ia memakan masa setahun dan melibatkan penaiktarafan mesin pracetak daripada jenis konvensional kepada percetakan akhbar yang kini menggunakan teknologi plat cetak digital yang lebih berkualiti, pantas dan efisien.

"Langkah itu diambil bagi membolehkan akhbar kami dicetak dengan lebih kemas, cantik penuh warna dan paling penting ia mampu meningkatkan keupayaan dan kapasiti cetak akhbar sekali gus tidak timbul lagi masalah kelewatan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan