Rabu, 16 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelajar lemah, mundur hanya hancur diri sendiri

Posted:

Pelajar lemah, mundur hanya hancur diri sendiri

Pelajar lemah, mundur hanya hancur diri sendiri


Muhyiddin Yassin (tengah) bersama-sama menyanyikan lagu 1Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Keluarga Angkat 1Malaysia di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 15 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan golongan pelajar agar tidak lemah, mundur dan terlibat dalam pelbagai aktiviti tidak sihat yang boleh menghancurkan diri sendiri dan masa depan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka perlu gigih berusaha dalam mencari ilmu kerana hanya golongan berilmu dan berakhlak mulia mampu menerajui negara pada masa akan datang.

''Kita tidak nafikan bahawa ada kalangan kita yang bersikap 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'.

''Sebagai bakal pemimpin akan datang, sifat tersebut tidak sepatutnya ada dalam diri kerana kita seharusnya prihatin dan peka terhadap keperluan serta kehendak orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Keluarga Angkat 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.

Program yang dimulakan sejak 10 Mac lalu itu melibatkan 60 keluarga angkat di kalangan pegawai kanan Kementerian Pelajaran.

Setiap keluarga angkat, mereka akan menerima dua anak angkat yang berlainan bangsa.

Muhyiddin berkata, rakyat negara ini amat beruntung kerana berada dalam negara yang sudah merdeka dan hingga hari ini masih aman, ekonominya stabil dan perpaduan terus mantap.

''Maka, kita semua perlu pertahankan kejayaan yang telah kita miliki dengan bersatu padu dan berusaha untuk memelihara kemakmuran negara," katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, beliau menyifatkan program tersebut mampu membawa impak kepada kefahaman lebih mendalam tentang kepelbagaian keturunan, agama dan latar belakang di negara ini.

"Ini amat baik kerana sebagai pemimpin pelapis, mereka bukan sahaja harus dapat memahami kepelbagaian itu tetapi juga bagaimana dapat menghargai bahawa dalam perbezaan itu ada persamaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ada kemajuan perbincangan panel novel Interlok

Posted:

Ada kemajuan perbincangan panel novel Interlok

Ada kemajuan perbincangan panel novel Interlok

PUTRAJAYA 15 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan menerima laporan lengkap daripada panel bebas yang mengkaji pindaan novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein dalam tempoh beberapa hari lagi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, setakat ini beliau dimaklumkan ada kemajuan yang amat menggalakkan dalam perbincangan panel terbabit.

''Selepas itu kita akan beri peluang kepada wakil masyarakat India untuk memaklumkan kepada pemimpin supaya apa yang diputuskan secara konsensus itu dapat diterima oleh mereka.

''Saya juga akan bawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet kerana ia telah capai ke tahap nasional dan juga untuk mendapatkan kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Program Keluarga Angkat 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.

Kerajaan menubuhkan panel bebas itu untuk mengkaji pindaan novel Interlok pada pertengahan bulan lalu dan ia dipengerusikan oleh Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Panel yang dianggotai lapan orang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India itu akan mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

Novel tersebut mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang tidak disenangi masyarakat India.

Mengenai dasar Satu Murid Satu Sekolah (1M1S), Muhyiddin memberitahu, program itu akan dilancarkan secara rasmi Julai ini.

''Surat arahan melaksanakan dasar itu telah dikeluarkan pada awal tahun ini dan semua sekolah perlu menentukan jenis sukan apa berdasarkan kemudahan sedia ada," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Loji nuklear meletup: Rakyat kita tidak dipindah

Posted:

Loji nuklear meletup: Rakyat kita tidak dipindah

Loji nuklear meletup: Rakyat kita tidak dipindah

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam rancangan pemindahan pihak berkuasa Jepun setelah loji tenaga nuklear Fukushima dekat negara Matahari Terbit itu meletup buat kali ketiga pagi ini.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, ia kerana tidak ada rakyat negara ini yang tinggal dalam lingkungan 50 kilometer daripada kawasan loji yang meletup itu, pada pukul 5.10 pagi waktu Malaysia.

Menurut beliau, semua penduduk yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer (km) hingga 30 km radius dari loji tenaga nuklear Fukushima juga diminta supaya tidak keluar dan berada di kediaman masing-masing.

''Justeru saya meminta orang ramai supaya terus bertenang manakala kerajaan Jepun mengambil langkah untuk mengelak kebocoran radiasi yang lebih serius," katanya dalam kenyataannya kepada Kementerian Luar di sini hari ini.

Dua letupan di loji nuklear Fukushima setakat ini mencederakan seramai 15 mangsa setelah ia rosak akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang disusuli tsunami besar, pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataannya memberitahu, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau respons pihak berkuasa Jepun terhadap kejadian letupan ketiga di loji nuklear tersebut.

Kata kenyataan itu, setakat pukul 10 pagi ini waktu tempatan, bilangan rakyat Malaysia yang berjaya dihubungi dan disahkan selamat oleh pihak kedutaan kita di Tokyo ialah seramai 1,177," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan