Rabu, 16 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Tingkat profesionalisme pentadbir

Posted:

Tingkat profesionalisme pentadbir

Tingkat profesionalisme pentadbir

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pentadbir UTeM hadir mendengar ceramah 'Peranan Pentadbir Dalam Merealisasikan Transformasi' di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 15 Mac – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Praktis) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan program Executive Talk khusus untuk kakitangan pentadbiran universiti itu di Dewan Auditorium Canselori UTeM Durian Tunggal, di sini baru-baru ini.

Ketua Penolong Pendaftar Unit Latihan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia UTeM, Mohamad Yusof Mohamad berkata, program itu bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme para pentadbir universiti itu seiring dengan proses transformasi UTeM.

Menurutnya, usaha itu selaras dengan komitmen UTeM dalam memastikan tugas-tugas pentadbiran di universiti itu sentiasa berada pada tahap cemerlang dan berkualiti.

"Pada masa yang sama, golongan pentadbir ini juga diminta meningkatkan usaha dan kreativiti masing-masing demi merealisasikan hasrat menjadikan UTeM sebagai universiti yang terus dan berkualiti," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamad Yusof, Pendaftar UTeM, Hasan Sirun dipilih menyampaikan ceramah pada program itu sesuai dengan latar belakang perkhidmatan beliau yang luas dalam bidang pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti universiti tersebut sejak dari penubuhannya.

Katanya, Hasan menyampaikan ceramah Peranan Pentadbir Dalam Merealisasikan Transformasi dengan memberi penekanan kepada golongan pentadbir UTeM agar turut memainkan peranan menyahut aspirasi Naib Canselor UTeM, Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan menjadikan universiti terus berdaya cemerlang.

''Hasan melalui ceramahnya mengajak pentadbir agar bergerak seiring dan meningkatkan usaha mencapai misi penubuhan UTeM.

''Matlamat itu hanya boleh dicapai melalui perpaduan dan semangat kerja berpasukan yang digaris sebagai sebahagian elemen penting membantu dalam merealisasikan visi penubuhan UTeM," katanya.

Kata Mohamad Yusof, penganjuran program seperti itu diharap mendorong golongan pentadbir UTeM agar lebih efisien dan proaktif dalam melaksanakan kerja-kerja pentadbiran universiti itu pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar antarabangsa KUIM teruja lawat tempat bersejarah

Posted:

Pelajar antarabangsa KUIM teruja lawat tempat bersejarah

Pelajar antarabangsa KUIM teruja lawat tempat bersejarah


SEBAHAGIAN 40 pelajar antarabangsa KUIM Kuala Sungai Baru di hadapan Muzium Melaka, baru-baru ini


MELAKA 15 Mac - Seramai 40 pelajar antarabangsa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Kuala Sungai Baru di sini, berpeluang menimba pengalaman keunikan warisan dan sejarah Melaka menerusi program anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM, baru-baru ini.

Rata-rata mereka yang pertama kali menjejak kaki di negeri ini melahirkan perasaan teruja kerana berpeluang melihat sendiri bangunan sejarah dan mendengar cerita warisan lama yang popular di negeri ini.

Salah seorang pelajar dari Kemboja, Rosat Pasirah, 20, menyedari tentang keunikan dan bahan sejarah yang terdapat di Melaka, dia dan rakan pelajar tempatan mengambil inisiatif memperkenalkan program itu kepada pelajar luar negara lain.

Dia yang bertindak selaku program tersebut berkata, usaha itu bagi membolehkan rakan senegaranya termasuk pelajar negara lain mengambil kesempatan melawat tempat tinggalan sejarah yang ada di negeri ini.

''Ada rakan pelajar yang datang dari India langsung tidak mengenali atau mengetahui tentang sejarah negeri Melaka, jika diikutkan kita boleh sahaja baca mana-mana bahan sejarah tentang Melaka.

''Bagaimanapun, ia tidak sama dengan pengalaman melihat atau menyaksikan sendiri tempat-tempat sejarah yang ada di negeri ini," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Katanya, pada program itu, 40 pelajar antarabangsa KUIM yang terlibat ialah masing-masing 20 orang dari negara Sri Lanka, 15 orang dari Kemboja dan lima orang pelajar Singapura.

Menurut Rosat, pelajar asing sepertinya yang baru pertama kali menjejak kaki di Melaka akan lebih merasa teruja kerana berpeluang mengenali negeri Melaka dengan lebih mendalam.

''Ada di antara pelajar juga tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat dalam program ini jika mereka berpeluang menyertainya sekali lagi pada masa depan," katanya.

Katanya, antara lokasi bersejarah yang dikunjungi dan mendapat tumpuan pelajar ialah Muzium Sejarah Melaka, Muzium Yang Dipertua Negeri Melaka, Muzium Kesultanan negeri Melaka, Kota A' Famosa, St. Paul Hill, Makam Hang Tuah dan Perigi Hang Li Po.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Eksplorasi USIM tarik minat pelajar

Posted:

Karnival Eksplorasi USIM tarik minat pelajar

Karnival Eksplorasi USIM tarik minat pelajar


SEBAHAGIAN pelajar sekolah tidak melepaskan peluang hadir pada Karnival Eksplorasi USIM di Nilai, Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 15 Mac - Karnival Eksplorasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan di Nilai, dekat sini baru-baru ini, berjaya menarik minat pelajar sekolah beberapa negeri untuk mengetahui lebih dekat tawaran yang disediakan universiti tersebut.

Pegawai di Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa USIM, Khairul Azizi Elias berkata, antara pelajar yang hadir adalah dari sekitar Lembah Klang, Kelantan serta Terengganu, selain dari negeri ini dan Melaka.

''Dengan mesej mendekatkan orang ramai terhadap universiti ini, karnival yang diadakan ini juga membawa maksud penjelajahan ke lapangan pendidikan, di mana menjelaskan kepada mereka tawaran yang disediakan di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, USIM menyediakan banyak peluang pendidikan kepada pelajar baru dan untuk tujuan itu, amat perlu satu promosi diadakan untuk meningkatkan minat belajar di kalangan generasi muda.

''Banyak peluang disediakan khususnya kepada bakal pelajar dari peringkat sekolah untuk mengetahui peluang kerjaya dan aktiviti yang boleh diketengahkan melalui pencapaian bakat dan kemahiran," katanya.

Pada masa yang sama, ia sekali gus dapat menanam minat serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada pelajar yang berpotensi.

''Ahli keluarga mereka juga diberikan penjelasan terhadap nilai positif dan komitmen yang cuba diterapkan dalam membina ciri modal insan yang berkebolehan selain pencapaian akademik yang diperlukan," tambahnya.

Kata Khairul Azizi, pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program itu berlangsung.

''Kita sediakan pameran dan taklimat di setiap fakulti, pameran pasukan beruniform, persembahan pelajar, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.

''Turut diadakan gerai jualan, pertandingan sukan dan fotografi, tayangan video dan banyak lagi," katanya.

Jelasnya, aktiviti dan acara itu melibatkan keseluruhan fakulti dan juga jabatan serta pusat pendidikan USIM.

Khairul berkata, penganjuran program itu diharap dapat menjalinkan ikatan perpaduan di kalangan warga USIM dan masyarakat luar.

''Kami amat berharap selepas karnival ini, minat di kalangan pelajar dapat dipertingkatkan untuk memasuki universiti ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan