Utusan Online - Selatan |
- NGO bantu capai taraf masyarakat sejahtera
- Empat beradik dapat sijil lahir
- Turun padang selesai masalah biarpun isu remeh - Ali Rustam
NGO bantu capai taraf masyarakat sejahtera Posted: NGO bantu capai taraf masyarakat sejahtera
SEREMBAN 13 Mac - Usaha untuk mencapai taraf masyarakat sejahtera di negeri ini tidak akan tercapai tanpa peranan, bantuan dan sokongan daripada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan wanita seperti Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti). Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kerajaan mempunyai jabatan dan agensi yang membantunya, peranan dan tindakan mereka tidak dapat dilengkapkan jika tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada NGO. Beliau berkata, NGO terutamanya yang mewakili kumpulan wanita boleh dianggap sebagai jejari halus yang sentiasa bersama dengan masyarakat dan merasai denyut nadi mereka pada setiap masa yang mana kerajaan tidak mempunyai kemampuan yang sebegitu spesifik. "Sebab itulah peranan NGO terutamanya kumpulan wanita dalam masyarakat amat penting terutamanya dalam membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar yang cantik dan baik di atas kertas tetapi sukar dijayakan tanpa sokongan daripada semua pihak. "Saya berharap peranan semua pihak sama ada kerajaan, NGO, agensi kerajaan dan mereka yang bergerak secara sukarelawan digabung dan disatukan sebagai satu paduan yang kukuh untuk kita mencapai matlamat menjadikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang berjaya," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pekerti Ke-30, di sini semalam. Turut hadir, Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan. Mohamad berkata, NGO juga berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat dengan mengutip atau memungut isu-isu yang berlaku dalam masyarakat. Katanya, mereka boleh membawa dan memberitahu supaya apa sahaja masalah dan isu yang dihadapi oleh masyarakat dapat diketengahkan untuk diambil tindakan oleh kerajaan. "Tidak semua isu dan masalah masyarakat dapat diketengahkan melalui saluran formal disebabkan kekangan tertentu termasuk halangan birokrasi. "Jadi, peranan inilah yang diharap dan diperlukan supaya NGO menjayakan apa juga dasar kerajaan dan membawa apa sahaja isu dan permasalahan masyarakat kepada kerajaan," ujarnya. Pada majlis itu, seramai 40 pelajar cemerlang anak yatim dari Tampin, Jelebu dan Kuala Pilah dan para pelajar yang mendapat A dalam Matematik dan Bahasa Inggeris semasa menyertai Semarak PMR tahun lalu menerima sumbangan daripada Pekerti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Empat beradik dapat sijil lahir Posted: Empat beradik dapat sijil lahirOleh RIZANIZAM ABDUL HAMID ALOR GAJAH 13 Mac – Kebimbangan seorang ibu terhadap masa depan empat anaknya yang tidak mempunyai sijil kelahiran sejak sembilan tahun lalu berakhir hari ini. Aryanti Roslan, 27, yang tinggal di Kampung Permatang Darat, Kuala Sungai Baru dekat sini berkata, dia tidak dapat mendaftarkan kelahiran keempat-empat anak lelakinya itu kerana sijil nikahnya ada dalam simpanan suaminya, Sufendi Supardi, 33, yang menghilangkan diri sejak lima tahun lalu. Akibatnya, empat beradik itu, Muhammad Wan Ilham, 9; Muhammad Irwan Ikram, 7; Muhammad Izzwan Azam, 6, dan Muhammad Haikal Daniel, 5, terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan kerana tidak mempunyai dokumen diri. Menurut Aryanti, dia berkahwin dengan Sufendi yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia 11 tahun lalu. "Semasa anak sulung dilahirkan di Hospital Melaka pada 15 Jun 2002, saya tidak dapat mendaftarkan kelahirannya kerana sijil nikah kami ada pada suami yang ketika itu berada di Kuala Lumpur kerana bekerja kontrak. "Saya ada meminta sijil nikah kepada suami tetapi dia memberitahu sijil itu ada di Indonesia," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini. Tambahnya, sekali sekala, suaminya ada menjenguknya di rumah tetapi akan kembali semula ke ibu negara untuk mencari rezeki sehinggalah mereka mempunyai empat orang anak. "Kali terakhir kami berhubung pada 2006 dan selepas itu, saya langsung tidak mendengar berita darinya. Keadaan ini membuatkan saya bertambah tertekan memikirkan masa depan anak-anak. "Itupun mujurlah, Datuk Ar. Ismail Othman (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, sanggup menolong membuat surat sokongan bagi membolehkan Wan Ilham, Irwan Ikram dan Izzwan Azam bersekolah," katanya sambil berterima kasih kepada semua pihak yang membantu. Sementara itu, Ketua Penyelia Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri, Amir Hamzah Aziz berkata, masalah itu berjaya diselesaikan dalam tempoh dua bulan sahaja dengan bantuan Ismail dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Kes ini berjaya diselesaikan cepat kerana empat beradik ini berusia bawah 12 tahun dan bagi kes orang dewasa, ia memerlukan prosedur tertentu yang memakan masa lebih lama," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Turun padang selesai masalah biarpun isu remeh - Ali Rustam Posted: Turun padang selesai masalah biarpun isu remeh - Ali RustamMELAKA 13 Mac - Ahli UMNO di negeri ini khususnya di cawangan Parlimen Bukit Katil dikehendaki memulakan program turun padang bagi menguatkan persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha mendekati pengundi khususnya pengundi Cina dalam bandar perlu dimulakan sekarang bagi mendapatkan keyakinan golongan itu menyokong BN. Menurutnya, pengalaman menghadapi Pilihan Raya Kecil Merlimau baru-baru ini wajar dijadikan rujukan oleh sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti. ''Kita semua harus kerja keras dengan membuat lebih banyak program turun padang dan melawat setiap rumah pengundi di kawasan masing-masing. ''Tidak kira sama ada ia kampung orang Cina, India atau kampung Melayu, kita semua harus turun padang dan selesaikan apa jua masalah yang timbul," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan Dalam UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini semalam. Menurut Mohd. Ali, tumpuan turun padang dan berjumpa pengundi perlu diperluaskan ke kawasan terpencil termasuk ke kawasan Solok yang kurang penduduk. ''Kita dapati apa yang kita buat untuk rakyat sama ada bina universiti di Ayer Keroh atau dimana-mana sebenarnya usaha itu bukan sahaja menentukan undi untuk BN. ''Kita kena mula turun padang selesaikan masalah yang dihadapi secara individu walaupun isu yang ditimbulkan agak remeh seperti tiada lampu jalan, kekurangan kemudahan asas tetapi inilah yang menentukan undi BN," kata beliau. Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, apa sahaja masalah yang ditimbulkan oleh pengundi biarpun ia isu remeh perlu diberi perhatian dan ditangani secara berkesan. Katanya, program turun padang dan mendekati pengundi perlu digerakkan sekarang sesuai dengan momentum kemenangan besar BN mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau baru-baru ini. ''Jangan segan atau malu untuk bertemu dengan pengundi ini khususnya kaum Cina di bandar, kita dekati mereka dan cuba tawar bantuan untuk selesaikan apa sahaja masalah yang mereka hadapi," kata beliau. Kata beliau, bagi menarik bilangan undi baru kepada BN, pihaknya telah mengenal pasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan untuk kemudahan golongan muda antaranya pembinaan kem wataniah di Sungai Putat di sini tidak lama lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan